top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6135)
KD Post (3266)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Selamat Hari NatalIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·25 December 2021Pada malam ini di kota Daud telah lahir seorang Penyelamat bagimu, iaitu Kristus, Tuhan. Lukas 2:11 AVB https://bible.com/bible/2271/luk.2.11.AVB106
- 4 Jenis Cinta Dalam AlkitabIn Keluarga·16 July 2021Empat bentuk kasih yang unik boleh didapati dalam Alkitab. Bentuk-bentuk itu disampaikan menerusi empat perkataan Yunani: Eros, Storge, Philia dan Agape. Kita akan melihat jenis-jenis kasih yang berbeza ini yang bersifat kasih romantik, kasih kekeluargaan, kasih persaudaraan dan kasih Allah. Sambil kita melakukan ini, kita akan menemukan apakah makna kasih yang sebenar, dan bagaimana untuk mematuhi perintah Yesus untuk "saling mengasihi." Apakah Cinta Eros dalam Alkitab? Eros (disebut AIR-ohs) adalah kata Yunani untuk kasih romantik atau ghairah. Istilah itu berasal daripada dewa mitos Yunani untuk cinta, keinginan seksual, tarikan fizikal dan cinta fizikal, Eros, yang mempunyai persamaan dengan dewa Rum, Cupid. Hubungan seks pelbagai jenis yang tidak terkawal berleluasa dalam budaya kuno Yunani dan adalah salah satu halangan yang perlu diatasi oleh rasul Paulus ketika mengasaskan gereja-gereja di Mediterranean timur. Dalam 1 Korintus, Paulus memperingati orang-orang percaya yang muda agar tidak terjebak dalam perlakuan seks tidak bermoral. Walaupun istilah eros tidak terdapat dalam Perjanjian Lama, Kidung Agung dengan jelas menyatakan cinta erotik. Larangan Alkitab terhadap seks di luar nikah menghadkan cinta erotik kepada pasangan yang sudah berkahwin. Apakah Cinta Storge dalam Alkitab? Storge (disebut STOR-jay) adalah istilah untuk kasih dalam Alkitab yang mungkin anda tidak biasa dengar. Perkataan Yunani ini menggambarkan kasih kekeluargaan, ikatan kasih sayang yang bertumbuh secara semulajadi di antara ibu bapa dan anak-anak, dan di antara adik-beradik. Banyak contoh-contoh kasih kekeluargaan terdapat dalam kitab suci Alkitab, seperti saling melindungi di antara Nuh dan isterinya, kasih Yakub untuk anak-anaknya, dan kasih kuat kakak beradik Marta dan Maria untuk adik lelaki mereka, Lazarus. Satu kata majmuk yang menggunakan storge, "philostorgos" boleh ditemui dalam Roma 12:10 yang memberi perintah kepada orang-orang percaya untuk saling mengasihi dengan kasih seperti adik-beradik. Apakah Cinta Philia dalam Alkitab? Philia (disebut FILL-ee-uh) adalah jenis kasih yang akrab dalam Alkitab yang kebanyakan orang Kristian amalkan terhadapa satu sama lain. Perkataan Yunani ini menggambarkan ikatan emosi yang kuat dalam persahabatan yang akrab. Philia adalah jenis kasih yang paling umum dalam Alkitab, meliputi kasih terhadap sesama manusia, mengambil berat, hormat dan belas kasihan terhadap orang-orang dalam keperluan. Konsep kasih persaudaraan ini yang menyatukan orang-orang percaya adalah unik dalam Kekristianan. Yesus berkata philia adalah ciri yang menandakan pengikut-pengikutnya, "Dengan demikian semua orang akan tahu, bahwa kamu adalah murid-murid-Ku, yaitu jikalau kamu saling mengasihi," Yohanes 13:35) Apakah Cinta Agape dalam Alkitab? Agape (Uh-GAH-pay) adalah jenis kasih yang tertinggi dalam Alkitab. Istilah ini mendefinisikan kasih Allah yang tidak terkira dan tiada tolok bandingnya untuk kemanusiaan. Itu adalah kasih ilahi yang datang daripada Allah. Kasih agape adalah sempurna, tidak bersyarat, berkorban dan suci. Yesus Kristus menunjukkan jenis kasih ilahi kepada Bapanya dan kepada seluruh kemanusiaan dalam caranya hidup dan mati. Berikutan kebangkitannya, Yesus menanya rasul Paulus adakah dia mengasihinya (agape). Petrus menjawab ya tiga kali, tetapi perkataan yang digunakannya adalah phileo atau kasih persaudaraan. Petrus belum lagi menerima kepenuhan Roh Kudus pada Pentakosta: dia tidak berupaya memberikan kasih agape. Tetapi selepas Pentakosta, Petrus begitu penuh dengan kasih Allah sehingga dia berucap dari hatinya dan 3,000 orang diselamatkan. Grafik: Learn Religions / Vin Ganapathy (Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Learn Religions bertajuk, "4 Types Of Love In The Bible") di ambil dari http://domba2domba.blogspot.com/2020/02/4-jenis-cinta-dalam-alkitab.html1044
- Markus 4: 26 -34In Inspirasi & Renungan·7 October 2022Ibarat tentang benih yang tumbuh 26Yesus berkata seterusnya, "Kerajaan Allah ibarat seorang yang menabur benih di ladangnya. 27Malam dia tidur, siang dia bekerja. Benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Dia tidak faham bagaimana hal itu terjadi. 28Tanahlah yang menumbuhkan tanaman hingga berbuah – mula-mula pucuk, kemudian bulir, akhirnya buah. 29GSetelah masak, buahnya disabit oleh orang itu dengan segera kerana musim menuai telah tiba." Ibarat tentang biji sesawi 30"Dengan apakah dapat kita bandingkan kerajaan Allah?" kata Yesus lagi. "Apakah ibarat yang dapat digunakan untuk menjelaskannya? 31Kerajaan Allah itu seperti sebutir biji sesawi paling kecil di dunia yang ditabur di tanah. 32Tetapi apabila ditabur, benih itu tumbuh dan menjadi tumbuhan yang terbesar. Dahannya begitu rimbun sehingga burung di udara membuat sarang di bawah keteduhannya." 33Dengan banyak ibarat yang semacam itu Yesus mengajar tentang firman kepada mereka, setakat yang dapat mereka faham. 34Dia tidak berucap kepada mereka tanpa menggunakan ibarat. Tetapi apabila Dia bersendiri dengan murid-murid-Nya, Dia menjelaskan segala-galanya. Yesus mengajar dengan ibarat. Dalam mengunakan ibarat, Yesus mempraktikan satu prinsip pengajaran yang mesti digunakan dalam pengajaran. Apakah prinsip itu? Prinsip yang dimaksudkan ialah “ dari apa yang sudah kita tahu ke apa yang kita tak tahu”. Dalam Bahasa Inggeris: “From the known to the unknown”. Dalam masyarakat Yahudi 2000 tahun dahulu, pertanian atau perternakkan atau menjala ikan ialah pekerjaan yang paling banyak dilakukan. Maka, seringkali, Yesus mengunakkan penabur, biji , buah-buahan anggur, zaitun, ikan, tanah, gandum, musim penuaian dll untuk mengajar tentang Kerajaan Allah. Ajaran tentang Kerajaan Allah ialah ajaran alam rohani atau spiritual. Alam rohani tidak boleh dinampak. Kita manusia hanya boleh rasa atau menikmati kesan dan kebaikkan dari menjadi anggota dalam Kerajaan Allah. Kita boleh nampak umat Kristian atau orang percaya, tetapi kita tak boleh nampak kerajaan Allah. Kerajaan Allah bukan ada sempadan atas tanah atau lokasi, tetapi ia wujud dan anggota Kerajaan Allah boleh menikmati berkat dari Raja Kerajaan itu. (The members of that Kingdom enjoy the blessings from the King of that Kingdom) Dalam dua ibarat dalam petikan kita, kita dapati, Kerajaan Allah bertumbah dengan cara yang kita tak nampak. Dalam ibarat pertama, penabur hanya menabur dan menuai. Selain menjaga rumput dan membaja dan menyiram, perkara lain yang berlaku dia tak tahu. Dia tak nampak macam mana biji menjadi padi dalam 6 bulan. (hari ini dalam zaman sains kita tahu). Dalam ibarat ini dia menabur dan menuai. Apakah ajaran untuk kita? Ajaran ini: dalam hal pertumbuhan Kerajaan Allah, orang Kristian punya tugas ialah berkongsi injil dan tunggu masa untuk membawa kawan kita jadi percaya. Yang lain ialah kerja Ruh Kudus dalam alam spiritual yang kita tak nampak. Bukan kepintaran kita yang buat kawan kita percaya. Itu ialah kerja Ruh Kudus. (Rujuk Yohanes 3:8). Dan dengan cara itulah Kerajaan Allah bertumbuh. Permulaannya kecil dan senyap tetapi akhirnya Kerajaan Allah menjadi gergasi kerana kuasa Allah. Kita perkerja. Jadi kita mesti tabur injil. Tuhan berkati.1098
- Haleluya! Segala kemuliaan kepada Tuhan Yesus KristusIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·28 October 2021supaya dengan mendengar nama Yesus Kristus segala lutut akan bertelut, baik yang ada di langit, yang ada di atas bumi, maupun yang ada di bawah bumi, dan segala lidah akan mengaku bahwa Yesus Kristus adalah Tuhan, bagi kemuliaan Allah Bapa. Filipi 2:10-11 FAYH https://bible.com/bible/2727/php.2.10-11.FAYH1012
- Bagaimana Memulakan Kumpulan Pemuridan?In Kepimpinan & Pemuridan·10 July 2021Amanat Agung Matius 28:18-20 menyarankan kita untuk memuridkan semua bangsa. Oleh itu, tugas kita sebagai murid Yesus adalah untuk memuridkan orang lain. Perkara yang pertama yang Yesus lakukan apabila telah memanggil ke 12 muridnya, ialah dengan mengajar mereka untuk menjangkau dan memuridkan orang lain. Di dalam Matius 10, Yesus mengutus mereka untuk pergi ke daerah bangsa-bangsa asing dan ke kota orang samaria (Orang yang dipandang rendah dan jijik oleh orang Yahudi pada ketika itu). Dan khabarkan bahawa kerajaan syurga sudah dekat. Mereka diberikan kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan. Dari awal lagi, Yesus mahu murid-muridnya belajar untuk memuridkan orang lain Yesus mengutus mereka seperti domba di tengah serigala, dan mereka haruslah bijak seperti ular dan tulus seperti merpati. Dan Yesus mahu mereka berani .. walaupun mereka ditangkap, Tuhan akan menyertai mereka dan mereka diberitahu jangan khuatir apa yang harus mereka katakan apabila mereka ditangkap, kerana mereka akan dipimpin oleh Tuhan apa yang harus mereka katakan. Adalah penting untuk kita, pada hari ini, membuat keputusan untuk menyemai tabiat untuk memuridkan orang lain. Izinkan kami kongsikan visi, pelipat-gandaan pemuridan. Apabila Yesus menceritakan ibarat tentang seorang penyemai yang murah hati, (Dalam bahasa Indonesia - perumpamaan seorang penabur) Ada benih yang jatuh di tepi jalan. Ada benih yang jatuh di tempat berbatu yang kurang tanahnya Ada benih yang jatuh di tempat yang bertanah tetapi penuh dengan duri. Ada benih yang jatuh ke tanah yang subur, yang memberikan hasil 30, 60 dan 100 kali ganda. A. Apakah Visi Gerakan Pemuridan? Kumpulan yang kecil yang pertama, jikalau jatuh ke tanah yang subur, akan melipatganda .. dan melipatganda… Jadi, hari, ini. Mari kita sama-sama doakan, termasuk saya sendiri, supaya kita adalah tanah yang subur, yang akan melipatgandakan murid Yesus. Mungkin pertama kalinya, kita tidak berjaya, tetapi, jikalau kita tidak menyerah kalah dan terus memupuk disciplin untuk memuridkan orang lain, saya percaya, permuridan dan penginjilan akan menjadi satu tabiat yang natural. B. Bagaimana memulakan kumpulan pemuridan? Langkah #1: Berdoa Sebelum Yesus memilih muridNya, Dia mengambil banyak masa berdoa. Lukas 6:12-13 Langkah #2: Mebuat Pelan Jikalau kita mahu berjaya di dalam sesuatu, kita harus membuat pelan. Mana harus kita bertemu ? Group di KD? Whatsapp? Zoom? Google Meet? Masa untuk bertemu? Berapa lama? Apa yang akan dipelajari bersama? Kumpulan 3-5 orang. Langkah #3: Pilih Kumpulan yang terdiri daripada orang-orang yang mempunyai sifat berikut F.A.T Faithful Available Teachable Setia Bersedia Boleh Diajar 2. Mencari Orang di dalam lingkungan pengaruh kita. Langkah #4: Kumpul Hubungi orang yang di dalam senarai kita. Tanya: Mahukah anda mempelajari Alkitab bersama-sama dengan menggunakan material yang ada di dalam Akademi Komuniti Digital? Langkah #5: Mulakan Mulakan dengan serta merta apabila langkah 4 sudah selesai. Belajar secara kendiri dengan aplikasi Akademi Komuniti Digital. Berkumpul di tempat, masa yang ditentukan setiap minggu Selamat melayani. C. Bagaimana Mengendalikan Kumpulan Pemuridan? #1: WELCOME Membawa semua ahli Cell kepada fokus yang sama. Mengeratkan di antara manusia dan manusia. Membina perhubungan - daripada “superficial” kepada interaksi yang lebih dalam. #2: WORSHIP Kesatuan iman Menyembah Tuhan ( Bukan supaya “Tuhan memberkati saya” tetapi bagaimana kita boleh melayani dan memberkati Tuhan) Membolehkan kita merasai hadirat Tuhan Memberikan ruang untuk Roh Kudus bekerja Meluahkan perasaan kepada Tuhan #3: WORD Untuk membolehkan Tuhan berhubung dengan kita melalui Alkitab. (Belajar secara kendiri terlebih dahulu) “Facilitate” proses pembelajaran kepada penukaran nilai. (mempraktikan) Untuk membangunkan rohani (edify) dan melayani (minister) satu sama lain. #4: WORKS Mengingatkan visi dan amanat agung Matius 28. Mendorong dan membuat pelan penginjilan. Bagaimana boleh menggunakan material di Komuniti Digital untuk membuat penjangkauan dan penginjilan digital atau fizikal. Kesimpulan Kekuatan satu gereja adalah bergantung kepada betapa kuatnya kumpulan pemuridan di dalam gereja. Lebih-lebih lagi, di dalam musim yang sekarang ini. Permuridan secara fizikal atau virtual harus dilakukan, jikalau kita mahu melihat Amanat Agung Yesus Kristus diselesaikan. Selamat Melayani. Elder Ann Wan Kuan Nota: Bahan pemuridan boleh di dapati di Akademi Komuniti Digital10220
- KeselamatanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi26 July 2025Start watching videos to help us build a feed of videos you'll love. Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube. pink salt trick reviews00
- KeselamatanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi25 July 2025baddihub This is the kind of content that makes me want to stand up and applaud! Absolute gold.00
- Renungan Kisah Ular dan GergajiIn Inspirasi & Renungan25 July 2025Offers an excellent mix of functionality and style. Draw activation is seamless, flavors are well-blended, and hyde vape it’s incredibly beginner-friendly. You get smooth vapor without fiddling with settings.00
- Renungan Kisah Ular dan GergajiIn Inspirasi & Renungan25 July 2025The sweet-and-cool profile delivers a refreshing balance, perfect for Geekbar anyone who enjoys something flavorful yet not overpowering. Well calibrated.00
- Renungan Kisah Ular dan GergajiIn Inspirasi & Renungan22 July 2025Prompt response and solid handling of old equipment. They rvdisposal.com knew exactly how to manage the waste without causing inconvenience.00
- KeselamatanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi21 July 2025Thankyou for this wondrous post, I am glad I observed this website on yahoo. 다낭 에코걸00
- KeselamatanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi20 July 2025Mopoga This really made me think! I wonder how this concept applies to [a different situation]. What’s your take on it?"00
bottom of page




