top of page

Cari

3266 results found with an empty search

  • Tuhan Sendiri Pernah Ditolak dan Dicacimaki

    1 Samuel 8:8-9, 18-19, 21 (BM) Sejak Aku membawa mereka keluar dari Mesir, mereka sudah membelakangi Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang, apa yang dilakukan mereka terhadap engkau, sudah selalu dilakukan mereka terhadap Aku juga. Oleh itu kabulkanlah permintaan mereka; tetapi berikanlah amaran yang tegas kepada mereka, dan beritahukan cara raja mereka itu akan memperlakukan mereka." Pada masa itu kamu akan bersungut kerana raja kamu, raja yang kamu pilih sendiri. Tetapi TUHAN tidak akan mempedulikan sungutan kamu." Umat Israel tidak mahu menghiraukan kata-kata Samuel, malahan mereka berkata, "Biarlah! Kami tetap mahukan seorang raja." Samuel mendengar segala kata-kata mereka, lalu memberitahukannya kepada TUHAN. Pengajaran/Refleksi TUHAN berkata, "Aku telah membawa umat-Ku keluar dari Mesir, mereka sudah membelakangi Aku dan menyembah dewa-dewa." TUHAN sendiri pernah ditolak, dicacimaki, dan dibenci oleh umat-Nya. Apa lagi, Tuhan Yesus, jauh lebih teruk daripada kita. Sekarang, apa yang dilakukan mereka terhadap engkau (Samuel), sudah selalu dilakukan mereka terhadap Aku, kata TUHAN. Samuel membenarkan mereka memiliki seorang raja tetapi hidup mereka akan dikuasai oleh raja tersebut. TUHAN tidak akan mempedulikan sungutan mereka. Jika saat ini saudara seperti Samuel yang ditolak atau dilawan oleh umat Tuhan, yang kamu pimpin atau layani, bersabarlah. Sebab Tuhan sendiri pun telah mengalami perkara tersebut. Saya percaya bahawa Tuhan melihat apa yang terjadi dan Ia akan menolong saudara untuk membebaskan saudara daripada dipermalukan. Tetaplah melayani Tuhan dengan setia. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami bersabar memimpin umat-Mu walaupun mungkin kami ditolak oleh mereka. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Ketabahan

    Oleh Voon Pei shih

  • Dikuatkan Dalam Penderitaan

    Oleh Pr Logasvaran

  • Beristirahat

    Oleh Saudari Nancy Puyang Anyi

  • Hati-Hati Menolak Orang yang Telah Dipilih Tuhan, Sebab Tuhan yang Ditolak

    1 Samuel 8:2-7 (BM) Anaknya yang sulung bernama Yoel dan yang kedua bernama Abia. Kedua-duanya menjadi hakim di Bersyeba. Tetapi mereka tidak mengikuti teladan bapa mereka. Mereka hanya mencari keuntungan diri sendiri; mereka menerima rasuah dan menghakimi rakyat dengan tidak adil. Kemudian semua pemimpin Israel berkumpul lalu menghadap Samuel di Rama. Mereka berkata kepadanya, "Dengarlah tuan, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak menurut teladan tuan. Oleh itu, lebih baik tuan melantik seorang raja bagi kami, supaya kami pun mempunyai seorang raja seperti bangsa-bangsa lain." Samuel tidak suka dengan permintaan mereka itu, lalu dia berdoa kepada TUHAN. Kemudian TUHAN berfirman kepadanya, "Kabulkanlah segala permintaan mereka. Bukan engkau yang ditolak oleh mereka; sebenarnya, Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja." Pengajaran/Refleksi Kita harus hati-hati menolak orang yang telah dipilih oleh TUHAN, seperti umat-Nya menolak Raja Samuel. Alasan mereka meminta seorang raja adalah kerana kelakuan anak-anak Samuel tidak seperti ayah mereka. Mereka mementingkan diri sendiri. Walaupun demikian, TUHAN menyuruh Samuel untuk mengabulkan semua permintaan mereka. TUHAN berfirman kepada Samuel, "Bukan engkau yang ditolak oleh mereka, tetapi Aku, kata TUHAN." Hati-hati menolak orang yang Tuhan pilih, kerana kita mungkin juga sedang menolak Tuhan. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya berhati-hati menolak orang yang Engkau pilih, supaya kami tidak menolak Engkau ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Titik Kehancuran

    Oleh Sandra Tagal

  • Kekudusan Allah

    Oleh Pak Tang Hock Men

  • Yesus Pertolonganku yang Hidup

    1 Samuel 7:12-15, 17 (BM) Kemudian Samuel mendirikan sebuah batu di sempadan antara Mizpa dan Sen. Dia berkata, "TUHAN sudah menolong kita dengan sepenuhnya." Oleh itu dia menamakan batu itu "Batu Pertolongan." Demikianlah orang Filistin dikalahkan. Selama Samuel hidup, TUHAN mencegah orang Filistin menceroboh kawasan Israel. Semua kota Israel yang telah ditaklukkan oleh orang Filistin, dari Ekron sampai Gat, dikembalikan kepada Israel. Dengan itu Israel mendapat kembali seluruh wilayah mereka. Orang Israel dan orang Amori pun hidup dengan damai. Samuel memerintah Israel seumur hidupnya. Selepas itu dia selalu pulang ke rumahnya di Rama. Di sana dia juga menjadi hakim umat Israel. Di Rama, dia membina sebuah mazbah untuk TUHAN. Pengajaran/Refleksi Setelah TUHAN menolong umat-Nya mengalahkan musuh, Samuel mendirikan sebuah Batu dan menamakan batu itu, "Batu Pertolongan." TUHAN menolong umat-Nya dengan sepenuhnya. TUHAN mencegah musuh umat-Nya menceroboh kawasan mereka selagi Samuel masih hidup. Samuel membina sebuah mazbah di rumahnya untuk TUHAN. Perkara-perkara tersebut mengajar kita untuk mengandalkan TUHAN sepenuhnya, kerana DIA adalah Penolong kita yang sungguh!!! HALELUYAH DAN AMEN!! Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang memberitahu kami bahawa Engkau adalah TUHAN Pertolongan kami. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Terus Berdoa Supaya Kita Diselamatkan Daripada Kuasa Kegelapan/Musuh

    1 Samuel 7:8-10 (BM) Mereka berkata kepada Samuel, "Jangan berhenti berdoa kepada TUHAN Allah kita, supaya kita diselamatkan-Nya daripada orang Filistin." Samuel menyembelih seekor anak domba muda lalu mempersembahkannya sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Setelah itu dia berdoa minta TUHAN menolong Israel, dan TUHAN mengabulkan doanya itu. Sedang Samuel mempersembahkan korban itu, orang Filistin mula menyerang mereka. Tetapi pada saat itu juga, TUHAN mengguntur dari langit untuk melawan orang Filistin. Mereka menjadi kacau-bilau lalu lari kebingungan. Pengajaran/Refleksi Jika saat ini saudara sedang menghadapi masalah seperti yang dihadapi umat TUHAN pada zaman dahulu, yang berhadapan dengan musuh yang mahu menyerang mereka. Inilah waktunya untuk saudara berdoa terus menerus (tidak berhenti) kepada TUHAN Allah kita, supaya kita diselamatkan-Nya daripada musuh atau masalah yang sedang saudara alami saat ini. Datanglah kepada TUHAN saat ini! DIA sedia untuk menolong saudara dan mengabulkan doa kita. TUHAN sendiri yang melawan musuh kita umat-Nya. Haleluyah TUHAN. Engkau sungguh baik dan luar biasa. Bawalah bebanmu saat ini kepada TUHAN, dan IA akan membebaskanmu dan menolongmu!! HALELUYAH DAN AMEN!! Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami berdoa kepada-Mu terus menerus mohon pertolongan daripada TUHAN. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Pertaubatan yang Sungguh dan Berpuasa

    1 Samuel 7:4-6 (BM) Oleh itu umat Israel membuang patung-patung Dewa Baal dan Dewi Asytoret, lalu menyembah TUHAN sahaja. Selepas itu Samuel berkata, "Kumpulkanlah segenap umat Israel di Mizpa. Kemudian aku akan berdoa untuk kamu di situ." Oleh itu mereka semua berkumpul di Mizpa. Mereka menimba air lalu menuangkannya sebagai persembahan untuk TUHAN. Mereka juga berpuasa sepanjang hari. Mereka berkata, "Kami sudah berdosa terhadap TUHAN." (Di Mizpa Samuel menyelesaikan perkara-perkara perselisihan antara umat Israel). Pengajaran/Refleksi Untuk kita mengalami keterobosan dan kuasa TUHAN, kita harus: Bertaubat dengan sesungguhnya, iaitu dengan membuang segala berhala yang ada, dan menyembah TUHAN sahaja! Akuilah dosamu kepada TUHAN dan selesaikan perselisihan di antara kamu jika ada. Bawalah persembahan anda kepada TUHAN dan berdoa; berpuasalah sebelum memohon daripada TUHAN. Lakukan perkara di atas supaya kita dapat mengalami keterobosan dalam kehidupan pribadi dan keluarga kita. HALELUYAH!! Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami menyerah sepenuhnya dan bertaubat di hadapan-Mu. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Kebimbangan

    Oleh Adeline Lim

  • Siapakah Itu Gembala

    Oleh Rev Ali Langgit

bottom of page