top of page

Ayat 2: Rumput Hijau


Hari ini adalah bahagian ke-2 Mazmur 23

Kita sama-sama menghayati Mazmur 23:2 untuk hari ini.


Firman Tuhan, Mazmur‬ ‭23:2‬ mengatakan ...


Mazmur 23:2 Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang.


Di dalam hidup kita, kita akan menghadapi ”emotional exhaustion” - ataupun “keletihan emosi”. “Tekanan emosi”


Apabila kita melihat kehidupan Elia, walaupun dia adalah seorang nabi yang hebat, dia juga melalui “keletihan emosi” saudara.


Selepas menewaskan Nabi-Nabi Baal, dia menerima ugutan daripada Izebel, isteri kepada Ahab.


Dan daripada itu, bermulalah “keletihan emosi” Elia.


1 Raja-Raja‬ ‭19:3-4‬ 3 Apabila diketahuinya hal itu, Elia bergegas pergi menyelamatkan diri. Sesampainya di Bersyeba, wilayah Yehuda, ditinggalkannya pelayannya di sana sementara dia pergi seorang diri kira-kira sejauh sehari perjalanan ke gurun. 4 Di sana duduklah dia di bawah sebuah pokok arar, dan memohon supaya dia mati sahaja, katanya, “Cukuplah! Sekarang, ya Tuhan, cabutlah nyawaku kerana aku ini tidak lebih baik daripada nenek moyangku.”


Ada 10 tanda praktikal yang harus kita ketahui samada kita berada di dalam “tekanan emosi”

  • Kita takut

  • kita melarikan diri daripada banyak perkara

  • Kita keluar daripada perhubungan dengan orang lain.

  • Kita membuat keputusan yang impulsive

  • Kita melakukan sesuatu lebih daripada limit fizikal kita.

  • Kita putus asa di dalam pekerjaan kita

  • Kita bersungut dan menyerah kalah

  • Kita merasa keseorangan dan diserang

  • Kita membandingkan diri kita dengan orang lain

  • Kita merasakan kematian adalah penyelesaiannya.


Jikalau kita mempunyai tanda-tanda ini, ada kemungkinan besar kita mengalami “keletihan emosi”


Ataupun burn out.


Tetapi, berita baiknya saudara, kita mempunyai Tuhan yang peduli.


Izinkan saya cadangkan 3 langkah yang boleh kita lakukan untuk memulihkan diri kita daripada keletihan emosi, masuk kita ke dalam Mazmur 23:2



Pertama: Rehatkan Badan kita


Mazmur 23:2 mengatakan ..”Aku membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang“

Tuhan yang akan membuat kita berbaring.

Kita tidak boleh menjadi kuat di dalam rohani dan emosi, tanpa rehat fizikal, saudara.


Ini yang berlaku kepada Elia, Tuhan menyebabkan Elia tidur.


1 Raja-Raja‬ ‭19:5‬ Kemudian dia berbaring dan tidur di bawah pokok arar itu. Tiba-tiba seorang malaikat menjamahnya dan bersabda kepadanya, “Bangunlah, makanlah.”


Kadang-kadang, saudara, perkara yang harus kita lakukan ialah tidur… kita memerlukan fizikal.



Kedua : melepaskan kekecewaan kita kepada Tuhan.


Melepaskan perasaan kita kepada Tuhan adalah permulaan penyembuhan.


Dia meluahkan segala-galanya kepada Tuhan. Dia mengongsikan kekecewaanya.


Tuhan kita saudara adalah Tuhan yang peduli. Dialah yang membawa kita ke tepian air yang tenang.


Dan di tepian air yang tenanglah, kita boleh meluahkan segala perasaan kita kepada Tuhan.


Ketenangan Tuhan akan menyelimuti kita, saudara… kita akan dipulihkan .. amen?



Ketiga: Ingat dan fokus kembali kepada Tuhan


Apabila kita di dalam keletihan emosi atau burn out, kita harus ingat

  • Siapakan Tuhan dan

  • Apa yang difirmankan Tuhan

  • Dan menyembah Nya


Apabila kita melakukan tersebut, kita memindahkan pandangan kita daripada masalah kita kepada Tuhan.


Kita akan

  • Mendapat kesegaran baru

  • Mendapat kesedaran kuasa dan karakter Tuhan

  • Mendapat kesedaran pemulihan baru.


Di dalam 1 Raja 19:11-18, menunjukkan kuasa hadirat Tuhan kepada Elisa semasa dia di dalam keletihan emosi.


Saudara, kebanyakan kalinya kita di dalam tekanan, kerana kita mahu melakukan semuanya dengan tenaga kita sendiri.


Apabila kita fokus kembali kepada Tuhan, kita akan sedar bahawa, Dia berdaulat atas segala sesuatu.


Jadi saudara, jikalau kita di dalam keletihan, mari kita menyerahkan diri kita kepada Tuhan

Supaya Dia dapat membaringkan kita di padang rumput yang hijau


Supaya Dia membimbing kita ke tepian air yang tenang


DOA

Tuhan hari ini, kami menyerahkan diri kami tengan mu. Hari ini, kami mohon supaya Tuhan membaringkan kami di padang rumput yang hijau dan membimbing kami ke tepian air yang segar. Di dalam nama Yesus, kami berdoa. Amen.


Elder Ann WK



Related Posts

See All

Kasih Tuhan Tidak Berubah

“...Sebab biarpun gunung-gunung beranjak dan bukit-bukit bergoyang, tetapi kasih setia-Ku tidak akan beranjak dari padamu dan perjanjian damai-Ku tidak akan bergoyang, firman TUHAN, yang mengasihani e

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

Comments


bottom of page