top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Kenapa Tuhan Biarkan Aku Bernikah Dengan Orang Ini?

    Veronica Ruby Veronica Ruby adalah seorang isteri yang memiliki suami yang penuh kekacauan di dalam hidupnya. Tidak mengasihi isterinya, tidak menafkahi, dan juga hidup kesukaan sendiri. Veronica hampir menyesal kerana telah berkahwin dengan orang yang salah. Tetapi karena berkat Tuhan, dia boleh bertahan dan berkata "Hanya Tuhan yang dapat menceraikan saya." Suatu hari Veronica dan suaminya pindah ke suatu desa di Solo. Kerana suaminya tidak ada pekerjaan, akhirnya dia membaca buku. Buku tersebut mengubah dan menyentuh hati suami Veronica. Kira-kira apa buku yang dibaca suaminya tersebut? Mari kita tonton ceritanya di Solusi TV Malaysia. Jom kongsikan dengan kami dengan komen atau PM kami supaya team Komuniti Digital dapat mendoakan untuk saudara dan saudari,.

  • Kehancuran Kahwin Muda & Ilmu Hitam

    Atin Syukur Saudara Atin berkahwin dengan isterinya pada semasa di sekolah. Pernikahan harus dilakukan kerana Pak Atin menghamili istrinya. Setelah menikah, egonya tinggi, sehingga sering sekali terjadi pergaduhan. Selain itu, Pak Atin juga mempelajari ilmu hitam yang membuat dirinya dan keluarga mengalami kejadian-kejadian aneh. Saksikan kisah selengkapnya hanya di Komuniti Digital Malaysia. Apakah saudara-saudari, sekarang sedang menghadapi masalah kehidupan? Jom kongsikan dengan kami dengan komen atau PM kami supaya team Komuniti Digital dapat mendoakan untuk saudara dan saudari,.

  • Kecewa Dengan Hidup, Roh Kematian Berkata Bunuh Diri

    Abdul Gafur Selama hidupnya, Abdul Gofur selalu mendapatkan tindakan yang tidak baik dari ayah, ibu tiri, serta saudara tirinya. Kelakuan keluarganya membuat Abdul tidak tahan lagi dengan dunia ini hingga akhirnya memutuskan untuk bunuh diri. Tidak hanya sekali, Abdul cuba membunuh dirinya sebanyak 5x. Satu hari, Abdul kabur dari rumah dan mendapati dirinya keliru di dalam tekanannya yang berat. Saksikan kisahnya Episode Spesial Sumatera di Komuniti Digital. Apabila sahabat sekarang sedang menghadapi masalah kehidupan. Jom kongsikan dengan kami dengan komen atau PM kami supaya team Komuniti Digital dapat mendoakan untuk saudara dan saudari,.

  • Pemabuk, Kaki Perempuan dan Dadah, Tapi Hamba Tuhan

    Leonardi Sembiring Leonardi menjalani hidupnya sebagai hamba Tuhan di hari Ahad, dan melakukan dosa pada hari Isnin - Jumat. Leonardi memikirkan bahawa hidupnya adalah sah dan baik. Tetapi satu hari, ketika sedang melayani Tuhan, tiba-tiba Leonardi dihadapkan dengan suatu kejadian yang membuat dia berfikir kembali bagaimana dia telah menjalani hidupnya. Kejadian seperti apa yang dialami oleh Leonardi? Saksikan kisah selengkapnya di www.komuniti-digital. Apabila sahabat sekarang sedang menghadapi masalah kehidupan. Jom kongsikan dengan kami dengan komen atau PM kami supaya team Komuniti Digital dapat mendoakan untuk saudara dan saudari,.

  • Pertaubatan Seorang Doktor

    Dr. Anthony Doktor Anthony adalah orang yang lahir dari dua budaya yang berbeza. Sejak muda, Anthony lebih percaya kepada ilmu sains. Kerana secara logik, ilmu yang diajarkan sudah pasti dan dapat diuji kebenarannya. Tapi berbeza dengan ilmu roh kudus. Tidak dapat dilihat, tidak terukur, tapi dapat dipercayai. Kebingungan ini membuat dirinya sangat tidak tenang dan berusaha mencari jawapan dari segala sumber. Bagaiman Doktor Anthony bertobat? Saksikan kisah selengkapnya hanya di Komuniti Digital Malaysia. Apakah saudara-saudari, sekarang sedang menghadapi masalah kehidupan? Jom kongsikan dengan kami dengan komen atau PM kami supaya team Komuniti Digital dapat mendoakan untuk saudara dan saudari,.

  • Pelajaran Pengampunan

    Sugiarto Setiawan Sugiarto Setiawan dan Leana Diana adalah pasangan suami istri yang sangat sederhana. Walaupun mereka memiliki bisnis kue yang maju, tapi dulu kondisi finansialnya tidak sebagus sekarang. Berbagai usaha telah dijalankan oleh Sugiarto dan Leana. Sering sekali mereka ditipu oleh para pembelinya. Hingga sering membuat usaha mereka jatuh bangkrut. Tapi mereka tidak menyerah dan terus berusaha. Suatu ketika Leana sedang berdoa dengan suaminya dan kemudian mendapatkan rema firman Tuhan. Firman ini membuat dirinya dan keluarga memperoleh damai sejahtera dan dapat bangkit dari keterpurukan. Kira-kira firman apa yang diperoleh Leana hingga dia dan keluarganya menjadi sekarang ini? Saksikan kisah selengkapnya hanya di Komuniti Digital Malaysia. Apakah saudara-saudari, sekarang sedang menghadapi masalah kehidupan? Jom kongsikan dengan kami dengan komen atau PM kami supaya team Komuniti Digital dapat mendoakan untuk saudara dan saudari,.

  • LGBTQ : Hubungan Sesama Jenis Sejak 6 Tahun

    Jekson Tatangindatu Jekson Tatangindatu terjebak dalam dosa LGBT. Jekson sendiri mengaku telah melakukan hubungan intim dengan sesama jenis sejak usianya masih 6 tahun. Hal ini dipicu karena luka batinnya yang didapat dari ayahnya sendiri. Tetapi, bukannya balas dendam yang ia dapatkan, melainkan kenikmatan yang salah. 14 tahun Jekson terlarut dalam dosa LGBT. Hingga akhirnya ia bertemu dengan seseorang yang berhasil mengubahkan dirinya. Siapakah orang tersebut? Bagaimana orang tersebut mengubahkan Jekson? Saksikan kisah selengkapnya hanya di Komuniti Digital Malaysia. Apakah saudara-saudari, sekarang sedang menghadapi masalah kehidupan? Jom kongsikan dengan kami dengan komen atau PM kami supaya team Komuniti Digital dapat mendoakan untuk saudara dan saudari,.

  • Hampir Terbunuh Kerana Kepuasan Semata

    Hosi Kaloh Hosi Kaloh memiliki latar belakang yang sangat rusak di masa kecilnya. Keluarganya memiliki kondisi yang berantakan. Tidak ada damai sejahtera dalam rumahnya. Sehingga Hosi memutuskan untuk pergi dari rumahnya dan mulai bergaul dengan dunia yang gelap. Hosi mabuk-mabukan, menikmati dunia diskotik, menjadi preman di salah satu terminal di Sulawesi Utara. Suatu ketika Hosi diajak untuk mencuri sarang burung walet. Tapi usahanya gagal dan mengakibatkan Hosi dan teman-temannya dipukul masa. Ada satu orang yang memegang pedang panjang seperti siap menebas Hosi. Hosi mengeluarkan kata-kata yang mampu menolongnya dikala itu. Apa kalimat yang diucapkan Hosi Kaloh pada saat itu? Saksikan kisah selengkapnya hanya di Komuniti Digital Malaysia. Apakah saudara-saudari, sekarang sedang menghadapi masalah kehidupan? Jom kongsikan dengan kami dengan komen atau PM kami supaya team Komuniti Digital dapat mendoakan untuk saudara dan saudari,.

  • Kemuliaan Tuhan

    ”Dalam tahun matinya raja Uzia aku melihat Tuhan duduk di atas takhta yang tinggi dan menjulang, dan hujung jubah-Nya memenuhi Bait Suci. Para Serafim berdiri di sebelah atas-Nya, masing-masing mempunyai enam sayap; dua sayap dipakai untuk menutupi muka mereka, dua sayap dipakai untuk menutupi kaki mereka dan dua sayap dipakai untuk melayang-layang. Dan mereka berseru seorang kepada seorang, katanya: "Kudus, kudus, kuduslah TUHAN semesta alam, seluruh bumi penuh kemuliaan-Nya!" Maka bergoyanglah alas ambang pintu disebabkan suara orang yang berseru itu dan rumah itupun penuhlah dengan asap. Lalu kataku: "Celakalah aku! aku binasa! Sebab aku ini seorang yang najis bibir, dan aku tinggal di tengah-tengah bangsa yang najis bibir, namun mataku telah melihat Sang Raja, yakni TUHAN semesta alam." (Yesaya 6:1-5) Sebagai orang percaya kita mengaku kita mengenal Tuhan. Kita hidup di dalam kasih karunia-Nya yang tidak terbatas. Kita menikmati berkat-berkat syurgawi yang dicurahkan secara melimpah-limpah dalam hidupkita. Namun apakah kita benar-benar mencermati siapakah sebenarnya Tuhan, atau dengan lebih tepat siapakah sebenarnya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap dirinya mengenal Yesus, tapi pada hakikatnya…? Sebenarnya kita cenderung diajar untuk melihat hanya satu sisi sudut pandang Yesus bahawa Dia adalah Juruselamat. Dia sangat baik dan penuh dengan kasih karunia serta sentiasa mengampuni. Dia datang untuk mendemontrasikan kasih Tuhan. Namun terkadang kita lupa bahawa sebelum Dia turun ke bumi dan berinkarnasi menjadi manusia dan menjadi Juruselamat manusia, Dia adalah TUHAN Sang Pencipta yang mencipta alam semesta, Yang Maha Agung, berdaulat dengan penuh kuasa, penuh kemuliaan dan kekudusan. Dia adalah TUHAN alam semesta! Sepatah kata yang keluar daripada mulut-Nya, luar biasa pengaruh dan pelaksanaannya, kesan daripada kata-kata-Nya itu tidak pernah berhenti namun terus dimanisfestasi baik secara zahiriah mahupun rohaniah. Nabi Yesaya melihat kemuliaan Tuhan yang duduk di atas takhta-Nya. Begitu juga dengan nabi Daniel, Rasul Yohanes serta Rasul Paulus (Dan 7:9; Wah 4, Kis 9).Apakah respon mereka terhadap apa yang mereka lihat? Mereka rebah tersungkur sujud di hadapan-Nya yang Maha Kudus. Penglihatan mereka itu mengubah perspektif mereka secara total dan seterusnya mempengaruhi cara pandang serta gaya hidup mereka selepas itu. Mereka sedar bahawa mereka bukanlah sesiapa dan tidak mempunyai apa-apa. Hanya dengan kasih karunia-Nya sajalah yang dapat menyelamatkan mereka daripada kekudusan-Nya! Bagaimana pula dengan kita? Kita sebagai anak-anak-Nya yang telah ditebus dengan darah-Nya yang mahal, diampuni dengan sebegitu rupa dan dilimpahi dengan berkat-berkat yang berkelimpahan yang mengalir daripada takhta kasih karunia-Nya, sudahkah kita‘melihat’ kemuliaan Dia? Setiap kali apabila kita bersekutu dengan-Nya di dalam saat-saat teduh kita, apakah kita benar-benar sudah ‘melihat’ Dia? Atau kitahanya ‘melihat’ diri kita sahaja? Saat kita datang kepadaTuhan, apakah yang menjadi fokus utama kita - adakah kita hanya melihat kepada diri kita, beban-beban serta keperluan-keperluan kita sahaja? Di manakah Tuhan?Saya berdoa agar kita semua sebagai anak-anak Tuhan belajar untuk ‘melihat’ Dia sebagai TUHAN yang berdaulat. Sebab kalau kita ‘melihat’ Dia, kita tidakakan mempunyai sebarang masalah untuk menghormati-Nya dan menjunjung Kemuliaan kekudusan-Nya dalam kehidupan kita. Sekiranya kita belum lagi ‘melihat’ Tuhan, kita mungkin akan menjalani hidup secara sembarangan dan membazirkan masa dengan sia-sia tanpa mempedulikan kehendak-Nya dalam hidup kita. Kita mungkin tidak akan merasa gerun dan takut akan Dia. Sukar untuk kita menghormati Dia dalam fikiran, sikap serta pilihan-pilihan kita. Kita tidak akan merasa apa-apa kalaupun kita membelakangi-Nya. Kita juga tidak akan sedar kalau-kalau kita sudah menghina Dia dengan ketidak-taatan, ketidak-percayaan, kebimbangan dan kekhuatiran, serta ketika kita memuaskan hawa nafsu kedagingan kita. Sedarkah kita bahawa Dia bersama dengan kita? Bukanhanya sekadar menyertai tetapi “menyatu” dengan kita. Marilah kita ‘melihat’ Dia dengan pandangan yang benar. Rasul Yohanes digelar ‘murid yang paling dikasihi oleh Yesus’. Sewaktu Yesus berjalan di atas muka bumi ini, Yohanes adalah orang yang paling dekat dengan Yesus, sentiasa di sisi Yesus. Namun ketika Yohanes melihat Yesus dalam kemuliaan-Nya, dia rebah tersungkur di kaki-Nya seolah-olah tidak bernyawa lagi(Wah 1:17). Kenapa? Kerana Yohanes bukan lagi‘melihat’ Yesus yang berjalan, makan dan tidurbersama-sama dengannya sewaktu Yesus di bumi.Yohanes ‘melihat’ Yesus yang kekal, bukan lagi Yesus yang berjalan di bumi. Ayuh mari kita juga ‘melihat’ Dia dan kemuliaan-Nya yang kekal itu, janganlah lagi kita memandang dunia yang tidak kekal ini. Sebab apa yang tidak kekal, itu tidak penting buat kita! Lukas21:33, “Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu." Kiranya Tuhan menyertai danmemberkati kita semua dengan Rahmat-Nya yang kekal. Amen. Tuhan Memberkati, Sue

  • Tujuan Hidup Yang Benar

    Kejadian 1:26, “Berfirmanlah Allah, baiklah kita menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa kita.” Segala sesuatu yang diciptakan dalam dunia ini ada tujuannya, bahkan barang yang fana sekalipun. Contoh, semua barang yang dapat kita lihat dengan mata kasar yang dicipta oleh manusia ada tujuannya, iaitu untuk membantu memudahkan kehidupan kita. Kenderaan seperti kereta dicipta supaya dapat membawa kita ke suatu destinasi. Handphone dicipta supaya kita dapat berkomunikasi dan berurusan tanpa batas sempadan. Kerusi dicipta untuk apa? Supaya kita dapat duduk diatasnya. Bahkan barang-barang yang kecil sekalipun yang kelihatannya tidak penting tetapi tetap ada tujuan kegunaannya. Apalagi kita sebagai manusia yang diciptakan oleh Tuhan ada tujuannya. Dia tidak menciptakan kita sesuka hati tanpa ada sebarang tujuan. Apakah kita tahu tujuan hidup kita? Pentingkah untuk kita tahu tujuan hidup kita? Pernahkah kita bertanya kenapa kita berada di atas muka bumi ini? Apa yang kita harus lakukan sewaktu kita di sini? Kemanakah kita akan pergi selepas ini? Sayangnya walaupun perkara ini adalah perkara dasar namun tidak ramai orang yang mengetahui tujuan asal Tuhan atas hidupnya. Orang yang tidak hidup dengan tujuannya seperti kapal layar yang hanyut di lautan tanpa destinasi, hanya mengikut arus. Ia tentunya akan tersasar dari jalur destinasinya, dan yang pasti ia tidak akan sampai kepada tujuan akhirnya. Ini sangat berbahaya. Mengetahui dan memahami tujuan hidup yang benar akan mempengaruhi keseluruhan gaya hidup kita- pola fikiran, sikap dan respon serta prioriti kita itu bergantung kepada pemahaman akan tujuan hidup. Sekiranya pemahaman kita salah mengenai tujuan hidup maka kita akan hidup dalam kekeliruan identiti-kita keliru tentang siapa diri kita yang sebenar, bahkan keliru tentang siapa sebenarnya Tuhan. Kekeliruan boleh menyebabkan kita tidak dapat membezakan apa yang benar dan apa yang hampir benar, malah sikap, respon serta prioriti kita juga akan tersasar jauh dari yang sepatutnya. Dan akhirnya kita hanyalah orang yang hidup seperti lalang, ditiup angin ke kiri, ke kirilah kita, di tiup ke kanan, maka ke kananlah kita. Apakah itu tujuan hidup yang benar bagi orang percaya? Tujuan hidup yang benar adalah hidup yang sesuai dengan maksud tujuan ciptaan-Nya Tuhan bagi kita. Kalau manusia membuat pen dengan tujuan untuk menulis, Tuhan mencipta manusia untuk apa? Kejadian 1:26, “Berfirmanlah Allah, baiklah kita menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa kita.” Ini adalah kata-kata yang sangat penting yang perlu dicermati dengan teliti, kerana di dalamnya terkandung seluruh tujuan dan rencana asal Tuhan terhadap manusia. Manusia dicipta menurut gambaran dan rupa Kita. Erti daripada kata menurut gambaran dan rupa ini membawa maksud sama atau serupa. Serupa apa? Serupa seperti KITA. Siapakah KITA di dalam ayat ini? KITA ini merujuk kepada Tuhan Tritunggal, kepenuhan keberadaan Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus. Keserupaan ini bukanlah dalam maksud serupa secara jasmani tetapi serupa dalam memiliki potensi-potensi, keupayaan dan nilai-nilai serta karakter-karakter Ilahi di dalam diri kita. Untuk apa Tuhan mencipta kita serupa seperti DIA. Supaya kita berkuasa dan memerintah serta mendominasi bumi sebagai wakilnya Tuhan. Agar melalui hidup kita, kita mencerminkan gambaran dan rupa Tuhan dalam setiap apa yang kita lakukan di bumi ini. Contohnya, Tuhan itu kasih. Itu adalah sifat-Nya dan keperibadian-Nya. Dan di dalam kita tertanam kasih Tuhan ini. Sama ada kita sedar atau tidak, kita memiliki benih kasih Tuhan ini. Dan kita tunjukkannya kepada orang-orang yang kita kasihi. Selepas kejatuhan manusia dalam dosa, Tuhan tidak pernah menghapuskan tujuan asal-Nya dalam hidup kita. Tujuan-Nya untuk kita itu kekal. Kerana itu Dia menyediakan jalan keluar agar kita dapat kembali kepada posisi asal kita di dalam-Nya melalui salib Yesus, supaya hidup kita terus mencerminkan kemuliaan, kuasa dan keperibadian-Nya. “Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukannya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya..” (Rom 8:29). Soalan untuk kita cermati hari ini: 1. Apakah hidup kita semakin hari semakin serupa seperti Yesus? Bagaimana dengan hati dan fikiran kita? Sikap serta respon-respon kita terhadap Tuhan dan sesama sendiri? Prioriti-prioriti yang kita letakkan dalam hidup kita, apakah ia selari dengan Yesus? 2. Apakah hidup kita mencerminkan kemuliaan keperibadian-Nya? Apakakah kita mengeluarkan potensi-potensi serta nilai-nilai Ilahi? Apakah kita menghidupi karakter-karakter Ilahi yang sudah tertanam sejak dari awal lagi dalam diri kita? Sekiranya hidup kita tidak mencerminkan kemuliaan, nilai dan karakter Ilahi baik dalam kehidupan peribadi mahupun dalam pekerjaan serta pelayanan, kita sebenarnya gagal....sudah jauh tersasar dari tujuan asal Tuhan dalam hidup kita untuk menjadi serupa dengan-Nya. Sahabat yang dikasihi, tujuan utama dalam hidup kita adalah menjadi serupa sama seperti Yesus. Jadi jangan jadikan matlamat hidup kita hanya untuk kaya, terkenal atau popular, tetapi jadikan matlamat dan tujuan hidup kita untuk menjadi sama serupa seperti Yesus, yang membawa imej Yesus-penuh dengan kasih-karunia dan kuasa-Nya. Ciptaan-Nya di dalamnya diri kita ini hanya akan sempurna apabila kita menghidupkan gambaran-Nya, imej-Nya, keserupaan-Nya di dalam kita dan menjadi sama seperti Dia, dengan itu memuliakan Dia! “Barangsiapa mengatakan bahawa Ia ada di dalam Dia, ia wajib hidup sama seperti Kristus telah hidup” (1 Yoh 2:6). Kiranya Tuhan menyertai dan memberkati kita semua dengan Rahmat-Nya yang kekal. Amen. Tuhan Memberkati, Sue

  • It Is OK Not To Be OK

    Pernahkah anda mendengar atau membaca frasa ini yang mengatakan, “it’s ok not to be ok” [Tidak mengapa kalau tidak ok]. Frasa ini digunakan agak popular dalam dunia kaunseling dan psikologi terutamanya untuk memberi motivasi-motivasi dan simpati kepada mereka yang merasa dirinya tidak ok, lemah, kekurangan dan terbatas dalam perkara-perkara yang menyebabkan mereka merasa tidak ok. Frasa ini nampaknya melegakan para pendengarnya, seolah-olah ia dapat membebaskan mereka daripada keadaan atau perasaan yang tidak ok itu. Tetapi benarkah demikian? Saya berpendapat sebaliknya. Bagi saya it is NOT ok to be NOT ok! [tidak ok menjadi tidak ok] Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya ataupun menganggap saya berfikiran extreme. Tetapi bukankah tidak ok kalau tidak ok? Tidak ok, maksudnya adalah tidak ok la kan? Kenapa pula tidak ok boleh menjadi ok? Bagi saya, tidak ok itu tidak sama maksub dengan berserah kepada Tuhan. Saya berfikir bahawa frasa “it’s ok not to be ok” adalah janji palsu yang memberikan harapan dan pembebasan palsu yang datang daripada tipu daya si iblis! Sayangnya ramai anak-anak Tuhan yang termakan tipu daya ini, membuatkan mereka tidak dapat mengalami kuasa pembebasan dan kemenangan sejati dalam Tuhan. Kenapa saya berpendapat sedemikian? Kerana apabila saya mengerti tujuan asal dan rencana Tuhan yang mencipta manusia dengan sempurna, apalagi manusia adalah mahkota ciptaan-Nya, sempurna dalam kasih dan karunia-Nya! Dicipta serupa menurut gambaran-Nya, dengan tujuan untuk bersekutu dengan-Nya dan menjadi partner-Nya untuk memerintah dan menguasai bumi ini (Kej 1:26-27). Anda fikir kalau kita tidak ok, Tuhan akan ok dengan situasi kita dan akan mengatakan ‘tidak apalah kalau kamu tidak ok’..saya tidak fikir begitu..Tuhan pasti tidak ok dengan kita kalau kita tidak ok! Dia pasti akan melakukan sesuatu untuk menjadikan kita ok kembali seperti apa yang telah dia tetapkan sejak dari awalnya lagi sesuai dengan tujuan dan rencana-Nya dalam hidup kita. Sebagai contoh, apabila Adam dan Hawa termakan pujukan si iblis dan jatuh ke dalam dosa, mereka menyedari bahawa mereka telanjang. Mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka. Mereka merasa malu dengan ketelanjangan mereka dan hal itu tidak ok bagi mereka. Lalu mereka membuat cawat daun untuk menutup aurat mereka. Apabila mereka mendengar suara Tuhan, mereka merasa takut lalu bersembunyi. Adakah Tuhan mengatakan, ‘oh it’s ok not to be ok..I understand because you are just human and not perfect’. Jawapannya adalah TIDAK!...Apa yang Tuhan lakukan adalah Dia memakaikan Adam dan Hawa dengan pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang yang dikorbankan dan menyediakan jalan penyelesaian untuk seluruh umat manusia dengan menyediakan kasih karunia-Nya yang sempurna melalui pengorbanan kematian Yesus Kristus dan kebangkitan-Nya, supaya mereka yang percaya dapat kembali kepada posisi mereka yang asal sebagaimana yang telah ditetapkan sejak dari awal lagi. Kalau kita tidak ok, maka saya rasa Tuhan juga akan merasa tidak ok melihat kita yang tidak ok. Dia tidak mahu melihat kita tertekan, stress, kepahitan dan sebagainya, kerana itu semua tidak mencerminkan kemuliaan dan keserupaan-Nya dalam diri kita. Dia pastinya mahu membebaskan kita. Kenapa? Kerana Tuhan kita adalah Bapa yang baik. Dan Dia mahu kita berada dalam keadaan yang terbaik supaya dapat memuliakan nama-Nya. Tidak ok tidak memuliakan Tuhan! Jadi apabila ada orang yang mengatakan, ‘Oh tidak mengapa jika kita tidak ok, sebab itu yang menjadikan kita manusia, kita ini lemah dan terbatas. Kita bukan Tuhan, dan kerana itu kita memerlukan Tuhan.’ Berhenti sekejap, mari kita renungkan sekali lagi, kali ini dari sudut perspektif kacamata Bapa yang di Syurga. Tuhan tidak menjadikan kita lemah mahupun rentan. Dia yang mencipta kita dengan sempurna serupa menurut gambaran-Nya, memberikan segala potensi Ilahi di dalam kita, menyatukan kita dengan Anak-Nya (Rom 6:5), memberikan kita kepenuhan kuasa Ilahi, kepenuhan Kristus dan kepenuhan Roh Kudus di dalam kita supaya kita hidup dalam kelimpahan-Nya. Jadi kalau kita merasa tidak ok, mari kita periksa hati kita, di manakah kita? Sebab dipihak Tuhan Dia telah melakukan segala-galanya untuk membuatkan kita ok, penuh dengan kasih, damai dan sukacita di dalam-Nya. Apakah kita bersama dan menyatu dengan Tuhan atau di luar Tuhan? Kerana Di luar Tuhan, kita sememangnya tidak OK! “Kerana seluruh kepenuhan Allah berkenan diam di dalam Dia…Sebab dalam Dialah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke-Allahan, dan kamu telah dipenuhi di dalam Dia (Kol 1:19; 2:9). “Aku datang supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala berkelimpahan” (Yoh 10:10b). Tuhan Memberkati, Sue

  • Duduk Bersama

    Efesus 2:6, “Allah telah membangkitkan kita bersama Kristus Yesus, serta mendudukkan kita bersama-Nya di syurga. Surat yang ditulis oleh rasul Paulus kepada orang-orang percaya di Efesus sangat kaya dengan kebenaran-kebenaran yang memberi pencerahan rohani yang luarbiasa tentang siapa diri kita di hadapan Tuhan. Apabila saya membaca surat Efesus ini, saya berasa sangat bersyukur dan hati saya dengan tidak henti-hentinya memuji Tuhan kerana betapa baiknya dan luarbiasanya kasih karunia-Nya terhadap kita semua. Sejak dari awalnya Tuhan telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam Kristus, bahkan sebelum dunia dibentuk Dia telah memilih kita, Dia telah menentukan dari mulanya untuk kita menjadi anak-anak-Nya, dan mendapat warisan dalam Kristus Yesus. Bukan itu sahaja bahkan kebenaran hal ini dimateraikan dengan Roh Kudus yang menjadi jaminan bagi kita (Efe 1:3-14). Betapa luarbiasa kayanya kasih karunia Allah terhadap kita yang percaya kepada-Nya. Sebagai orang percaya kita sangat sedar pada hakikat kebenaran kasih karunia Tuhan yang telah melakukan segala-galanya bagi kita supaya kita hidup di dalam-Nya. Kita yang dahulunya mati oleh kerana dosa-dosa kita dan hidup terpisah daripada Allah, namun kini kita telah diperdamaikan dengan Allah melalui Kristus. Kita telah dihidupkan dan diselamatkan, kita telah dibangkitkan dan didudukkan bersama dengan Kristus di syurga. Ini adalah suatu kebenaran yang sangat luarbiasa bagi saya. Ramai daripada kita tahu tentang siapa diri kita di dalam Kristus; iaitu kita telah dihidupkan dan diselamatkan. Ini adalah hal yang luarbiasa. Tetapi ramai juga daripada kita tidak berapa sedar hakikat ayat-ayat yang mengatakan bahawa kita juga telah dibangkitkan dan didudukkan bersama Kristus Yesus di syurga!Cuba berhenti sejenak dan renungkan kata-kata ayat ini. Jika kita benar-benar merenungkan serta menghayati kata-kata dibangkitkan dan didudukkan bersama dengan Kristus di syurga di dalam hidup kita, maka saya rasa kita sebagai orang percaya benar-benar dapat hidup sebagai orang-orang yang lebih daripada pemenang! Apa yang dimaksudkan dengan kata dibangkitkan? Seseorang tidak boleh bangkit kalau dia tidak mati, betul tak? Dia harus mati dahulu barulah dia dapat dibangkitkan. Hakikatnya kita telah mati secara rohani oleh kerana dosa kita. Tetapi “Allah telah membangkitkan kita bersama dengan Kristus Yesus” (Efe 2:6a). Apabila Yesus bangkit daripada kematian-Nya, Dia telah membawa kemenangan yang luarbiasa yang menaklukkan kuasa dosa, kuasa maut dan kuasa kegelapan syaitan (Efe 1:21). Apabila kita percaya kepada Yesus, maka kita telah dipersatukan dengan Kristus Yesus dan dengan kuasa kebangkitan-Nya. Maka kuasa kebangkitan dan kemenangan Kristus Yesus itu juga menjadi milik kita. Dengan itu apabila kita dibangkitkan dengan kristus secara rohani, kita mendapat hidup yang baru, identiti yang baru, harapan yang baru, tujuan yang baru, segala-galanya baru di dalam Kristus (2 Kor 5:17). Bagaimana pula dengan kata didudukkan bersama dengan kristus di syurga. Ini adalah kenyataan yang terlalu luarbiasa yang harus kita fahami. Ini adalah kedudukan kita yang sebenar bersama Kristus Yesus. Didudukkan bersama dengan Kristus di syurga ini bukan merujuk kepada apa yang akan terjadi di masa hadapan selepas kita meninggal dunia, tetapi sekarang ini juga! Secara rohani kita telah didudukkan bersama dengan Kristus di syurga. Kita duduk bersama dengan-Nya. Kedudukan atau posisi rohani kita sekarang ialah duduk bersama dengan-Nya di syurga. Dimanakah Kristus berada sekarang? Dia duduk di sebelah kanan Allah Bapa (Ibr 1:3b). Maka kita juga berada bersama dengan Dia di mana Dia berada! Jika kita duduk di sebelah-Nya bersama dengan-Nya, apakah kita masih lagi takut mati? Takut miskin? Takut syaitan? Adakah kita masih lagi mahu memenuhi nafsu kedagingan kita: Kecemaran, percabulan, kebencian, perbalahan, iri hati, marah-marah, berprasangka buruk, tamak, pentingkan diri sendiri, menfitnah, gosip, kuatir, ataupun membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain? Janganlah kita menghina Dia. Marilah kita menghormati Dia yang telah mendudukkan kita bersama-sama dengan-Nya dengan sikap yang benar dan murni di hadapan-Nya. Cuba bayangkan, secara rohani kita sekarang ini duduk bersama dengan Kristus Yesus di syurga. Secara fizikal kita hidup dengan kuasa kebangkitan Kristus dan Roh Kudus yang menghidupi kita. Cuba kita fahami dan serapkan kebenaran Firman Tuhan yang luarbiasa ini. Sekiranya kita mengerti dan memahami dengan benar kebenaran Firman Tuhan ini, maka sikap dan perilaku kita sama ada terhadap Tuhan, diri kita sendiri mahupun terhadap orang lain akan jauh berbeza berbanding dengan sikap orang yang tidak mengenal Tuhan. Marilah kita renungkan dan temukan jati diri kita di dalam Kristus Yesus kerana kita telah dibangkitkan dan didudukkan bersama dengan-Nya di syurga! “…jika kamu telah dibangkitkan bersama Kristus, carilah perkara-perkara yang berkaitan dengan syurga, tempat Kristus duduk di sebelah kanan Allah. Tumpukan pemikiranmu kepada hal-hal di syurga, bukan hal-hal di bumi. Kerana kamu telah mati dan hidupmu tersembunyi bersama Kristus dalam Allah” (Kol 3:1-3). Kiranya Tuhan menyertai dan memberkati kita semua dengan Rahmat-Nya yang kekal. Amen. Tuhan Memberkati, Sue

bottom of page