top of page

Cari

3267 results found with an empty search

  • Pujuk Rayu Isteri Dapat Membuka Rahasia Suaminya

    The Persuasive Wife Reveals Her Husband’s Secret Teks Hakim-Hakim 14:15-17 (BM) Pada hari keempat, mereka berkata kepada isteri Simson, "Pujuklah suamimu supaya dia memberitahu kamu makna teka-teki itu. Jika tidak, kami akan membakar kamu dan rumah bapamu. Rupanya kamu berdua menjemput kami dengan maksud merompak kami!" Oleh itu isteri Simson menangis dan berkata kepada Simson, "Abang tidak mencintai saya. Abang memberikan teka-teki kepada sahabat-sahabat saya, tetapi abang tidak memberitahu saya maknanya. Abang membenci saya." Simson berkata, "Dengar dulu! Ibu bapaku sekalipun belum kuberitahu maknanya. Mengapakah aku harus memberitahunya kepadamu?" Isteri Simson menangis terus-menerus selama tujuh hari perjamuan itu. Pada hari ketujuh, Simson memberitahu makna teka-teki itu kepadanya kerana isterinya terus merengek-rengek. Selepas itu isterinya memberitahu maknanya kepada orang Filistin. Pengajaran/Refleksi Firman TUHAN hari ini mengajar para isteri kepada suaminya. Jangan sekali-kali seperti isteri Simson yang membuka rahasia yang dibuat oleh suaminya. Jangan memujuk suami untuk membuka suatu rahasia yang disimpannya, sebab perbuatan itu akhirnya akan menghancurkan suamimu. Jadilah suami isteri yang setia kepada satu sama lain dan miliki hati yang takut akan TUHAN. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar dan menegur kami, supaya menjadi pasangan suami isteri yang setia dan memiliki hati yang takut akan Engkau, ya TUHAN. Kiranya TUHAN memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 39: Pengkhutbah Firman Yang Tidak Tergoncangkan

    Kitab Suci: Ibrani 13:5-8 Renungan: Dalam Kerajaan yang tidak tergoncangkan ini, Tuhan telah memberikan jaminan kekal bahawa Dia tidak akan membiarkan anak-anak-Nya, ataupun meninggalkan umat-Nya. Hamba-hamba Tuhan tidak perlu bimbang akan kekurangan kewangan, dan mereka harus menjaga diri daripada ketamakan, menjadikan rasa cukup sebagai sumber sukacita. Kita harus meneladani mereka yang memberitakan Firman Tuhan dan memperhatikan bagaimana mereka menghidupi iman mereka dalam karakter dan perilaku mereka. Teladan saleh mereka dapat diterapkan dalam misi hari ini dan dalam penyebaran Injil, agar Injil dapat disebarkan dengan cepat. Seorang pengkhutbah yang menjalani kehidupan yang patut diteladani adalah model pembelajaran terbaik bagi pendengarnya. Oleh itu, para pengkhutbah harus terus-menerus berwaspada dalam memberikan teladan positif melalui kehidupan dan pelayanan mereka. Mereka tidak boleh menyimpan ketamakan atau niat buruk, agar pekerjaan Injil tidak terhambat. Injil adalah kekuatan Tuhan yang berupaya menyelamatkan semua orang yang beriman, dan harus disebarkan melalui saluran yang baik dan saksi yang dapat dipercayai. Sebab kita memberitakan Yesus Kristus, Juru Selamat, yang sama kelmarin, hari ini, dan selama-lamanya. Doa: Tuhan, bangkitkan lebih ramai pengkhutbah Firman-Mu yang memiliki iman yang mendalam dan menjalani kehidupan yang patut diteladani. Tolonglah duta-duta Berita Baik-Mu ini untuk mengabdikan diri mereka untuk memberitakan Firman-Mu di hari-hari akhir ini agar Injil-Mu dapat sampai ke hujung bumi. Tuhan, kiranya dunia mengenal Injil yang melaluinya kami memberitakan Mesias, Raja yang telah ada, yang ada sekarang, dan yang akan datang. Hanya melalui Engkau kami dapat memasuki Kerajaan yang tidak tergoncangkan ini. Berdoa agar usaha yang disumbangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi membolehkan Malaysia menjadi negara berteknologi tinggi dengan penyampaian berprestasi tinggi dan mencapai status berdaya saing di peringkat global. Berdoa agar Gereja menggunakan sains, teknologi, dan inovasi dengan baik dan menjadi kontemporari dalam memenuhi keperluan zaman yang semakin meningkat, untuk memajukan Injil dan Kerajaan Tuhan. Berdoalah agar kita tidak ketinggalan kerana rasa takut dan salah sangka kita. Rev Paulus Wong

  • Kekecewaan

    Oleh Saudari Evelyn Bandong

  • Tuhan Turut Campur Tangan Dalam Segala Sesuatu yang Berlaku

    God’s Intervention in All Things Teks Hakim-Hakim 14:1-4 (BM) Pada suatu hari Simson pergi ke Timna, lalu di sana dia nampak seorang gadis Filistin. Simson pulang ke rumah lalu memberitahu ibu bapanya. Katanya, "Saya tertarik kepada seorang gadis Filistin. Pinanglah dia untuk saya. Saya hendak mengahwininya." Tetapi ibu bapa Simson berkata kepadanya, "Mengapa engkau harus memilih isteri di kalangan orang Filistin, sedangkan mereka tidak tergolong umat Allah? Tidak dapatkah engkau mencari seorang gadis daripada puak kita sendiri, atau di kalangan seluruh bangsa kita?" Simson menjawab bapanya, "Gadis Filistin itulah yang saya suka. Saya mahu ayah meminang dia untuk saya." Ibu bapa Simson tidak tahu bahawa TUHAN yang menyebabkan Simson melakukan hal itu, kerana TUHAN sedang mencari peluang untuk memerangi orang Filistin. Pada waktu itu orang Filistin menguasai umat Israel. Pengajaran/Refleksi TUHAN menggunakan keluarga Simson untuk melaksanakan kehendak-Nya, iaitu untuk memerangi orang Filistin sebagai musuh umat-Nya. Kita tidak tahu rencana TUHAN dalam kehidupan pribadi dan keluarga kita. Semua yang terjadi adalah untuk melaksanakan kehendak-Nya untuk kemuliaan nama-Nya. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar dan meneguhkan kami. Kiranya TUHAN memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Berkati kami dengan berkelimpahan. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 38: Berita Baik Yang Tidak Tergoncangkan

    Kitab Suci: Ibrani 12:25-28 Renungan: Injil adalah Berita Baik bagi semua bangsa, dan telah diwahyukan dengan jelas kepada umat manusia sejak dua ribu tahun yang lalu. Sejak penciptaan langit dan bumi, kekuasaan kekal dan sifat keilahian Tuhan telah nyata dan dapat difahami. Meskipun tidak terlihat, sifat-sifat-Nya telah diketahui melalui ciptaan, maka kita tidak mempunyai alasan untuk tidak mengenal-Nya. Tuhan terus-menerus menggoncang dunia ini dan aturan ciptaan-Nya, sentiasa mengingatkan umat manusia dan memberikan peluang bagi orang yang berdosa untuk kembali kepada-Nya. Jika kita tetap bersikap keras kepala dan menolak nasihat Tuhan serta menolak untuk bertaubat, kita pasti akan menghadapi penghakiman Tuhan. Bagi kita yang sudah menerima keselamatan, setelah memperoleh Kerajaan yang tidak tergoncangkan, haruslah terus mengucap syukur serta mengabdi kepada Tuhan dengan kehormatan dan mengikuti kehendak-Nya. Dengan melakukan hal ini, kita dapat menjadi sumber inspirasi bagi orang-orang yang belum percaya, menuntun mereka untuk datang kepada Sang Pencipta dan Juru Selamat dengan harapan menerima kehidupan kekal dan Kerajaan yang tidak tergoncangkan. Di hari-hari terakhir ini, marilah kita memberi keutamaan kepada pemberitaan mesej pertaubatan dan kebenaran melebihi pelayanan yang lain. Mari kita meningkatkan pekerja untuk penuaian akhir zaman, dan secara kolektif menyahut panggilan misi dalam menyebarkan Berita Baik Kerajaan Syurga. Doa: Ya Tuhan, ampunilah dosa keras kepala dan kejahilan mereka yang terus menolak undangan-Mu dan menolak Jalan hidup yang kekal. Lembutkanlah hati mereka dan tolonglah mereka agar mereka menyangkal diri dan datang dengan rendah hati di hadapan-Mu. Bantulah kami memperhatikan peristiwa-peristiwa yang sedang terjadi di zaman ini. Kerana melalui situasi yang sukar dan meresahkan ini, Engkau menyedarkan dunia untuk kembali kepada-Mu dan menerima Berita Baik Kerajaan Syurga. Berdoa agar Kementerian Luar Negeri akan terus meningkatkan hubungan dua hala dalam hubungan luar negara, berwaspada terhadap keganasan, dan cergas dalam berunding apabila nyawa golongan diaspora terancam. Berdoa agar setiap gereja tempatan akan berhubung baik dengan komuniti dan kejiranan mereka, dan berfungsi sebagai “rumah api” untuk memberikan kemesraan, pengharapan, dan sokongan hubungan. Rev Paulus Wong

  • Bekerja Selagi Masih Siang

    Oleh Steffi Tabari

  • Tidak Ada yang Mustahil Bagi Tuhan(God Working Beyond Limits)

    Teks Hakim-Hakim 13:2-3, 5, 8-9 (BM)Pada masa itu, ada seorang lelaki bernama Manoah, yang berasal dari kota Zora. Dia seorang daripada suku Dan. Isterinya mandul. Pada suatu hari, malaikat TUHAN menampakkan diri kepada isteri Manoah dan berkata, “Selama ini engkau tidak mempunyai anak, tetapi tidak lama lagi engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Selepas anakmu lahir, jangan sekali-kali potong rambutnya kerana sejak hari kelahirannya, anak itu akan ditahbiskan kepada Allah sebagai orang Nazir. Dia akan mula membebaskan umat Israel daripada kekuasaan orang Filistin." Kemudian Manoah berdoa kepada TUHAN, “Ya TUHAN, semoga Engkau mengutus hamba-Mu itu datang lagi kepada kami, dan memberitahu kami apa yang mesti kami lakukan terhadap anak itu selepas dia lahir.” Allah mengabulkan permohonan Manoah. Malaikat Allah itu datang lagi kepada isteri Manoah ketika dia di ladang. Pada masa itu Manoah tidak bersama-sama isterinya. Pengajaran/Refleksi Tidak ada yang mustahil dalam Tuhan, walaupun isteri Manoah dikatakan mandul, tetapi malaikat TUHAN mengatakan bahawa dia akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Kelahirannya adalah untuk membebaskan umat TUHAN daripada kekuasaan musuh mereka. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami. Kiranya TUHAN memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 37: Sion Yang Tidak Tergoncangkan

    Kitab Suci: Ibrani 12:22-24 Renungan: Gunung Sion melambangkan tempat tinggal dan hadirat Tuhan serta peristiwa yang akan berlaku iaitu kota syurga yang terdapat sehimpunan besar para malaikat. Ini adalah kerajaan masa depan yang tidak tergoncangkan, kerana ini adalah tempat di mana Tuhan akan melaksanakan penghakiman-Nya. Pada masa yang sama, Yesus berperanan sebagai pengantara kita dan maka, jiwa orang benar akan disempurnakan. Perjanjian ini dibuat dengan darah Tuhan yang mahal. Dengan demikian, mereka yang percaya kepada Yesus akan memperoleh kehidupan kekal, iaitu Kerajaan yang tidak tergoncangkan. Di Kerajaan ini, Tuhan memerintah dan bertakhta di hati umat-Nya, membawa kuasa dan pengaruh untuk misi. Gunung Sion adalah perjanjian baru yang ditetapkan oleh Kristus Yesus dengan umat manusia dua ribu tahun yang lalu. Janji ini diberikan kepada mereka yang ada di dalam Kristus, menawarkan kepada mereka pengharapan akan kehidupan kekal, dengan memasuki hadirat Tuhan yang kekal. Betapa indahnya janji yang dipegang ini kerana tidak akan ada lagi penyakit, kesakitan, kesedihan, tangisan, atau bahkan kematian. Hal-hal yang lalu, atau hal-hal di masa lalu, semuanya akan menjadi sejarah. Bagi kita yang masih hidup hari ini, marilah kita mengejar dengan sungguh-sungguh dan mensyukuri Tuhan yang telah memberikan keselamatan kepada kita. Di akhir zaman ini, marilah kita memberitakan dengan segenap hati betapa besarnya kuasa Injil ini, agar setiap orang yang percaya kepada Tuhan Yesus sebagai Juru Selamat mereka tidak binasa, melainkan beroleh kehidupan yang kekal. Doa: Tuhan, bukalah mata kami dan arahkanlah pandangan kami ke Gunung Sion seiring dengan kerinduan kami terhadap Kerajaan yang tidak tergoncangkan. Pakailah kami untuk membawa orang lain kepada Kristus supaya mereka dapat berkongsi dengan kami berkat-berkat syurga yang besar. Kami berdoa dengan sungguh-sungguh bagi mereka yang belum diselamatkan, agar mereka dapat mendengar Injil dalam hidup mereka, merasakan sukacita keselamatan, dan mengambil bahagian dalam Gunung Sion yang tidak tergoncangkan. Berdoa agar Kementerian Kerja Raya mencapai kecemerlangan dalam pembangunan dan pengurusan jalan persekutuan, memenuhi standard keberkesanan kos, kualiti, dan mengekalkan persekitaran pembinaan yang kondusif. Berdoa agar kerja-kerja Gereja bukan sahaja sihat, kukuh dan berkekalan di bumi ini tetapi agar ia juga dapat bertahan dalam api pembersihan-Nya, bertahan dalam ujian dan akhirnya membawa kepada kita menerima ganjaran syurga. Rev Paulus Wong

  • Gembala Domba Terbaik

    Oleh Saudari Alice Kadal

  • Jangan Cuba Mengganggu Umat Pilihan Tuhan

    Teks Hakim-Hakim 12:1-2, 6 (BM) Pada masa itu, suku Efraim bersedia untuk berperang. Mereka menyeberangi Sungai Yordan dan menuju ke Zafon. Mereka berkata kepada Yefta, "Mengapa kamu berperang dengan orang Amon tanpa mengajak kami? Sekarang kami akan membakar kamu bersama-sama seisi rumahmu!" Yefta berkata, "Aku dan rakyatku bersengketa dengan orang Amon. Aku memanggil kamu, tetapi kamu tidak datang untuk membantu aku membebaskan diri daripada orang Amon." Mereka menyuruh dia mengucapkan kata, "Syibolet." Tetapi orang itu akan berkata, "Sibolet" kerana dia tidak dapat mengucapkannya dengan tepat. Kemudian mereka akan menangkap dan membunuh dia di tempat penyeberangan sungai itu. Ketika itu, sebanyak 42,000 orang Efraim terbunuh. Pengajaran/Refleksi Jangan seperti suku Efraim yang cuba menganggu Yefta, yang pada mulanya tidak mahu melakukan apa-apa dengan suku mereka. Tetapi setelah Efraim cuba mahu membakar Yefta dan seisi keluarganya, sebaliknya yang berlaku kepada suku Efraim. Mereka cuba untuk melarikan diri daripada malapetaka, tetapi akhirnya mereka gagal kerana mereka tidak pandai mengucapkan kata, "Syibolet". Ketika itu, sebanyak 42 ribu orang Efraim terbunuh. DALAM FIRMAN TUHAN HARI INI, MENGAJAR KITA SUPAYA KITA TIDAK MENGGANGGU UMAT PILIHAN TUHAN. BEGITU JUGA BAGI KITA UMAT PILIHAN-NYA JANGAN TAKUT SEBAB TUHAN AKAN BERPIHAK KEPADA KITA DAN BERTINDAK UNTUK MEMBALAS BAGI KITA. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami. Kiranya TUHAN memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 36: Saksi-Saksi Yang Tidak Tergoncangkan

    Kitab Suci: Ibrani 12:1-3 Renungan: Kerajaan yang tidak tergoncangkan adalah kerajaan Ilahi bawah kedaulatan Tuhan yang tidak akan pernah tergoncangkan. Di Kerajaan ini, banyak sekali saksi yang mengelilingi kita bagaikan awan di langit. Kita harus terus maju, berlari terus menuju tujuan. Kristus adalah Panglima Tertinggi kita dalam peperangan, dan Dia akan membimbing kita ke jalan yang benar dan memimpin kita menuju kemenangan. Di pihak kita, kita harus berusaha untuk mengetepikan segala beban berat, menjauhi segala perkara yang mudah membawa kita kepada dosa. Di Kerajaan yang tidak tergoncangkan ini, Kristus menanggung penderitaan di kayu salib. Kini Dia duduk di sebelah kanan takhta Tuhan, sebuah simbol penyelesaian karya dan misi penebusan-Nya. Kita yang masih berada di bumi hendaklah menunggu dengan sabar dan memandang kepada Tuhan untuk masa depan yang telah Dia persiapkan bagi kita, kerana Dia adalah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terakhir bagi iman kita. Kita yang berada dalam kerajaan Tuhan harus menganggap hal-hal duniawi sebagai hal yang sementara dan terbatas. Mari kita meluangkan lebih banyak masa untuk merenungkan identiti kita dan janji-janji di dalam Kristus, dan bersandar kepada kasih karunia Tuhan dan kuasa Roh Kudus untuk memberitakan Injil Kristus. Doa: Tuhan, tolonglah Gereja untuk memahami sifat Kerajaan-Mu dan misi-Mu agar kami dapat terus menjadi saksi yang baik bagi-Mu dan dengan sungguh-sungguh memenangkan jiwa-jiwa untuk Kerajaan yang tidak tergoncangkan. Kiranya Engkau memberi kemampuan kepada Gereja dengan pola pemikiran positif dan ketabahan yang tidak berbelah bahagi sehingga kami dapat menghadapi cabaran yang kami hadapi dalam memberitakan Injil. Amin. Berdoa agar Kementerian Pertahanan memainkan peranannya dengan baik dalam meningkatkan keselamatan negara, menjaga kepentingan negara kita dalam kedaulatan dan wilayahnya, serta mengurus keperluan ketenteraan. Berdoa agar gereja-gereja meluangkan masa dan usaha dalam doa dan syafaat untuk membina pagar perlindungan rohani ke atas Gereja dan individu. Berdoalah agar setiap gereja menjadi pusat kekuatan doa. Rev Paulus Wong

  • Nehemia

    Oleh Saudara Daniel Lim

bottom of page