top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Sumbu Yang Pudar, Nyalanya Tidak Akan DipadamkannyaIn Bayu Pengharapan·16 August 2021Renungan: Yesaya 42:3-4 “Buluh yang patah terkulai tidak akan diputuskannya, dan sumbu yang pudar nyalanya tidak akan dipadamkan-Nya, tetapi dengan setia akan menyatakan hukum.” (ayat 3) Pernahkah anda meluncur di lebuhraya baru teringat anda terlupa mengisi minyak petrol? Ngerilah. Temanku sewaktu pergi ke suatu tempat, berseru dengan panik, “Alamak! Aku lupa mengisi minyak!” Kalau kereta tersangkut di tengah tengah lebuhraya tentunya payah, pelbagai masalah di luar dugaan akan menjelma! Tabir hitam sudah menutup langit dan dia berdoa setengah mati agar tangki petrol tidak akan kehabisan! Perjalanan kita di dunia ini juga seperti meluncur di lebuhraya gelap. Bagaimana kalau kita dihujani angin taufan kehidupan? Kita perlu selalu diisi dengan kasih dan kekuatan yang luarbiasa untuk menghadapinya dengan penuh ketabahan. Kadangkala kita bagai buluh yang tertumbuh megah pada saat ini dan dalam sejenak waktu hampir patah kerana tiupan angin badai atau tersangkut di lebuhraya cabaran. Tuhan Yesus tidak mematahkan buluh yang patah terkulai.(Matius 12:20) Sumbu yang pudar nyalanya pun tidak akan dipadamkannya. Tuhan tidak memadamkan sumbu di hati seorang perempuan yang sudah bercerai lima kali. Hati perempuan ini dimenangi dan semangatnya dipulihkan sehingga dia menjadi insan yang berguna. Tuhan Yesus tidak memandang jijik terhadap dia. Bartimaues yang gelap dunianya diterangi lagi sehingga dia boleh melonjak dengan kegembiraan. Pesakit kusta yang disingkirkan masyarakat disembuhkan Yesus agar mereka boleh diterima oleh masyarakat lagi. Mereka tidak lagi seperti buluh yang terkulai dan sumbu mereka yang pudar dinyalakan lagi. Adakah anda berasa terluka? Kekecewaan melandai kehidupan anda sehingga anda hampir terpatah? Kesedihan hampir memadamkan terang yang pudar? Tuhan Yesus akan menegakkan buluh yang terkulai itu. Yang pudar akan dinyalakan dengan terang lagi. Orang yang lemah tidak disingkirkan Tuhan malahan sumbu yang tertinggal akan dinyalakan. Layangkan pengharapanmu kepada Tuhan. Doa: Tuhan, biarlah kasih-Mu bersinaran terang di tengah-tengah lebuhraya cabaran.5027
- Sauh Yang KuatIn Bayu Pengharapan·18 August 2021Renungan: Roma 15:10 - 13 “Pengharapan itu adalah sauh yang kuat dan aman bagi jiwa kita, yang telah dilabuhkan sampai ke belakang tabir.” (Ibrani 6:19) Mataku terpukau pada dua pekerja Indonesia yang sedang bekerja di bangunan tinggi sewaktu aku melayang pandanganku ke luar jendela gym. Mereka sedang meletakkan rangka untuk meninggikan bangunan beli-belah itu namun tubuh mereka tidak terikat pada peralatan keselamatan. Aku memperhatikan setiap langkah mereka dengan hati yang berdebar-debar sewaktu mereka melompat dari satu papan ke papan yang lain. Kalau mereka tergelincir selangkah pun, mereka akan terhumban ke lantai yang keras. Bagaimana kalau angin tertiup kencang? Kehidupan kita juga memerlukan ikatan yang kukuh dan Kristuslah sauh yang kuat dan aman bagi kita. Kalau tidak ada sauh, kita bagai kedua-dua pekerja Indonesia ini yang menanggung kebahayaan dan risiko ditiup angin kuat yang menghembus setiap sudut dunia ini. Bilakah kita akan terhumban ke bawah kerana angin liar ini? Sauh merupakan besi berat yang diikatkan pada tali atau disambungkan pada rantai, kemudian diturunkan dari tepi perahu atau kapal untuk mengukuhkan posisi kapal di air. Sauh terbaik dalam kehidupan kita hanyalah Tuhan Yesus. Sauh kita bukanlah orang lain, kejayaan kita, kemampuan kita mahupun status kita dalam masyarakat. Sauh yang utuh kita ialah Tuhan Yesus yang memberi jaminan kehidupan. Kalau kita mengikat sauh kita pada Kristus, pengharapan kita selalu kukuh sekalipun kita menerima berita gempar dari dunia kita. Sebaliknya ikatan kepada yang fana akan menghasilkan perasaan tidak terjamin. Hati bergelora terus! Hanya Tuhan, sumber pengharapan dapat memenuhi kita dengan segala sukacita dan damai sejahtera. Dadah, minuman keras, serta penghiburan sementara bukan sauh kerana lebih banyak masalah akan timbul kalau kita mengikat diri padanya. Sebaliknya, kita akan tergelincir ke lubang depresi yang mendalam dan ketagihan yang lebih melarat. “Pada Allah ada keselamatanku dan kemuliaanku; gunung batu kekuatanku, tempat perlindunganku ialah Allah.” (Mazmur 62:8) “Semoga Allah, sumber pengharapan, memenuhi kamu dengan segala sukacita dan damai sejahtera dalam iman kamu, supaya oleh kekuatan Roh Kudus kamu berlimpah-limpah dalam pengharapan.” (Roma 15:13) “Tetapi aku sentiasa mahu berharap dan menambah puji-pujian kepada-Mu,” (Mazmur 71:14) Doa: Tuhan Penolong jiwaku, Engkaulah Pengharapan, dan Sauh kehidupanku.5028
- Imamat 14 AVBIn Kehidupan Kristian·18 September 2024Imamat 14 AVB Imamat 14 | AVB Audio Drama | Alkitab Versi Borneo | Leviticus 14 | VisualBible.info0119
- Gurun Sin, Sinai, Zin | Keluaran, Imamat, Nombor, Yosua, Yehezkiel, dll | Geografi AlkitabiahIn Kehidupan Kristian·5 July 2024Gurun Sin, Sinai, Zin | Keluaran, Imamat, Nombor, Yosua, Yehezkiel, dll | Geografi Alkitabiah Gurun Sin, Sinai, Zin | Keluaran, Imamat, Nombor, Yosua, Yehezkiel, dll | Geografi Alkitabiah01119
- Apakah Kita Mahu Berbuah?In Inspirasi & Renungan·19 October 2021Pada malam sebelum kematiannya, Yesus memerintahkan para pengikutnya, "Tetaplah di dalam-Ku seperti Aku di dalammu. Ranting tidak dapat berbuah jika terpisah dari pokok anggur. Demikian jugalah kamu: Kamu dapat berbuah hanya jika kamu tetap di dalam-Ku." (Yohanes 15:4 AVB) Yesus mengatakan bahawa perhubungan kita dengan Tuhan secara rohani adalah seperti ranting yang melekat pada pokok anggur. Kita tidak akan mempunyai hasil atau produktiviti dalam hidup kita jikalau kita berada di luar sana daripada perhubungan dengan Tuhan secara sendirian. Kita mesti terus berhubung dengan tubuh Kristus. Untuk pokok, cabang yang terputus tidak akan berbuah. Sama untuk kita. Apabila kita tidak berhubung secara rohani, kita bukan sahaja mula reput dan mati, tetapi kita juga tidak mempunyai produktiviti yang baik di dalam hidup kita. Jadi saudara-saudari, buah apa yang harus kita hasilkan semasa kita bersama dengan tubuh Kristus? Galatia 5:22-23 (AVB) 22 Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23 lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini. Buah Roh adalah bukti bahawa kita terhubung secara rohani. Sekiranya anda tidak melihat diri anda berkembang dalam semua perkara di atas, ia bermaksud kita tidak berhubung secara rohani. Tuhan mengatakan bahawa hubungan rohani adalah sangat penting. Sebenarnya, kita tidak akan mempunyai hasil atau produktiviti dalam hidup kita jika kita berada di luar perhubungan dengan Yesus.. Kita mesti dihubungkan dengan tubuh Kristus. Mari kita sama-sama renungkan hari ini .. apakah kita tetap bersama dengan Yesus?4063
- Waktu TerbaikIn Inspirasi & Renungan·19 July 2023Tuhan Yesus ingin kita memberikan waktu dan kesempatan kita untuk berdoa, bersekutu secara pribadi dan menikmati Kasih dan Anugerah-Nya..4046
- KKD 2.0In ALL·14 October 20224020
- Nahum 1:7 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·2 September 2021Tuhan itu baik, Dialah benteng pada masa kesesakan. Dia mengenal mereka yang berlindung pada-Nya.407
- 1 Tawarikh 16:34 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·8 September 2021Mengucap syukurlah kepada Tuhan kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya.402
- Ditangkap TuhanIn Kesaksian·24 February 2023Kesaksian Ferry Kisah pertaubatan Ferry daripada ketagihan dadah.4020
- Lukas 8:16 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·19 July 2021Tiada seorang pun memasang pelita lalu menutupinya dengan sebuah pasu atau meletakkannya di bawah katil. Tetapi dia meletakkannya di atas kaki pelita supaya orang yang masuk dapat melihat cahayanya.4015
- Mazmur 46:1 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·5 August 2021Allah Pelindung dan Pemberi kekuatan kepada kita, sentiasa sedia menolong pada waktu kesusahan.409
bottom of page









