top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Kebangunan Rohani Metodis "Sisa kayu yang direnggut dari dalam api"In Inspirasi & Renungan·13 August 2021"Berikan saya seratus orang pengkhutbah yang tidak gentar terhadap apa sahaja selain dosa dan hanya menginginkan Tuhan. Saya tidak peduli sama ada mereka pelayaan gereja atau orang biasa, mereka akan menggegarkan gerbang neraka dan mendirikan Kerajaan Syurga di Bumi" - John Wesley "Jika saya ada 20 orang anak lelaki, saya gembira jika semuanya menjadi penginjil". - Susanna(ibu John Wesley)3532
- Jadi pengejar TuhanIn Inspirasi & Renungan·21 July 2021God Chaser..adakah anda seorang pengejar Tuhan? Ramai orang tidak tahu bahawa kita boleh jadi pengejar Tuhan lebih dari yang untuk tetap mencari Tuhan lebih dan lebih lagi.4219
- Siapa orang ini? Dia boleh sembuh orang sakit. Dia ada kuasa atas ruh Iblis.In Inspirasi & Renungan·14 August 2021Markus 1 :29-34 Markus 128Dengan demikian, khabar tentang Yesus segera tersebar ke seluruh Galilea.” Orang ramai di Galilea sudah tahu tentang kebolehan Yesus mengajar dengan wibawa dan mengusir roh Iblis. 29Yesus dan murid-Nya, termasuk Yakobus dan Yohanes, keluar dari saumaah itu lalu ke rumah Simon dan Andreas. 30Ibu mertua Simon sedang demam terbaring di tempat tidur. Setibanya Yesus di situ, Dia diberitahu tentang hal itu. 31Yesus menghampiri ibu mertua Simon, memegang tangannya dan menolongnya bangun. Demam wanita itu hilang lalu dia melayan mereka. 32Apabila malam menjelang, semua orang sakit dan orang yang dirasuk roh iblis dibawa kepada Yesus. 33Semua penduduk kota berhimpun di hadapan pintu itu. 34Yesus menyembuhkan ramai orang daripada pelbagai penyakit. Dia juga menghalau roh-roh iblis sambil memerintahkan mereka diam kerana mereka tahu siapa Dia. Apakah kesimpulan orang ramai yang dengar atau baca petikan di atas? 1. Murid Yesus sendiri dengan mata sendiri nampak kuasa Yesus menyembuh orang sakit iaitu ibu mertua Simon Petrus. 2) Reputasi Yesus sudah tersebar luas, maka tidak hairan ramai orang sakit datang untuk disembuh Yesus. 3) Yesus punya kuasa atas roh Iblis bukan satu kali sahaja, tetapi nampak nya mengusir roh Iblis ialah satu perbuatan yang dia buat selalu. Sesiapa sahaja yang ada penyakit fizikal atau spiritual boleh disembuh oleh Yesus. Kita yang baca petikan ini harus tanya siapakah orang ini yang bernama Yesus Kristus? Mengapa Markus pilih peristiwa-peristiwa penyembuhan saperti ini untuk diceritakan? Selain buat kita berfikir, petikan ini ada aplikasi untuk kita. Kalau kita ada sakit-penyakit, kita juga boleh datang ke Yesus Kristus. Di sini timbul dua soalan: bolehkah orang Christian pergi jumpa doctor? Adakah jumpa doctor itu satu indicator kita kurang percaya Yesus? Jawaban: Kita rujuk kepada Nehemiah bab 1 dan 2. Nehemiah orang yang beriman. Tetapi dia tidak keberatan minta surat dan perlindungan dari raja Parsi. Kalau Nehemiah boleh minta tolong dari raja, kita oleh minta tolong dari doktor. Sains medical adalah berkat Allah kepada kita. Juga kita boleh buat 2 perkara serentak – berdoa dan pergi jumpa doctor. Orang Christian mempunyai kelebihan – kita ada Penyembuh Yesus Kristus dan kita ada doktor. Saya ada kesaksian. Di satu kampong orang Asli pada tengah malam, seorang ibu tua tiba-tiba asthma. Macam mana pergi Semenyih tengah malam? Macam mana bawah ibunya naik motosikal? Mustahil. Mereka berdoa sahajalah. Tuhan baik. Ibu tua itu sembuh. Kalau ada orang yang ajar kamu buang semua ubat dan berdoa sahaja, itu salah. Kalau kamu patah kaki, berdoalah dan cepat pergi hospital. Kalau barah(cancer) kamu sudah teruk dan doctor kata tak ada harapan lagi, berdoalah. Mana tahu Yesus boleh sembuhkan. Kawan-kawan kalian, hari ini berfikirlah siapa orang ini Yesus Kristus? Dia boleh sembuh orang sakit dan ruh Iblis ikut arahannya. Ruh Iblis pun kenal dia. Dan kita dalam zaman modern ini boleh disembuh oleh Yesus. Siapa orang ini? Tuhan berkati.4222
- Mazmur 34 :9In Kehidupan Kristian·19 August 2021Saudara, Saat kamu membuka mata esok pagi, jangan lupa untuk menjadi bahagia. Berbahagialah dengan sederhana. Sebab menjadi bahagia itu bukanlah dengan seberapa banyak harta yang kamu miliki, namun tentang seberapa banyak kamu bersyukur kepada Tuhan. Mazmur 34 : 9 #berbagi berkat setiap hari..Elisa joel.4234
- BERJUANG SAMPAI AKHIR | BHG. 3In Inspirasi & Renungan·22 August 20214244
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 2) : Diamlah, “Mari... masuklah ke kamarmu”In Doa dan Puasa NECF 2021·7 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini : Kejadian 11-20 Yesaya 26:20 berkata, “Mari bangsaku, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah...”. Ayat ini menyampaikan ajakan mendesak bagi umat Tuhan untuk masuk ke kamar mereka dan bersembunyi sepanjang kemurkaan-Nya. Tuhan adalah Roh dan Dia rindu untuk bercakap dengan kita bukan di bait suci yang dibuat dengan tangan tetapi di ruang hati kita di mana perubahan terjadi pada saat kita bertaubat, mengaku, dan mencari wajah- Nya. Di sanalah kita belajar untuk melihat dari sudut pandangan Tuhan, mengetahui dan mengerti kehendak-Nya untuk suatu waktu dan musim. Di hadirat-Nya kita menukarkan ketakutan dan ketidakpastian kita dengan iman dan pengharapan pada Tuhan. Beban, perjuangan dan kuk kita lenyap, dan kita sampai di tempat teduh. Untuk memasuki ke ruang bilik adalah tindakan kehendak, pilihan untuk tunduk dan menyerah. Tetap berada di barisan hadapan pada masa-masa genting ini adalah suatu keharusan, bukan pilihan. Abraham mengambil cabaran itu untuk memberi respons kepada panggilan Tuhan, untuk masuk ke bilik di mana dia dapat bercakap dengan Tuhan dan hidup dalam hadirat-Nya setiap hari. Mari kita ambil musim ini untuk menarik diri daripada tuntutan tanpa henti dan kekacauan yang tidak berhenti-henti di sekitar kita. Dalam Mazmur 46, perkataan “diam” berasal daripada kata Ibrani “raphah” yang bererti melepaskan, berhenti berjuang, menyerah - untuk menurunkan tangan atau melemahkan diri sendiri. Dia memanggil kita kepada diri- Nya sendiri. Semoga kita menyahut pelawaan-Nya untuk menyerah kepada perubahan ilahi ini untuk memungkinkan kasih karunia yang luar biasa dan kekuatan dari Roh Kudus menjadikan kita teguh dan menjadi lelaki dan wanita yang beriman. Doa Hari ini: Berdoa agar kita memiliki kerinduan dan tekad yang kuat untuk masuk ke bilik kita, dan untuk bersekutu dengan Tuhan dengan cara yang belum pernah kita alami sebelumnya. Berdoa agar sebagai ibu bapa, pastor, guru dan pemimpin dalam kemampuan kita masing-masing, kita akan mendekat kepada Tuhan dan dapat mendengar dengan jelas daripada Tuhan sehingga kita tahu jalan untuk pergi dan memimpin keluarga kita, gereja, pelajar, orang bawahan, dll, ke dalam rencana ilahi Tuhan. Berdoa untuk Orang Asli dan Orang Asal yang mengalami penyusunan semula kerana pelbagai alasan yang tidak dapat dikawal, agar mereka mendapat cara yang baik dan seimbang untuk mengurus diri mereka dan terus menghasilkan wang yang cukup untuk menampung rumah tangga mereka.4249
- Pelangi Sehabis HujanIn Kehidupan Kristian·16 July 2023Aku bersyukur atas campur tangan Tuhan Yesus dalam kelangsungan Ibadat memperingati hari ke-100 mendiang dady pada hari semalam. Aku juga hendak bersyukur atas kerahmatan Tuhan Yesus yang memberikan aku kekuatan untuk menulis pengalaman rohani aku sepanjang perkabungan dady kami yang tercinta. Rindu yang berpanjangan- hanya dengan memuliakan nama Tuhan yang dapat mendekati diriku dengan mendiang dady; seperti mana dia selalu bersyukur kepada Yesus dalam keadaan apa pun. Pada Hari Minggu Suci Palma yang lalu, ketika dady sedang menghadapi ajal di hospital, sejujurnya saya amat ketakutan sehingga tidak tahu doa apa yang harus saya daraskan. Lalu, bonda Maria terlintas dalam fikiran saya. Sepenuh jiwa raga saya memanjatkan doa Salam Maria berulang-ulang. Pada mulanya saya tidak mempunyai konsentrasi, saya tersasul-sasul sehinggakan saya sempat Google doa tersebut. Saya mengatur nafas dan membacakan doa dengan teratur; rasanya tenang, seakan saya sepenuhnya bersekutu dengan Tuhan. "Salam Maria penuh rahmat, Tuhan serta- Mu,Terpujilah Engkau diantara wanita, dan terpujilah buah tubuh-Mu Yesus. Santa Maria Bonda Allah, doakanlah kami yang berdosa ini sekarang dan waktu kami mati. Amin." Pada waktu itulah, dady yang sedang menggenggam Rosari juga mengatur nafas-nafas terakhirnya dengan mengikut rentak doa Salam Maria yang saya ucapkan. Benarlah petikan injil ada mengatakan ; "Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa; tetapi Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan." (Roma 8:26) 2 April 2023: Ketika ini perjalanan pulang ke rumah bersama jasad dady; dari Hospital Queen I Kota Kinabalu ke Keningau. Kain bercorak bunga yang menyelubungi keranda putih dady ini amat bermakna; kerana ia tersimpan kenangan kami berdua, sewaktu saya kecil. 3 April 2023: Pemandangan hari terakhir Jasad bapa di kediaman. Sepanjang dua malam jasad dady dirumah, dalam kepasrahan, saya menyerahkan jiwa kepada Tuhan dengan bersungguh-sungguh berdoa. Bagi memecahkan keheningan malam yang sendu, saya tidak henti-henti bermazmur serta membacakan Alkitab usang keluarga kami. Menerusi mazmur saya menyampaikan kepada Tuhan- kejujuran hati yang mendalam apa yang saya rasakan; baik itu sedih, kecewa, marah, takut dan bersyukur. "Mengapa?" " Berapa lama lagi aku harus menaruh kekuatiran dalam diriku, dan bersedih hati sepanjang hari?" "Haleluya! Berbahagialah orang yang takut akan TUHAN, yang sangat suka kepada segala perintah-Nya." Tanpa saya menyedari, ketenangan terukir pada wajah mendiang dady. Kegembiraan mekar dihati saya dan terus bermazmur lagi; "kasih setia-Mu ya Tuhan, hendak ku nyanyikan selamanya." Kemanisan air muka dady membuatkan yang menziarahinya; tidak henti-henti memuji keberkatan Tuhan itu. Didasari dengan kerahmatan tersebut, saya percaya bahawa bapa saya telah pun berada di kehidupan yang baharu. Pastinya, tidak ada lagi kesakitan ketumbuhan pada otaknya. " Atau tidak tahukah kamu, bahawa kita semua yang telah dibaptis dalam Kristus, telah dibaptis dalam kematian-Nya? Dengan demikian kita telah dikuburkan bersama-sama dengan Dia oleh baptisan dalam kematian, supaya, sama seperti Kristus telah dibangkitkan dari antara orang mati oleh kemuliaan Bapa, demikian juga kita akan hidup dalam hidup yang baru." (Roma 6:3-4) Sewaktu penghormatan terakhir di Katedral St. Francis Xavier, Keningau; dimana juga gereja yang dilayani oleh dady sebagai Komuniti Keselamatan. Rencana tuhan membuatkan saya terharu, secara tiba-tiba hujan lebat turun, lalu berhenti sejurus keranda putih dady berada di hadapan altar yang indah. Ia seolah-olah turut bersama dengan sahabat-sahabat melayani Komuniti Keselamatan mengiringi perjalanan dady masuk ke dalam gereja. Haleluya! Alangkah pilunya Paskah tahun ini namun, kami sekeluarga tetap bersyukur atas cinta kasih ramai orang menerusi ; doa, bantuan serta penghargaan atas kemurahan hati mendiang dady. Campur tangan dan mukjizat Tuhan Yesus dalam pengendalian alam sepanjang perkabungan adalah suatu keajaiban bagi kami sekeluarga. Haleluya! Saya sifatkan segala kemanisan yang saya alami ini seperti pelangi sehabis hujan. Alkitab peribadi dady; yang ada ditandai pada bab "Kebangkitan Yesus". "Dady, terima kasih kerana selalu mengingatkan saya untuk berdoa kepada Tuhan. Peninggalan Alkitab peribadi dady akan mendampingi saya selamanya seperti kamu mendampingi saya selalu." "Tuhan memberkati kita semua." 🌻A. Joseph42212
- God is so good!In Pujian & Penyembahan·21 August 2021https://youtu.be/Q-kuIe2mk-A Satu kesaksian singkat dari saya dimana saya sangat diberkati dengan satu pelayanan ini. Pada awalnya saya ragu kerna suara tidak sedap, dan apakah saya bisa kata hati saya. Namun syukur puji Tuhan saya punya teman2 seiman yg banyak mendorong saya dan bg tips. Walaupun hanya satu rakaman saya masih neves juga.. Tetapi masa pujian dan penyembahan saya merasakan hadirat Tuhan itu hadir. Tuhan Yesus sangat2 baik... Tuhan Yesus memberkati kita semua.. Tetaplah giat melayani Tuhan walaupun secara digital.. Kita punya Tuhan yg tdk terbatas... Dia pasti memampukan kita. Haleluya!!42270
- NECF 40 Hari Doa & Puasa (Hari 6): Bertaubatlah kerana Kerajaan Tuhan Sudah DekatIn Doa dan Puasa NECF 2021·11 August 2021Bacaan Alkitab Hari Ini: Keluaran 1-10 Khamis, 12 Ogos 2021 Dengan memberitakan pertaubatan dan kedatangan Kerajaan, Yesus memanggil kita untuk menjalani kehidupan yang di luar budaya kita di mana kita berada. Kita sering mendengar istilah, “Di dunia, tetapi bukan dari dunia.” Namun, ini tidak dapat dijelaskan atau dijangkakan kecuali dengan iman. Yohanes Pembaptis, menggemakan Yesaya, menyatakan, “ Persiapkanlah di padang gurun jalan untuk TUHAN, luruskanlah di padang belantara jalan raya bagi Allah kita “ (Yes 40:1-11, Mrk 1: 1-8). Panggilan pertaubatan, “luruskanlah di padang belantara jalan raya bagi Allah kita” adalah tentang: Panggilan untuk suatu proses, amalan, cara, gaya hidup, tindakan - dan bukan peristiwa tunggal, sekali peristiwa. Ini adalah persiapan untuk perjalanan panjang, bukan hanya ke tujuan tertentu. Fokus baharu dalam hidup kita; dan langkah pertama, yang bermula di hati kita, adalah pilihan kita Mengenal Tuhan tidak dengan cara yang sama kita mengenal orang lain atau apa pun. Orientasi semula motivasi, hasrat, keinginan, keasyikan dan tujuan kita yang tersalah tempatnya. Kerinduan yang terdalam kita tidak boleh pada keuntungan material dan Tuhan pada masa yang sama. (Mat 6:24). Perjalanan ke mana Yesus mengajak kita lebih cenderung membawa kita di antara yang ditolak oleh masyarakat. Ini adalah perjalanan hati yang panjang yang mengizinkan Kristus untuk memancarkan terang-Nya dengan kuat di dalam dan melalui kita, jauh daripada cahaya kemasyhuran, kekayaan, kedudukan, dan perangkap duniawi yang mempesona. Kristus dilahirkan bukan di sebuah penginapan Betlehem yang terang, tetapi dalam kesederhanaan dan keadaan telanjang di kandang. Musa tidak bertemu Tuhan di istana agung Mesir, tetapi di padang gurun yang paling jarang dikunjungi manusia. Bertaubat bererti mengubah keutamaan kita - kurang fokus pada diri kita sendiri dan lebih banyak pada orang lain. Keutaman kita beralih daripada kejayaan kepada makna. Ketika kita memalingkan wajah kita ke arah Tuhan, kita secara semula jadi tertarik ke arah yang berbeza, arah di mana ‘manusia lama’ kita akan hindari. Doa Hari Ini: Berdoa agar, sebagai umat Tuhan, kita akan cepat bertaubat dan berpaling daripada dosa atau kesalahan kita setelah diyakinkan oleh Roh Kudus dan kesaksian Firman-Nya yang hidup. Berdoa agar, ketika terang Kristus bersinar, banyak orang akan menemukan harapan mereka di dalam Dia dan diterangi oleh pekerjaan Roh Kudus, hati mereka dilembutkan oleh kuasa Tuhan, dan akhirnya memberikan hati mereka kepada Yesus. Berdoa agar kerajaan Malaysia perhatikan dengan saksama dan bertanggungjawab atas masalah pencemaran dan gangguan alam sekitar yang mengancam kesihatan dan keselamatan kebanyakan perkampungan Orang Asli dan Orang Asal dan memberikan mereka bantuan yang mereka perlukan.3440
- Salib..."Salibkanlah!"In Inspirasi & Renungan·18 July 2021Kunampak khalayak di depan Pilatus, Wajah merah, penuh marah, “Salibkanlah!” kemarahan berkobar-kobar, Cercaan dan penghujatan bertambah-tambah. Di tengah-tengah khalayak ramai berteriak kuat, “Kuhadir di antaranya, Di tengah suara riuh gemuruh, Suaraku jelas, terang dan nyata. Darah yang suci aku alirkan, Tangan Dia aku pakukan Kristus Tuhan aku salibkan Dengan ejekan aku gabungkan Sekitar Salib kulihat jelas, Orang mengejek, seru dan serak, Suaraku juga yang paling kuat, Menyerang galak, membentak-bentak. (Horatius Bonar)4119
- Mazmur 34:4 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·23 July 2021Aku telah berseru kepada Tuhan, dan Dia mendengar seruanku; lalu Dia menyelamatkanku daripada semua yang kutakuti.4116
- Mazmur 34:15 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·7 August 2021Kerana mata Tuhan tertuju kepada orang yang benar dan telinga-Nya mendengar rayuan mereka.418
bottom of page








