top of page

Cari

3262 results found with an empty search

  • Hal Luar Biasa Kerana Tuhan

    “...Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku, dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka..... Maz 18:30 Pemazmur berkata bahawa “…dia dapat mengalahkan semua musuh-musuhnya kerana camputangan pertolongan Tuhan bersama dengannya maka dia dapat mengalahkan tentara dan memanjat tembok musuh. Dengan penyertaan Allah bersama-sama dengannya maka dia menjadi berani dan boleh melakukan hal-hal yang besar, iaitu memecahkan suatu pasukan tentara dan melompat pagar tembok musuh-musuhnya. Campurtangan Tuhan didalam hidup pemazmur menyebabkan pemazmur menjadi seorang yang luarbiasa dalam melakukan hal-hal yang luar biasa yang tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa. Demikian juga dengan diri kita, jika Tuhan bersama-sama dengan kita maka hal-hal yang luarbiasa kita dapat lakukan sebab yang bertindak bagi kita adalah Tuhan sendiri. Bagi pihak kita hanya menyerah seluruh hidup kita kepadaNya untuk dipakai olehNya Bagaimana dengan diri anda sekarang ini apakah anda mahu melakukan hal-hal yang besar dalam hidup anda? Tiada jalan singkat yang kita boleh gunakan hanya kita berserah kepada Tuhan untuk campurtangan maka hal-hal yang besar akan kita alami. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, saya serahkan kepadaMu, pakailah hidup saya untuk melakukan pekerjaanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin

  • Sikap Hati Yang Benar

    Oleh Pr Andrew Jalong

  • Bayu Pengharapan : Jiwa Yang Cekal

    Renungan: Bilangan 14:1-38 “Tetapi hamba Kaleb, kerana lain jiwa yang ada padanya dan dia mengikut Aku sepenuhnya, akan Kubawa masuk ke negeri yang telah dimasukinya itu, dan keturunannya akan memilikinya.” (ayat 24) Kaleb berjiwa berlainan kerana dia tidak takut apapun yang terjadi kalau hidupnya berkenan kepada Tuhan. Kaleb berlainan jiwa kerana dia tidak seperti umat Tuhan yang suka bersungut-sungut, “Ah, sekiranya kami mati di tanah Mesir, atau di padang gurun!” (ayat 2) Jiwanya berlainan dan dia hanya berpandangan positif dan beriman. “Negeri yang kami lalui untuk diintai itu adalah luarbiasa baiknya. Jika Tuhan berkenan kepada kita, maka Dia akan membawa kita masuk ke negeri itu dan akan memberikannya kepada kita, suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya.” (ayat 7-8). Tuhan amat kecewa dengan umat lain yang suka bersungut-sungut, “Berapa lama lagi umat yang jahat ini akan bersungut-sungut kepada-Ku...” (ayat 27) Perjalanan dan pelayanan bersama dengan Tuhan memerlukan jiwa yang cekal dan berlainan. Intipati orang yang mengasihi Tuhan sungguh berlainan; mereka tidak akan bersungut-sungut kerana ada pepasir di kasut atau mengangkat bendera putih dengan mudah. Mereka selalu berharap kepada Tuhan dan mempercayai bahawa Dia akan memberkati mereka dengan berkelimpahan. Tuhan dengan ajaib memilih Lui Zhen Ying daripada keluarga miskin dari Henan untuk mengabarkan kasih-Nya di Negara China sekalipun terjadi penganiayaan yang ngeri. Tuhan melihat jiwanya yang sungguh cekal dan berlainan daripada orang lain. Dengarlah kesaksiannya sewaktu diburu oleh kerajaan Negara China: Di sebuah kota, kami terpaksa bertukaran bas untuk menyelamatkan jiwa kami. Aku memakai kaca mata hitam untuk menyembunyikan mataku. Banyak orang di stesen telah melihat gambar saya dan saya terdengar mereka sedang berbincang tentang tawaran untuk menangkap saya. Mereka berkata, “Orang yang dapat menangkap banduan ini akan dihadiahi lumayan oleh kerajaan.” Isteri saya dan saya begitu bersukacita dalam hati kerana kami tahu bahawa Tuhan ialah tempat persembunyian kami. Kami berasa begitu tersanjung kerana diburu sebagai ‘penjahat’ Yesus. Kami menganggap dihina demi nama Tuhan itu suatu kemuliaan besar dalam kerajaan Tuhan.” Saudara Lui dan isterinya berlainan jiwa. Kecekalan mereka merempuh penganiayaan dan penderitaan demi nama Yesus di Negeri China menyayatkan hati banyak orang sewaktu mereka membaca kisah kesaksiannya dalam buku, ‘Heavenly Man’. Sesungguhnya saudara Lui bersaksi, “Sebab aku yakin, bahawa penderitaan zaman sekarang ini tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan Doa: Tuhan Pelindungku, berikan aku jiwa yang berlainan dan kecekalan demi kerajaan-Mu. Ingat Akan Nama Yesus Ingat akan nama Yesus, kamu yang menanggung berat.Nama itu beri kekuatan bagi orang yang penat.Indahlah nama-Nya, perlindungan yang teguh.Ingat akan nama Yesus, tempat berlindung teduh. Walau godaan menimpa, Dia perisai yang teguh.Nama Yesus sungguh indah, meriangkan jiwaku.Dia selalu memberi penghiburan, aku mahu puji nama Engkau. Lydia Baxter W.H. Doane

  • Melayani Untuk Satu Tujuan

    Oleh Pr Sam Surendran

  • Berkat kerana Rendah Hati

    “...Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati, tetapi Engkau merendahkan orang yang sombong..... Maz 18:28 Pemazmur berkata kepada mereka yang sedang tertindas tentang penghiburan yang menanti mereka daripada Tuhan kerana mereka rendah hati. Tuhan akan menyelamatkan atau menolong mereka daripada penindasan. Namun bagi mereka yang sombong atau tinggi hati, Tuhan akan menghukum atau merendahkan mereka. Kerana mereka memandang hina orang yang miskin dan salih. Pemazmur memberi mendorong kepada mereka yang tertindas bahawa “Tuhan akan membuat pelita mereka bercahaya, ini bererti, Tuhan akan membangkitkan dan menghiburkan roh mereka yang berduka, dan tidak akan membiarkan mereka terus diliputi kesedihan. Pemazmur percaya bahwa Allah menyelamatkan mereka karena mereka adalah orang benar dan menjalani kehidupan seturut dengan hukum Tuhan. Dengan itu mereka tidak perlu bersedih dan lemah sebab Tuhan akan menolong mereka. siapakah orang yang rendah hati ini? Mereka adalah orang yang melihat orang lain lebih baik daripada dirinya didalam segala aspek tanpa merendahkan mereka. Dia melihat orang lain penting dan bergunakan bagi Tuhan. Siapakah mereka yang sombong ini? Mereka adalah mereka yang bermegah dengan dirinya bahawa dia lebih baik daripada orang yang lain, dia memikirkan bahawa dia sesorang yang baik dan meletakkan dirinya melebih orang lain. Bagaimanakah dengan diri anda pada hari ini, siapakah diri anda dihadapan Tuhan sekarang ini? Marilah kita selidiki hati kita dihadapanNya. Apakah anda telah menjalani kehidupan yang berkeanaan dihadapan Tuhan. Firman Tuhan berkata “hendaklah kamu semua memiliki kerendahan hati, yang seorang kepada yang lain karena: Allah menentang orang yang sombong, tetapi Ia memberi anugerah kepada orang yang rendah hati. (1 Tim 5:5). Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu, sekiranya saya menjalani kehidupan yang tidak berkenaan dihadapanMu, ampunilah saya, ubahlah dan bentuklah saya menjadi serupa denganMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie

  • Bagaimana Menyelesaikan Konflik Di Tempat Pekerjaan?

    Konflik yang sihat adalah baik! Ia membuangkan kekeliruan dan membantu semua orang mengendalikan perasaan negatif dengan cara yang positif. Malangnya, ramai di antara kita melalui kehidupan dengan mencuba mengelakkan konflik, manakala yang lain mungkin cuba mencipta konflik. Kedua-dua tindak balas ini tidak sihat atau tidak memberi manfaat dalam hubungan kita. Kita sering tidak bersedia untuk menghadapi konflik kerana ibu bapa kita bukanlah contoh teladan yang baik atau tidak mengajar kita kemahiran penyelesaian konflik yang sihat. Ada yang hanya menanamkan perasaan kita. Di tempat Marketplace, konflik disebabkan oleh banyak perkara. Diantara yang ketara ialah 63% Gaya komunikasi (style of Communication) 45% Perbezaan personaliti (Personality differences) 31% Perbezaan nilai (Conflicting values) 15% Cemburu (Envy) 11% Bertanding untuk naik pangkat (Competition for promotions) Oleh itu adalah penting untuk kita belajar bagaimana untuk menyelesaikan konflik di tempat pekerjaan. Jadi izinkan saya kongsikan 7 langkah menyelesaikan konflik. Sebelum melakukan apapun, berdoa dahulu. Langkah #1: Ambil Inisiatif (Langkah Pertama) Untuk Menyelesaikan Konflik Pada saat kita sedari adanya masalah dalam hubungan kita, ambillah langkah pertama untuk memperbaikinya—walaupun kita berpikir orang lain yang salah dan kita tidak melakukan apa-apa untuk memprovokasikannya. Dekatilah orang tersebut secara bersemuka. Konflik jarang diselesaikan sepenuhnya melalui email, surat, pesan teks, atau panggilan telepon karena kita tidak dapat membaca ekspresi wajah, mata, atau bahasa tubuh satu sama lain. Matius 18:15 (AVB) Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah mendapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan diam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya dia mahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya mendapat kembali saudaramu. Langkah #2: Fokus kepada gambaran besar daripada perbezaan peribadi anda. Sebelum memulakan perbincangan, tentukan bahawa perhubungan itu lebih penting daripada sebarang perselisihan faham. Jika anda menumpukan pada perkara yang memisahkan anda, adalah lebih sukar untuk mencapai matlamat untuk mengusahakan keutamaan bersama-sama. Efesus 4:3 (AVB) dan berusaha memelihara perpaduan dalam Roh dengan ikatan sejahtera. Langkah #3 : Dengar dengan penuh perhatian semasa orang tersebut memberitahu bagaimana dia melihat situasi itu. Biarkan orang lain bercakap terlebih dahulu semasa anda mendengar dengan hati, mata dan telinga anda — tanpa bersikap membela diri atau marah. Cuba dengar kepedihan dalam suara orang itu dan empati. Jangan ganggu. Biarkan orang itu melengkapkan ceritanya. Maklumlah, ini akan menjadi yang paling sukar daripada tujuh langkah. Amsal 18:13 (AVB) Sesiapa yang memberikan jawapan sebelum mendengar, itulah kebodohan dan kecelaan baginya. Amsal 29:20 (AVB) Adakah engkau memperhatikan orang yang bercakap dengan terburu-buru? Orang yang bodoh ada lebih banyak harapan daripada dia. Langkah #4: Sahkan perasaan orang itu tanpa mengurangkan kebimbangannya. Akui pendapat orang lain, tanpa bertengkar atau mencabar. Kemudian tanya sama ada mereka akan mendengar perspektif kita pula. Yakobus 1:19-20 19 Saudara-saudara yang kukasihi, sebagaimana kamu tahu, seseorang haruslah cepat mendengar, lambat bercakap, dan lambat menjadi marah. 20 Orang yang marah tidak dapat melakukan perbuatan yang benar dan diredai Allah. Langkah #5: Ceritakan perspektif dan perasaan anda Tunjukkan bahawa anda memahami bagaimana orang itu mungkin melihat situasi itu dengan cara yang berbeza daripada yang anda maksudkan. Elakkan menyalahkan sesiapa. Tetapi, kita masih boleh memberitahu orang itu bagaimana keadaan itu juga menyakiti perasaan anda atau mengecewakan anda. Amsal 18:17 (AVB) Orang yang mula-mula mengadukan perkaranya tampak benar, sehingga kemudian datang orang lain mengujinya. Langkah #6 : Minta maaf di dalam bahagian anda dalam perselisihan pendapat. Jangan harap orang itu akan meminta maaf atau meminta maaf. Maafkan tanpa agenda atau harapan tersembunyi. Langkah ini mungkin akan mengejutkan orang lain dan mengurangkan sebarang ketidaktentuan dalam perbincangan. Meminta ampun adalah melucutkan senjata. Selalu ada dua pihak dalam pertengkaran, dan anda bertanggungjawab untuk bahagian anda. Kolose 3:13 (AVB) Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu, demikianlah kamu harus mengampuni sesama sendiri. Langkah #7: Bincangkan bagaimana untuk mengelakkan konflik untuk masa depan. Tetapkan peraturan asas untuk perhubungan pada masa hadapan untuk mengelakkan sumber konflik yang sama ini berulang. Tutup dengan doa. Amsal 17:14 (AVB) Permulaan pertengkaran adalah seperti membuka aliran air, sebab itu berhentilah sebelum perbalahan meledak. Kesimpulan Kita mulakan dengan doa. Lakukan langkah penyelesaian konflik dengan doa dan selesaikan konflik dengan doa. Mempelajari cara menyelesaikan konflik mengikut cara alkitabiah membolehkan kita kekal tenang dan rendah hati berkomunikasi dengan cara yang damai dan penuh kasih sayang—cara Kristus. Konflik yang tidak dapat diselesaikan menyebabkan pergolakan, perpecahan, kemarahan, dendam, gosip, dan kezaliman—cara Iblis.. Apabila kita menentang Iblis dengan mengamalkan tingkah laku seperti Kristus, musuh berundur—sekurang-kurangnya buat seketika. Dia akan kembali dengan strategi baharu, tetapi jangan benarkan dia bertapak. Semoga, kita dapat menjadi terang dan garam di tempat pekerjaan kita, di marketplace, ladang misi kita.

  • Rayakan Keterbatasan Anda

    Oleh Pr Sam Surendran

  • Tadau Maino : Malaysian Worship Collective

    Lirik: Elizabeth Lasim & Christy Benedict Melodi: Christy Benedict & Juliyanah Apau Produser Eksekutif: Gina Yap Lai Yoong Produser: Phoebe Tsen Penggubah Muzik: Hezron Diman Vokal: Silvaranno Kuinzu Keyboard/Synth: Jayasamry Jaissen Buntang Bass: Hezron Diman Gitar Elektrik: Sabastian Kubar Dram: Raymond Voo Adunan Muzik: Hezron Diman & Phoebe Tsen Mastering: Nick Lee Ilustrasi: Krystal Ng Video Lirik: Gina Yap Lai Yoong ℗&© 2021 Four Forty Records Performed by the Malaysian Worship Collective Mengenai Penulis/Penggubah Lagu Elizabeth Lasim dilahirkan pada 15 Februari 1954 di Telupid, Sabah. Beliau memulakan pendidikan di Native Voluntary School (NVS), Telupid dan melanjutkan pelajaran di Government Primary School (GPS), Telupid. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan lima orang anak. Beliau pernah bekerja di SMK Telupid sebagai tukang masak. Beliau juga pernah terlibat dalam pelayanan penterjemahan Alkitab bahasa Kadazan Labuk dan pelayanan gereja yang lain. Christy Benedict dilahirkan pada 30 Mei 1977 di Telupid, Sabah. Anak ketiga dari lima orang adik-beradik, beliau mendapat pendidikan di Tadika Telupid, SK. Pekan Telupid dan seterusnya di SMK Telupid. Beliau beribadah di Gereja Anglikan St. David, Telupid. Sejak remaja lagi, beliau aktif dalam aktiviti dan pelayanan gereja. Kini, beliau melayani dalam Pelayanan Multimedia (bahagian skrip & berita) dan Pelayanan Kelompok Sel. Untuk maklumat lanjut tentang lagu ini, layari https://www.komuniti-digital.com JIka anda berminat untuk menggunakan lagu ini untuk pelayanan anda, sila emel kami di worship@fourfortyrecords.com Mengenai Malaysian Worship Collective Untuk sekian lama, Tuhan telah memberikan lagu-lagu pujian dan penyembahan kepada Malaysia — lagu-lagu dalam bahasa ibunda kami; lagu-lagu yang diurapi oleh Roh Kudus. Namun begitu, setakat ini, terlalu sedikit lagu-lagu ini dikongsi di luar gereja masing-masing dan tidak mencapai gereja Malaysia secara menyeluruh. Pada tahun 2018, hati kami membara dengan panggilan Tuhan untuk mengumpulkan para pemimpin pujian, penulis dan penggubah lagu, pemuzik dan pendoa syafaat dari latar belakang denominasi Kristian yang berlainan untuk mengangkat suara dan irama Malaysia dalam penyembahan di alam rohani. Pelayanan kami termasuk produksi lagu, kursus penulisan lagu, bengkel pujian dan penyembahan, penyediaan sumber berkaitan penyembahan, dan pimpinan pujian dan penyembahan. Ikuti kami di halaman Facebook (www.facebook.com/MYWorshipCollective) untuk perkembangan lanjut!

bottom of page