top of page

Cari

3260 results found with an empty search

  • Manusia Yang Berdosa

    Pr. Eddy Marson

  • Allah Sang Pencipta

    Pr. Eddy Marson

  • Hanya Satu Injil

    Pr. Eddy Marson

  • Kesaksian Rev. Dr. Hendry Padin Dari Ba'Kelalan

    Kesaksian Rev. Dr. Hendry Padin Tentang Kebangkitan Rohani di Ba'Kelalan

  • Kesaksian Rev Pengiran Gukang Dari Ba'Kelalan

    Kesaksian Rev Pengiran Gukang tentang kebangkitan rohani di Ba'kelalan

  • Ayat 6: Grand Finale

    Hari ini, adalah sesi yang terakhir berkenaan dengan Mazmur 23. Adalah baik untuk kita membaca kembali semua ayat di dalam Mazmur 23 dan termasuk yang terakhir untuk hari ini, iaitu ayat 6 Mazmur‬ ‭23:1-6‬ 1Tuhan ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun. 2Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang, Dia memulihkan jiwaku. 3 Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya. 4Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku. 5Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah. 6Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya. Mazmur 23 adalah Mazmur yang sangat powerful di dalam kita mengharungi kehidupan. Masuk kita ke dalam ayat yang terakhir, iaitu, ayat 6. Ada 2 bahagian utama yang boleh kita pelajari. Bahagian yang Pertama: Mazmur 23:6a Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku … Apabila raja Daud mengistiharkan kebaikan Tuhan di dalam Mazmur ini, dia menyatakan dengan keyakinanan - “Tentulah” Tidak kira samada situasi kita di dalam keadaan yang teruk Atau di dalam keadaan yang jahat Atau di dalam keadaan yang susah, Tetapi ..Tuhan tetap akan melakukan yang terbaik untuk kita. Roma 8:28 Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya. Wow, saudara, inilah salah satu janji Allah. Allah akan bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya. Jika kita telah menerima Yesus sebagai Juru Selamat, Alkitab menyatakan di sini, saudara .. Di dalam segala hal kebaikan akan menjadi bahagian kita.. bukan separuh, bukan setengah. bukan sebahagian Tetapi di dalam segala hal ! Oleh itu saudara, apabila kita melangkah ke masa hadapan kita, kita tidak berjalan dengan tanda-tanya, tetapi dengan keyakinan.. Tentulah kasih dan kebaikan Tuhan akan mengiringi kita. Kasih dan Kebaikan Tuhan Akan melindungi dan memberikan yang secukupnya untuk kita. Kita tidak akan kekurangan. Akan merehatkan emosi dan jiwa kita. Membawa kita ke padang rumput yang hijau dan air yang tenang. Akan memimpin kita ke jalan yang benar Akan bersama kita mengharungi lembah kegelapan di dalam hidup kita Akan melimpahkan berkat ke dalam kehidupan kita Bahagian yang kedua: Mazmur 23:6b dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya. Di dalam setiap kebaikan Tuhan, saudara, ayat yang terakhir ini, Ialah ayat “finale” ini saudara, Ayat yang terakhir ini, ialah ayat yang menunjukkan kebaikan Tuhan yang “Ultimate” (Muktamad) Kerana kebaikan Tuhan adalah lebih daripada hidup kita di dunia tetapi menjangkau sampai ke Syurga saudara. Ini bermakna, kita tidak akan takut kepada kematian, kerana kematian bukan akhirnya. God saves the best for last. Tuhan menyediakan yang terbaik untuk yang terakhir. Jikalau saudara menerima Yesus Kristus pada hari ini, kita akan bersama dengan Tuhan di syurga satu hari nanti. Tidak ada kesedihan Tidak ada penderitaan Tidak ada dosa Tidak ada penyakit Tidak ada kepahitan Tidak ada tekanan Jadi, saudara, inilah “Grand Finale” nya di dalam Mazmur 23:6. Bahagian yang terakhir di dalam Mazmur 23:6 menyatakan bahawa Kita akan bersama dengan Tuhan di syurga satu hari nanti. Itulah jaminan keselamatan hidup untuk diri kita. Efesus 2:4-7 4 Namun Allah, yang kaya dengan belas kasihan, kerana kasih-Nya yang amat besar kepada kita, 5 walaupun ketika kita telah mati disebabkan kesalahan kita, telah menghidupkan kita bersama Kristus – kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya. 6 Allah telah membangkitkan kita bersama Kristus Yesus, serta mendudukkan kita bersama-Nya di syurga, 7 supaya pada zaman-zaman akan datang Allah dapat menunjukkan limpah kekayaan kasih kurnia-Nya dalam belas ihsan-Nya kepada kita dalam Kristus Yesus. Inilah kasih kurnia Allah. Grand Finale nya ialah untuk bersama dengan Tuhan di Syurga ialah kerana kasih kurnia Allah. Apa yang perlu kita lakukan ialah menerima Yesus sebagai Juru Selamat. Dan kepada kita yang sudah menerima Yesus, inilah masanya untuk kita berkongsi kepada mereka yang belum percaya, janji Grand Finale ini adalah untuk bahagian mereka juga !!! Bukan sahaja Tuhan mahu hidup berkelimpahan dan dengan kemenangan di dunia ini, tetapi juga Tuhan berjanji bahawa kita akan menetap di syurga satu hari nanti, kerana kasih kurnianya. Apa yang harus kita lakukan ialah untuk menerimanya sebagai juru selamat. Mari kita berdoa .. DOA Tuhan di dalam kami menghayati Firman Tuhan yang terakhir ini, kami sedar akan kasih mu yang begitu besar. Hari ini, kami mahu menyatakan sekali lagi bahawa kami ingin menerima kasih Allah yang begitu besar itu. Ampuni segala dosa kami yang lepas dan hari ini, kami menerima Yesus sebagai Juru Selamat. Dan janji-janji Allah yang tertera di dalam Mazmur 23, menjadi bahagian di dalam kehidupan kami. Di dalam nama Yesus juruselamat kami. Amen. Elder Ann WK

  • Ayat 5: Urapan

    Hari ini, masuk kita ke dalam bahagian yang ke 5, Mazmur 23. Mazmur 23:5 Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah. Apabila kita membaca Mazmur 23:5, apakah yang terlintas di dalam fikiran saudara? Mari kita sama-sama renungkan bahagian firman Tuhan ini yang mempunyai 3 bahagian utama, iaitu Tuhan menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Tuhan mengurapi kepalaku; cawanku melimpah. #1: Tuhan menyediakan hidangan untuk kita di hadapan musuh kita. Kita lihat di sini, saudara, Tuhan menyediakan makanan untuk kita. Ada terjemahan lain yang me menyatakan Tuhan menyediakan meja dengan banyak makanannya...jamuan besar. Ini dilakukan di hadapan musuh. Kita tidak takut dan gentar. 2 Korintus 4:8-10 Dalam segala hal kami dihimpit, tetapi tidak hancur. Kami bingung, tetapi tidak putus asa. Kami dianiaya, tetapi tidak ditinggalkan. Kami dijatuhkan, tetapi tidak dimusnahkan. Ke mana-mana pun kami pergi, kami sentiasa membawa kematian Yesus dalam tubuh kami, supaya kehidupan-Nya nyata dalam tubuh kami. Walaupun kita tertekan, kita dihimpit, kita dianiaya dan dijatuhkan, kita tidak akan ditinggalkan . Kita tidak akan dimusnahkan. Inilah firman Tuhan saudara lebih daripada itu, Paulus sedia … supaya kehidupan Yesus nyata di dalam tubuh mereka. …. Paulus sedia memberitakan Injil walaupun di dalam keadaan yang tertekan. Inilah Tuhan kita, Tuhan akan menyediakan yang secukupnya di hadapan musuh kita dan kita tidak takut dan gentar. Ada juga orang menafsirkan ayat ini sebagai sesuatu yang dilakukan untuk membawa damai dengan musuh kita. Hidangan di hadapan musuh … adalah sebagai peace offering Ini mengingatkan kita untuk menghulurkan tangan kita kepada mereka yang musuh kita. Kita menjangkau mereka. Kita memberitakan berita baik untuk mereka. Mari kita masuk ke dalam point yang ke-2 #2: Tuhan mengurapi kepala kita Saudara, Apakah maknanya apabila kita diurapi? Ia bergantung daripada siapa yang mengurapi kita, kan saudara. Samada kita diurapi Tuhan atau fizikal secara kemanusiaan. Jikalau kita diurapi Tuhan, kita akan diberikan hikmat (insights) yang “supernatural” Kemampuan dan stamina yang “supernatural” Otoriti dan kuasa yang “supernatural” Perlindungan yang “supernatural” Yang tidak kita punyai, secara kebiasaannya. Semua ini diberikan untuk kita melakukan apa yang Tuhan ingin lakukan di dalam hidup kita. Tuhan menyatakan di sini bahawa kita akan diurapi oleh Allah sendiri. Dia akan mengurapi kepala kita saudara. Inilah Tuhan kita .. Dia mahu memberikan kita kebolehan yang baru untuk kita memenuhi panggilannya di dalam hidup kita. Marilah sama kita serahkan diri kita pada hari ini dan berdoa dengan rendah hati, menyerahkan diri kita untuk diurapi dengan Roh Kudus yang diberikan oleh Bapa kita yang di Syurga dengan kasih. Tuhan berjanji, Lukas 11:13 Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya! Oleh itu saudara, mari kita minta urapan Tuhan hari ini. #3: Cawan kita melimpah. Cawan adalah metafor kehidupan kita saudara. Yang melimpah ini bukanlah calendar kita Bukanlah bill kredit kad kita Bukanlah emosi yang membebankan kita Bukanlah pembelanjaan kita Ataupun, stress kita, tekanan kita dsb. Tetapi yang melimpah ini adalah berkat Tuhan untuk diri kita .. amen saudara? Kita harus mempunyai “surplus mindset” saudara. Iaitu corak pemikiran yang berkelimpahan. Corak pemikiran yang berkelimpahan adalah untuk kita fokus kepada sumber-sumber Allah yang tidak terbatas. Kita tidak fokus kepada roti, tetapi kita fokus kepada kilang roti. Kita tidak fokus kepada rezeki tetapi kita fokus kepada sumber yang memberikan rezeki iaitu Allah sendiri. Tuhan mengatakan di dalam Yohanes 10:10 bahawa Yesus datang adalah untuk memberikan kita hidup bahkan hidup yang berkelimpahan. Persoalannya saudara. Bagaimana kita boleh hidup dengan hidup yang berkelimpahan? Izin saya cadangkan beberapa langkah iaitu Kita hidup dengan hubungan yang intim dengan Tuhan seperti yang tertulis di dalam Yohanes 15:5 (stay connected to Jesus) Kita hidup dengan kesyukuran Kita hidup dengan kepuasan hati Kita hidup dengan murah hati, memberi kepada mereka yang memerlukan Kita hidup dengan urapan Tuhan Jadi saudara, hari ini Tuhan mengingatkan kita untuk merenungkan bahagian firman Tuhan ini yang menyatakan : Tuhan menyediakan hidangan untuk kita di hadapan musuh kita. Tuhan mengurapi kepala kita cawan kita akan melimpah, kerana Tuhan. Mari kita berdoa. DOA Tuhan, terima kasih atas firman Mu. Hari ini Tuhan, kami bersyukur kerana Engkau menyediakan hidangan untuk kami di hadapan musuhku. Mampukan kami menjangkau musuh-musuh kami. Engkau mengurapi kepala kami, dan memberikan kami kemampuan baru. Kebolehan yang supernatural kerana orang yang mengurapi kami, adalah Allah sendiri. Engkau mengakibatkan cawan kami berlimpah dengan berkat, Tukar corak pemikiran kami dengan corak pemikiran yang berkelimpahan. Kami doakan semua Ini di dalam nama Yesus Kristus. Elder Ann WK

  • Ayat 4: Lembah

    Hari ini, masuk kita ke dalam bahagian yang ke 4, Mazmur 23. Mazmur 23:4 Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku. Setiap orang di dalam dunia ini akan menghadapi lembah bayangan maut di dalam hidup kita. Alkitab mengatakan meskipun aku melangkah di lembah bayangan maut. “Meskipun“ menganggap kita akan berhadapan dengan cabaran hidup satu hari nanti. Saudara, samada kita sekarang di dalam lembah bayangan maut atau pun tidak, inilah bahagian firman Tuhan yang akan membantu kita. Kadang-kadang kita akan ragu-ragu dan lupa kebaikan Tuhan di dalam kehidupan kita. (terutama sekali apabila kita mengharungi lembah) Hari ini, izinkan saya saudara menyatakan dan mengingatkan kita semua bahawa ... kita boleh selalu meletakkan kepercayaan kita kepada Tuhan. Kerana Dia adalah Allah yang setia Dia berjanji akan membawa kita menyeberangi lembah ini ke sebelah padang rumput yang hijau. Nah, saudara, di dalam kita mengharungi lembah bayangan maut, ada 3 kebenaran yang ingin saya kongsikan …. #1: Kita tidak keseorangan, Tuhan menyertai kita. Daud menyatakan di dalam ayat 4, Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku Kita tidak harus takut .. saudara .. kerana Tuhan akan bersama dengan kita. Dia adalah Allah yang setia 2 Tim 2:13 jika kita tidak setia, Dia tetap setia, Dia tidak boleh menyangkal diri-Nya. Allah kita tetap setia. Allah kita adalah lebih besar daripada ketidaksetiaan kita. Inilah Tuhan kita yang baik, saudara...amen. Bayang-bayang di dalam hidup kita adalah kerana cahaya yang memancar. Bagaimana kita berurusan dengan bayang-bayang kita? Apa yang boleh saya cadangkan ialah untuk berpaling daripada bayang-bayang kehidupan kita kepada cahaya. Yohanes 8:12 Yesus berkata lagi kepada mereka, “Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup.” Alkitab mengatakan Tuhan adalah cahaya dan di dalamNya tidak ada kegelapan. Janji Allah bukanlah hidup kita tidak ada masalah, tetapi janji Allah ialah apabila kita mengharungi lembah, Tuhan akan menyertai kita. Jikalau Tuhan memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita. Jadi saudara, janganlah kita fokus kepada Apa yang menakutkan kita Apa yang merisaukan kita Apa yang membingungkan kita Tetapi kita berpaling daripada fokus yang menakutkan, merisaukan dan membingungkan kepada fokus kita kepada Kepada gembala kita yang setia Kepada Yesus Kristus yang rela mengorbankan nyawanya untuk kita. Dan kerana itulah tidak ada yang kecil atau besar yang tidak boleh Dia selesaikan. #2: Tuhan akan melindungi dan memimpin kita Ayat 4b yang seterusnya .. gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku. (Your rod and your staff they comfort me) Jadi saudara, Tuhan bukan sahaja, akan bersama dan menyertai kita di dalam lembah kegelapan. Tetapi dengan gada dan tongkat, Tuhan akan menetap hati kita. Dalam bahasa Inggris, your rod and your staff they comfort me … comfort di sini memberikan keselesaan. Gada = ialah sesuatu yang digunakan oleh gembala untuk memimpin domba melalui curang bukit yang sudah. Tongkat = ialah sesuatu yang digunakan oleh gembala untuk melindungi domba daripada musuh .. serigala contohnya.. Jadi, Tuhan akan berjuang untuk kita dengan tongkatnya dan dengan dengan gadanya, Tuhan akan memimpin kita. Wow, saudara, ini dilakukan di dalam kita mengharungi lembah bayangan maut. Di dalam Yohanes 10:11-13, Yesus mengatakan bahawa dia adalah gembala yang baik yang mengorbankan nyawanya untuk kita. Di dalam ayat yang seterusnya, dia menyatakan bahawa orang upahan bukanlah gembala yang baik kerana apabila serigala datang, dia akan cabut lari .. Orang upahan akan berlari bertempiaran kerana dia hanya bekerja semata-mata untuk mendapat upah. Tetapi, kita mempunyai gembala yang baik. Kita adalah milik Tuhan Dan gembala yang baik ini menyatakan, walaupun kita di dalam lembah bayangan maut, dia tetap bersama dengan kita. Jadi hari ini saudara, jangan kita takut, risau dan khuatir. Tuhan akan bersama dengan kita. Lebih daripada dia bersama dengan kita … Jadi saudara, hari ini Tuhan mahu mengingatkan bahawa dia adalah gembala yang baik. Samada saudara mengharungi lembah lembah kegelapan hari ini … atau untuk masa yang akan datang, Tuhan tetap setia. Dia akan menyertai kita Dia akan berjuang untuk kita dengan tongkat nya Dia akan memimpin kita dengan gada nya. Mari kita berdoa ... DOA Tuhan, terima kasih atas firman Mu. Firman Mu indah dan hidup, yang boleh kami praktikan di dalam hidup kami. Hari ini Tuhan, di dalam kami mengharungi lembah bayangan maut, kami tahu bahawa Engkau akan bersama dengan kami. Engkau akan memimpin kami Engkau akan berjuang untuk keselamatan kami. Kami doakan semua Ini di dalam nama Yesus Kristus. Elder Ann WK

  • Ayat 3: Jalan Benar

    Mazmur 23:3 Dia memulihkan jiwaku. Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya. Ada 3 perkara yang boleh kita renungkan hari ini. #1 : Hidup kita ada banyak bahagian perjalanan. Teman-teman sekalian, hidup kita adalah terdiri dengan banyak bahagian-bahagian kecil permulaan dan penghabisan. (start and stop). Dua tahun yang lalu, saya dan keluarga saya sempat mendaki gunung kinabalu. Kami mempunyai banyak tempat rehat di dalam perjalanan. Kami memulakan pendakian dan berhenti ke satu tempat. Kemudian memulakan pendakian kami yang seterusnya … Di dalam setiap bahagian pendakian, Pemandangan nya yang berlainan laluan pendakian berlainan cabaran dan kesusahan yang berlainan cuaca yang berlainan. Ada masanya matahari panas dan ada masanya hujan turun. cerun pendakian berlainan oxygen level pun berlainan saudara Orang-orang yang kita temui di dalam perjalanan juga berlainan dan karakternya berlainan Ini hanyalah metafor yang boleh kita gunakan di dalam perjalanan hidup kita. Hidup kita bukanlah sahaja berjalan atau berlari dalam satu bahagian, tetapi hidup kita juga ada banyak bahagian bermula dan bahagian berhenti. Jadi saudara, hari ini, mungkin Tuhan mahu kita fikirkan ... mungkin ada yang harus saudara berhenti melakukan sesuatu dan mungkin ada yang harus saudara bermula melakukan sesuatu. #2 : Tuhan membimbing kita ke jalan yang benar Gembala kita yang baik, bukan sahaja memberi makanan kepada kita Bukan sahaja memimpin kita Bukan sahaja membetulkan kita Tetapi, dia juga memulihkan jiwa kita dan membimbing kita ke jalan benar ... Mungkin ada masanya kita bertanya-tanya Apakah yang harus saya lakukan di dalam hidup kita? Apakah kehendak Tuhan di dalam hidup saya? Apakah panggilan Tuhan di dalam kehidupan saya? Apa yang harus saya mula lakukan? Dan apa yang harus saya berhenti melakukan? Izinkan saya mengatakan bahawa Tuhan memberikan kita 2 panduan Pertama, izinkan saya cadangkan bahawa Tuhan telah memberikan kita peta dan pelan perjalanan hidup. Iaitu Alkitab. Alkitab adalah manual kehidupan kita teman-teman sekalian. Firman Tuhan adalah peta dan kompas kita. Yang ke Dua : Tuhan memberikan kita seorang “guide” yang akan memimpin kita ke jalan yang benar, iaitu Roh Kudus. Yohanes 14:26 Namun demikian, Penolong, iaitu Roh Kudus yang akan diutus Allah dalam nama-Ku, akan mengajarmu segala-galanya dan mengingatkanmu tentang apa yang telah Kukatakan kepadamu. Adalah penting bahawa Tuhan tidak mahu kita berjalan berseorangan, mari kita berdoa dan meminta Tuhan, memimpin kita di dalam 2 bahagian ini. Pimpinan melalui Firman Tuhan Yang menjadi manual dan kompas kehidupan kita. Dan pimpinan melalui Roh Kudus. yang akan mengajar kita dan mengingatkan kita tentang firman Tuhan. Dan menunjukkan jalan yang benar. #3: Demi namaNya Wow saudara, lebih daripada Dia memimpin kita, Dia melakukan ini Kerana kebaikan Tuhan, bukan kebaikan kita. Kerana kemuliaan Tuhan, bukan kemuliaan kita. Kerana kuasa Tuhan, bukan kuasa kita. Kerana karakter Tuhan, bukan karakter kita. Ini adalah kuncinya saudara untuk kegembiraan dan transformasi kehidupan kita. Sebab itu, Mazmur 23, mengenalkan kita sebagai Tuhan gembala kita yang baik. Di dalam Yohanes 10:7-18, ada beberapa ayat yang menyatakan bahawa gembala akan mengorbankan nyawanya, mengorbankan nyawanya, mengorbankan nyawanya. Inilah pergorbananNya saudara, Dia ingin membawa kita ke jalan kebenaran, yang tidak mampu kita lakukan dengan diri kita sendiri. Apabila kita, menerima Yesus sebagai Juru Selamat, kita diberikan jalan kebenaran ini. Kita diberikan hati yang baru dan dalam perjalanan hidup ke hadapan dengan proses sanctification (penyucian). Saudara, demi namaNya .. bukan kita Di dalam kelemahan kita, Tuhan tetap berkuasa Di dalam ketidaksetiaan kita, Tuhan tetap setia. Di dalam pergumulan dosa kita, Tuhan tetap mengasihi kita dan memberikan kita jalan penyelesaian. Inilah Tuhan kita saudara .. Dialah sauh pengharapan kita. Tuhan kita adalah lebih besar daripada kelemahan, ketidaksetiaan dan pergumulan kita. Doa Tuhan hari ini, kami sedar bahawa hidup kami adalah seperti perjalanan yang ada banyak bahagiannya. Dan di dalam kami mengharungi setiap bahagian perjalanan hidup, Engkau akan memimpin kami. Engkau telah dan akan menunjukkan jalan kebenaran. Lebih daripada itu, engkau melakukan ini demi nama Mu. Engkau yang setia, yang maha pengasih, yang berkuasa. Di dalam nama Yesus Kristus, kami berdoa, Amen. Elder Ann WK

  • Ayat 2: Rumput Hijau

    Hari ini adalah bahagian ke-2 Mazmur 23 Kita sama-sama menghayati Mazmur 23:2 untuk hari ini. Firman Tuhan, Mazmur‬ ‭23:2‬ mengatakan ... Mazmur 23:2 Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang. Di dalam hidup kita, kita akan menghadapi ”emotional exhaustion” - ataupun “keletihan emosi”. “Tekanan emosi” Apabila kita melihat kehidupan Elia, walaupun dia adalah seorang nabi yang hebat, dia juga melalui “keletihan emosi” saudara. Selepas menewaskan Nabi-Nabi Baal, dia menerima ugutan daripada Izebel, isteri kepada Ahab. Dan daripada itu, bermulalah “keletihan emosi” Elia. 1 Raja-Raja‬ ‭19:3-4‬ 3 Apabila diketahuinya hal itu, Elia bergegas pergi menyelamatkan diri. Sesampainya di Bersyeba, wilayah Yehuda, ditinggalkannya pelayannya di sana sementara dia pergi seorang diri kira-kira sejauh sehari perjalanan ke gurun. 4 Di sana duduklah dia di bawah sebuah pokok arar, dan memohon supaya dia mati sahaja, katanya, “Cukuplah! Sekarang, ya Tuhan, cabutlah nyawaku kerana aku ini tidak lebih baik daripada nenek moyangku.” Ada 10 tanda praktikal yang harus kita ketahui samada kita berada di dalam “tekanan emosi” Kita takut kita melarikan diri daripada banyak perkara Kita keluar daripada perhubungan dengan orang lain. Kita membuat keputusan yang impulsive Kita melakukan sesuatu lebih daripada limit fizikal kita. Kita putus asa di dalam pekerjaan kita Kita bersungut dan menyerah kalah Kita merasa keseorangan dan diserang Kita membandingkan diri kita dengan orang lain Kita merasakan kematian adalah penyelesaiannya. Jikalau kita mempunyai tanda-tanda ini, ada kemungkinan besar kita mengalami “keletihan emosi” Ataupun burn out. Tetapi, berita baiknya saudara, kita mempunyai Tuhan yang peduli. Izinkan saya cadangkan 3 langkah yang boleh kita lakukan untuk memulihkan diri kita daripada keletihan emosi, masuk kita ke dalam Mazmur 23:2 Pertama: Rehatkan Badan kita Mazmur 23:2 mengatakan ..”Aku membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang“ Tuhan yang akan membuat kita berbaring. Kita tidak boleh menjadi kuat di dalam rohani dan emosi, tanpa rehat fizikal, saudara. Ini yang berlaku kepada Elia, Tuhan menyebabkan Elia tidur. 1 Raja-Raja‬ ‭19:5‬ Kemudian dia berbaring dan tidur di bawah pokok arar itu. Tiba-tiba seorang malaikat menjamahnya dan bersabda kepadanya, “Bangunlah, makanlah.” Kadang-kadang, saudara, perkara yang harus kita lakukan ialah tidur… kita memerlukan fizikal. Kedua : melepaskan kekecewaan kita kepada Tuhan. Melepaskan perasaan kita kepada Tuhan adalah permulaan penyembuhan. Dia meluahkan segala-galanya kepada Tuhan. Dia mengongsikan kekecewaanya. Tuhan kita saudara adalah Tuhan yang peduli. Dialah yang membawa kita ke tepian air yang tenang. Dan di tepian air yang tenanglah, kita boleh meluahkan segala perasaan kita kepada Tuhan. Ketenangan Tuhan akan menyelimuti kita, saudara… kita akan dipulihkan .. amen? Ketiga: Ingat dan fokus kembali kepada Tuhan Apabila kita di dalam keletihan emosi atau burn out, kita harus ingat Siapakan Tuhan dan Apa yang difirmankan Tuhan Dan menyembah Nya Apabila kita melakukan tersebut, kita memindahkan pandangan kita daripada masalah kita kepada Tuhan. Kita akan Mendapat kesegaran baru Mendapat kesedaran kuasa dan karakter Tuhan Mendapat kesedaran pemulihan baru. Di dalam 1 Raja 19:11-18, menunjukkan kuasa hadirat Tuhan kepada Elisa semasa dia di dalam keletihan emosi. Saudara, kebanyakan kalinya kita di dalam tekanan, kerana kita mahu melakukan semuanya dengan tenaga kita sendiri. Apabila kita fokus kembali kepada Tuhan, kita akan sedar bahawa, Dia berdaulat atas segala sesuatu. Jadi saudara, jikalau kita di dalam keletihan, mari kita menyerahkan diri kita kepada Tuhan Supaya Dia dapat membaringkan kita di padang rumput yang hijau Supaya Dia membimbing kita ke tepian air yang tenang DOA Tuhan hari ini, kami menyerahkan diri kami tengan mu. Hari ini, kami mohon supaya Tuhan membaringkan kami di padang rumput yang hijau dan membimbing kami ke tepian air yang segar. Di dalam nama Yesus, kami berdoa. Amen. Elder Ann WK

bottom of page