top of page

Cari

3265 results found with an empty search

  • Yesus Datang Untuk Menyelamatkan Orang Berdosa

    Yesus menjawab, “Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat.”  Lukas 5:31 AVB Sewaktu Matius mendengar Yesus memanggil dirinya untuk mengikut-Nya, dengan serta-merta dia bangun lalu meninggalkan pekerjaannya dan terus mengikut Yesus. Kemudian Matius mengadakan jamuan besar-besaran di rumahnya untuk Yesus. Banyak pemungut cukai dan orang  lain turut makan bersama-sama mereka.   Bagaimanapun, apabila orang Farisi dan ahli Taurat yang ada di situ menyaksikan peristiwa ini,  mereka mulai bersungut-sungut kepada para murid Yesus. Kelihatan Yesus makan bersama-sama dengan orang yang dianggap najis oleh mereka. Mereka pun bertanya kepada para murid Yesus, “Mengapakah kamu makan dan minum bersama-sama dengan pemungut cukai dan orang berdosa?”    Menurut pandangan orang Farisi dan ahli Taurat, sesiapa yang bekerja sebagai pemungut cukai merupakan golongan yang sangat hina dan najis. Sebab  sebagai pemungut cukai, mereka banyak menipu dan memeras orang. Disebabkan kerja mereka yang disifatkan keji, maka mereka dihina dan dipandang rendah.   Memandangkan sikap orang Farisi dan guru Taurat terhadap pemungut cukai,  Yesus berkata kepada mereka, “Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat.  Aku datang bukannya untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa, supaya mereka bertaubat.”    Sebenarnya, Yesus tahu bahawa orang Farisi dan guru Taurat menganggap diri mereka benar dan orang lain berdosa. Oleh itu, Yesus memberitahu mereka bahawa kedatangan-Nya ke dunia ini adalah untuk mencari dan menyelamatkan orang  berdosa.   Sesungguhnya, Yesus datang ke dunia ini, bukanlah untuk orang yang menganggap diri mereka benar tetapi demi orang  berdosa. Sebab orang yang menganggap dirinya benar tidak memerlukan Tuhan tetapi orang yang menyedari dirinya berdosa memerlukan Tuhan bagi hidupnya. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk mengucapkan syukur kerana Engkau datang ke dunia ini semata-mata untuk menyelamatkan aku yang berdosa ini.  Engkau tidak mahu diriku binasa atas dosaku. Oleh itu, Engkau datang agar aku diselamatkan. Terima kasih, ya Tuhan. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Matius Meninggalkan Semuanya Dan Mengikut Yesus

    Yesus berkata kepadanya, “Ikutlah Aku!” Lewi bangun, meninggalkan semuanya dan mengikut-Nya. Lukas 5:27-28 AVB     Pada suatu hari Yesus terpandang seorang pemungut cukai yang bernama  Matius (Nama asalnya Lewi) sedang duduk di tempat memungut cukai. Dia bertugas memungut cukai daripada anggota masyarakat untuk diberikan kepada pemerintah Roma. Sewaktu Yesus melihat Matius, Dia berkata kepadanya, “Ikutlah Aku!”   Apabila Matius mendengar panggilan Yesus kepadanya, dia dengan serta-merta bangun lalu meninggalkan  pekerjaannya dan terus mengikut Yesus. Selepas itu, Matius  mengadakan jamuan besar-besaran di rumahnya untuk Yesus. Banyak pemungut cukai dan orang  lain turut makan bersama-sama mereka.   Apakah yang kita pelajari daripada tindakan Matius ini? Sewaktu seseorang itu membuat keputusan untuk mengikut Yesus, dia perlu melakukannya dengan segenap hatinya, seperti Matius. Sebaik sahaja Matius memutuskan untuk mengikut Yesus, dia meninggalkan segalanya tanpa memberikan apa-apa alasan kepada Yesus. Tanpa berlengah-lengah dia  meninggalkan tugasnya lalu terus mengikut Yesus.   Mengikut Yesus menuntut penyerahan yang sepenuhnya kepada Tuhan Yesus, iaitu satu pengorbanan terhadap sesuatu yang kita kasihi dalam hidup ini. Dengan segenap hati kita hendaklah menyerahkan seluruh hidup kita kepada Tuhan Yesus untuk dikendalikan-Nya.   Bagaimanakah dengan diri anda pada hari ini?   Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon pengampunan daripada-Mu. Sekiranya aku tidak sepenuhnya mengikut Engkau, ajarlah aku untuk berserah diri kepada-Mu dalam segala-galanya. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Kasih Yang Sungguh-Sungguh

    2 Samuel 3:31-36 (AVB)   31 Kemudian berkatalah Daud kepada Yoab dan kepada seluruh rakyat yang menyertainya, “Koyakkanlah pakaianmu, lilitkanlah kain kabung, dan merataplah di depan jenazah Abner.” Raja Daud sendiri pun turut mengiringi kerandanya.  32 Ketika Abner dikebumikan di Hebron, menangislah raja dengan suara nyaring di kubur Abner, demikian pula seluruh rakyat. 33 Raja meratap kerana Abner dan berkata,“Haruskah Abner mati seperti kematian seorang yang bodoh?  34 Tanganmu tidak terikat dan kakimu pun tidak terbelenggu. Seperti orang yang tumpas di depan orang jahat, demikian jualah ketumpasan kamu.”Maka seluruh rakyat menangisinya lagi.  35 Seluruh rakyat datang dan memohon semoga Daud makan roti sementara hari masih siang. Tetapi Daud bersumpah, katanya, “Biarlah Allah menjatuhkan azab kepadaku, bahkan lebih lagi, jika aku mengecap roti atau apa-apa pun sebelum matahari terbenam.”  36 Seluruh rakyat memperhatikan hal itu dan hal itu dipandang baik mereka, sebagaimana segala sesuatu yang dilakukan raja dipandang baik oleh seluruh rakyat. Pengajaran/ Refleksi Walaupun Raja Saul dan anaknya Abner tidak baik terhadap Raja Daud, Raja Daud tetap menyatakan kasihnya kepada mereka kerana dia tetap menghormati raja pilihan Tuhan. Ya Allah, Tuhan kami, berikan kami hati dan fikiran seperti Raja Daud, supaya kami tetap mengasihi teman kami dengan kasih Tuhan yang ada dalam hati kami, walaupun orang itu menyakiti hati kami. Halleluya dan amen!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • Sanggup Membayar Harga Yang Begitu Mahal Untuk Mendapatkan Kita

    2 Samuel 3:13-18 (AVB)    13 Jawab Daud, “Baik, aku akan mengikat perjanjian dengan engkau. Hanya satu hal yang kuminta daripada kamu: engkau tidak boleh menghadap aku kecuali jika engkau membawa Mikhal anak Saul terlebih dahulu ketika engkau hendak datang menghadap aku.”  14 Kemudian Daud mengirim beberapa orang utusan kepada Isyboset anak Saul dengan pesan, “Serahkanlah isteriku, Mikhal, yang telah dipertunangkan kepadaku dengan seratus keping kulit kulup orang Filistin.”   15 Lalu Isyboset menyuruh agar perempuan itu diambil daripada suaminya, iaitu daripada Paltiel anak Lais.  16 Suaminya berjalan menyertai dia sambil menangis. Diikutinya isterinya sampai ke Bahurim, lalu kata Abner kepadanya, “Pulanglah engkau!” Maka pulanglah dia.  17 Kemudian berbicaralah Abner dengan para tua-tua Israel, katanya, “Sudah lama kamu menghendaki Daud menjadi raja atas kamu.  18 Sekarang laksanakanlah, kerana mengenai Daud TUHAN telah berfirman demikian, ‘Dengan perantaraan Daud, hamba-Ku, Aku akan menyelamatkan Israel, umat-Ku, daripada tangan orang Filistin dan daripada tangan semua musuhnya.’ ” Pengajaran/ Refleksi Raja Daud sanggup membayar harga yang begitu mahal kepada Raja Isyboset untuk beliau mengambil kembali isterinya yang bernama Mikhal, anak Raja Saul. Raja Daud membayar isterinya dengan seratus keping kulit kulup orang Filistin untuk mengawininya. Raja Isyboset menyuruh utusannya untuk mengambil Mikhal daripada suaminya, Paltiel anak Lais. 2. Allah memakai Raja Daud menyelamatkan umat TUHAN daripada orang Filistin dan daripada semua musuh yang lain. Sama seperti Yesus Kristus yang telah membeli kita dengan harga yang paling mahal, iaitu dengan darah-Nya sendiri semasa dia mati di kayu salib. Yesus telah menyelamatkan umat-Nya daripada kuasa iblis yang menguasai dunia ini semasa dia di atas kayu salib. Halleluya dan amen!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • Balas Kejahatan Dengan Kebaikkan

    2 Samuel 3:24-28, 30 (AVB)   24 Maka datanglah Yoab menghadap raja dan berkata, “Apakah yang tuanku lakukan? Lihat, Abner datang menghadap tuanku. Mengapakah tuanku melepaskannya pergi?  25 Tuanku mengenal Abner anak Ner. Dia datang untuk memperdaya tuanku, untuk mengetahui gerak-geri tuanku, dan untuk mengetahui segala perbuatan tuanku.”  26 Sesudah itu, keluarlah Yoab meninggalkan Daud dan menyuruh orang untuk menyusul Abner, lalu mereka membawanya pulang dari perigi Sira tanpa diketahui Daud.    27 Sekembalinya Abner ke Hebron, Yoab membawanya sebentar ke samping di tengah-tengah pintu gerbang itu, seakan-akan hendak berbicara secara empat mata dengannya. Lalu ditikamnyalah perut Abner sampai mati demi membalas hutang darah Asael, adiknya.  28 Apabila Daud mendengar hal itu, dia berkata, “Di hadapan TUHAN, untuk selamanya aku dan kerajaanku tidak bersalah terhadap darah Abner anak Ner.  30 Demikianlah Yoab dan Abisai, adiknya, membunuh Abner kerana dia telah membunuh Asael, adik mereka, dalam peperangan di Gibeon. Pengajaran/ Refleksi Jangan membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi balas kejahatan dengan kebaikkan. Begitulah perintah tuhan kepada setiap umat-nya. Tuhan sendiri yang membalas bagi pihak kita. Penuhi kami dengan kasih-mu ya bapa supaya kami dapat mengasihi orang yang menyakiti hati kami. Halleluya dan amen!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen! Rev. Ali Langgit

  • Tuduhan Yang Tidak Benar Membuat Orang Menjadi Marah

    2 Samuel 3:7-9 (AVB)     7 Saul memiliki seorang gundik bernama Rizpa anak Aya. Kata Isyboset kepada Abner, “Mengapakah engkau menghampiri gundik ayahku?”  8 Maka sangat marahlah Abner kerana kata-kata Isyboset itu. Katanya, “Adakah aku ini kepala anjing dari Yehuda? Sampai kini aku telah menunjukkan kesetiaan kepada keluarga Saul, ayahmu, kepada saudara-saudaranya, dan kepada sahabat-sahabatnya. Aku tidak menyerahkan engkau ke dalam tangan Daud. Namun demikian, pada hari ini engkau menuduh aku bersalah dengan seorang perempuan!   9 Biarlah Allah menjatuhkan azab kepada Abner, bahkan lebih lagi, jika aku tidak melakukan terhadap Daud seperti yang dijanjikan TUHAN kepadanya dengan bersumpah Pengajaran/ Refleksi. Jangan menuduh orang sebarangan jika tidak ada bukti yang terang-terangan, sebab itu akan membuat orang menjadi marah seperti yang berlaku kepada Abner yang dituduh oleh Raja Isyboset, anak Raja Saul menghampiri seorang gundik Raja Saul. Kemarahannya itu membuat Abner berpihak kepada Raja Daud mengalahkan Raja Saul dan keturunannya lalu melantik Raja Daud menjadi raja seluruh Israel dan Yehuda. Daud adalah raja pilihan Tuhan untuk mengganti Raja Saul. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami supaya kami tidak menuduh sesama sebarangan jika tidak ada bukti kukuh. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Memutuskan Ikatan Generasi

    Memutuskan ikatan generasi bukanlah tugas yang mudah, namun izinkan saya mengingatkan anda bahawa ia sememangnya BERBALOI. Apabila seseorang dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa, perpecahan, kecurangan, budaya kepura-puraan dan sikap suka menghakimi, serta kemerosotan nilai moral yang berleluasa, keluar daripada kitaran ini bukanlah sesuatu yang mudah. Menjadi individu pertama yang berani memutuskan rantaian toksik dalam keluarga bukan hanya satu cabaran tetapi sebuah perjuangan. Ketika anda memilih kesembuhan berbanding kesakitan, iman berbanding ketakutan, dan kebebasan berbanding warisan yang mengikat, bersedialah untuk menghadapi pelbagai cabaran. Anda mungkin akan disalahfahami. Anda mungkin berasa keseorangan dalam perjuangan ini. Malah, anda mungkin tertanya-tanya sama ada perubahan itu sungguh-sungguh boleh berlaku atau tidak. Namun, inilah kebenarannya: Tuhan telah memilih anda untuk memutuskan kitaran ini. Anda adalah perantara yang berdiri di celah jurang, menulis semula sejarah keluarga anda melalui Kristus. Meskipun proses ini mencabar, kuasa-Nya jauh mengatasi segala ikatan generasi yang ada. Teruskan. Teruskan berdoa. Teruskan percaya. Ketaatan anda hari ini akan menjadi terobosan bagi generasi yang akan datang. Jika menurutmu tidak baik beribadat kepada TUHAN, pilihlah hari ini kepada siapa kamu akan beribadat: Apakah kepada tuhan-tuhan yang disembah nenek moyangmu di seberang Sungai Efrat atau kepada tuhan-tuhan bani Amori yang negeri mereka sekarang kamu huni? Tetapi kami, iaitu aku dan keluargaku, akan beribadat kepada TUHAN!’ ” Yosua 24:15 AVB Jemimah Ramos

  • Semoga Tuhan Menyatakan Kasih Dan Kesetiaan-Nya Kepada Kamu

    2 Samuel 2:5-7 (AVB)     5 Daud pun mengutus beberapa orang kepada orang Yabesh-Gilead dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana kamu telah menunjukkan kasihmu yang sedemikian kepada Saul, tuanmu, iaitu dengan memakamkannya.  6 Sekarang, semoga TUHAN menunjukkan kasih abadi dan kesetiaan-Nya kepada kamu. Aku pun hendak membalas kebaikanmu, kerana kamu telah melakukan hal yang demikian itu.  7 Maka sekarang, kuatkanlah dirimu dan jadilah orang yang gagah perkasa kerana Saul, tuanmu, telah gugur, dan keturunan kaum Yehuda telah melantik aku sebagai raja atas mereka.” Pengajaran/ Refleksi. 1. Penduduk Yabes di Gilead telah memakamkan jenazah Raja Saul dengan jayanya. Maka dengan itu, Raja Daud memberkati mereka kerana telah menunjukkan kesetiaan terhadap raja mereka. 2. Oleh kerana itu, Raja Daud memberkati mereka dan berkata, "Semoga TUHAN menyatakan kasih dan kesetiaan-Nya kepada mereka. Raja Daud juga akan memperlakukan mereka dengan baik kerana perbuatan mereka itu. Mari kita saling mengasihi dan memberkati satu sama lain dengan kata-kata berkat. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami supaya kami sentiasa memberkati satu sama lain. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Hidup Dalam Kristus

    Oleh Pr Lenny Tabari

  • Bertanyalah Kepada Tuhan Dalam Segala Perkara

    2 Samuel 2:1-4 (AVB)         1 Setelah itu, Daud meminta petunjuk daripada TUHAN, katanya, “Adakah aku harus pergi ke mana-mana satu kota Yehuda?” Firman TUHAN kepadanya, “Pergilah.”Lalu tanya Daud, “Ke manakah harus aku pergi?”Firman-Nya, “Ke Hebron.” 2 Maka pergilah Daud ke sana dengan kedua-dua orang isterinya, iaitu Ahinoam, orang Yizreel, dan Abigail, balu Nabal, orang Karmel.  3 Daud juga membawa orang yang menyertainya, masing-masing dengan keluarganya. Lalu mereka tinggal di kota-kota Hebron.  4 Kemudian datanglah orang Yehuda, dan mereka melantik Daud di sana sebagai raja atas keturunan kaum Yehuda. Apabila Daud diberitahu demikian, “Orang Yabesh-Gilead yang memakamkan Saul,” Pengajaran/ Refleksi. 1. Daud bertanya kepada TUHAN, "Adakah TUHAN menghendaki aku pergi menguasai salah sebuah kota di Yehuda?" "Ya," jawab TUHAN. "Kota yang mana?" tanya Daud. "Hebron," jawab TUHAN. 2. Setelah TUHAN menjawab “ya” atas pertanyaan Daud, maka Daud pun pergi ke Hebron dan membawa kedua-dua isterinya dan anak buahnya dan semua keluarga mereka, lalu menetap di kota Hebron dan di sekitarnya. Setelah itu, orang Yehuda datang ke sana dan mengadakan upacara pelumuran minyak, dan melantik Daud menjadi raja Yehuda. Mari kita belajar daripada kehidupan Daud, yang sentiasa bertanya kepada Tuhan sebelum melakukan sesuatu perkara. Tuhan akan menjawab sesuai kehendak-Nya seperti yang dilakukan Tuhan kepada Daud. Ini penting, supaya kita tidak melawan kehendak Tuhan dalam kehidupan kita. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami supaya kami sentiasa bertanya kepada-Mu ya TUHAN dalam setiap apa yang kami lakukan. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Diberkati Untuk Memberkati

    Oleh Pr Wagner Daniel

  • Kasih Yang Mulia Atau Yang Sejati

    2 Samuel 1:23-26 (AVB)      23 Saul dan Yonatan ialah orang yang dicintai dan yang menyenangkan,yang tidak terpisah dalam hidup dan mati mereka. Mereka lebih cepat daripada burung rajawali, mereka lebih kuat daripada singa. 24 Wahai kaum wanita Israel, ratapilah Saul, yang mendandani kamu dalam kemewahan kain merah menyala, yang menyematkan segala perhiasan emas pada busanamu.  25 Betapa telah gugur para kesateria dalam medan pertempuran! Yonatan terbunuh di kawasan bukit yang tinggi-tinggi. 26 Hatiku sengsara kerana engkau, Yonatan, saudaraku. Terlalu ramah engkau kepadaku, ajaib kasihmu kepadaku, lebih daripada cinta kaum wanita. Pengajaran/ Refleksi. 1. Daud memberi pujian kepada Raja Saul dan anaknya Yonatan. Mereka lebih tangkas daripada burung rajawali, dan lebih kuat daripada singa. 2. Daud bersedih kerana kematian saudaranya Yonatan. Alangkah baiknya Yonatan terhadap Daud. Alangkah mulianya kasih Yonatan terhadap Daud, bahkan lebih mulia daripada kasih wanita. Tuhan ajar kami sungguh-sungguh mengasihi-Mu dan saudara-saudari kami dalam Tuhan Yesus Kristus. Berikan kepada kami kasih-Mu yang mulia dan yang sejati ya Bapa. Seperti Daud sungguh mengasihi Yonatan dan Raja Saul walaupun, Raja Saul membencinya. Halleluya dan amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin! Rev. Ali Langgit

bottom of page