top of page

Cari

3189 results found with an empty search

  • Dipanggil Dengan Tujuan

    Oleh Pr Glenn Zedgar | UPC-KBM

  • Jika Setia dalam Perkara Kecil, akan Setia Juga dalam Perkara Besar

    “Orang yang setia dalam perkara yang kecil akan setia juga dalam perkara yang besar; dan orang yang tidak setia dalam perkara yang kecil tidak akan setia dalam perkara yang besar.” Lukas 16:10 AVB   Tuhan Yesus berkata kepada murid-murid-Nya bahawa sekiranya seseorang itu mampu mengurus harta yang diamanahkan kepadanya dalam jumlah yang kecil dengan baik, maka  dia pasti mampu untuk mengurus jumlah harta yang besar dengan baik juga.    Hal ini bermakna bahawa kesetiaan seseorang itu dibuktikan mula-mulanya dalam perkara yang kecil. Dia seterusnya akan setia dalam perkara yang lebih besar. Demikian juga halnya dengan seseorang pengurus. Kejujurannya terbukti dalam perkara yang kecil terlebih dahulu. Sekiranya dia tidak jujur dalam perkara kecil, apa lagi dalam perkara yang lebih besar.   Pendek kata, kejujuran dan kesetiaan seseorang akan teruji dalam perkara yang kecil terlebih dahulu. Sekiranya dia tidak jujur dalam hal-hal yang kecil, bagaimanakah mungkin dia boleh dipercayai dalam perkara-perkara yang lebih besar? Hal ini merujuk kepada sikap  tanggungjawab seseorang terhadap pemberian Allah yang diamanahkan kepadanya.   Ingatlah, kita hanya pengurus yang diamanahkan oleh Allah. Semua yang kita miliki, seperti sumber kewangan atau harta benda, masa, peluang dan kebolehan sebenarnya diberikan oleh Allah. Kita dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengurusnya dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, kita harus sentiasa jujur dan taat setia dalam tanggungjawab mengurus pemberian Allah. Sekiranya kita taat setia dalam tanggungjawab kecil, maka Allah tentu akan mengamanahkan tanggungjawab dan harta sejati yang lebih besar lagi kepada kita.   Kesimpulannya, biarlah kita setia mengurus yang sedikit atau yang kecil dahulu. Maka Allah akan memberi kita kuasa untuk mengendalikan yang banyak atau yang besar kemudian.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk setia dan jujur dalam perkara-perkara  kecil ataupun besar yang diamanahkan kepadaku. Teguhlah hati  dan hidupku agar dalam semua urusanku Engkau akan dipermulia. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.  Pr Patrick Taie

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Bijak Menggunakan Kekayaan Dunia

    “Aku berkata kepadamu supaya menggunakan kekayaan dunia untuk mendapat sahabat bagi dirimu. Apabila kekayaanmu lenyap, kamu akan disambut ke tempat kediaman yang kekal.” Lukas 16:9 AVB   Yesus berkata kepada murid-murid-Nya melalui ibarat ini agar mereka bijak menggunakan segala kekayaan dunia ini untuk mengikat tali persahabatan supaya apabila kekayaan mereka itu lenyap,  mereka akan diterima ke tempat kediaman yang abadi.   Pengurus yang tidak jujur ini dipuji oleh tuannya, bukanlah kerana penipuannya tetapi kerana dia tahu bagaimana menggunakan kekayaan dunia dengan cerdik bagi dirinya sendiri. Dia tidak dapat mengubah perbuatan silamnya tetapi dia dapat membuat persediaan untuk masa depannya. Secara cerdik pengurus itu memanfaatkan peluang yang ada dengan melakukan apa yang dianggapnya dapat menjamin masa depannya. Dia mempergunakan milik tuannya untuk memastikan semua penghutang tuannya akan menjadi sahabat-sahabatnya kelak.   Janganlah kita sangka pula bahawa Tuhan Yesus turut memuji pengurus yang tidak jujur dalam ibarat-Nya. Bagaimanapun, apa yang dilakukan pengurus itu terhadap orang yang berhutang kepada tuannya merupakan contoh bagaimana orang di dunia ini lebih cerdik menguruskan pekerjaan mereka daripada orang yang hidup dalam cahaya. Demikian juga kita yang hidup dalam cahaya haruslah bijaksana menggunakan segala sumber yang kita miliki di dunia ini.     Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita  menggunakan sumber kewangan kita dengan sebaik-baiknya? Kita perlu bermurah hati untuk memberkati orang lain dan melabur wang yang kita miliki pada hari ini untuk memenangi hati sahabat supaya mereka dapat memasuki kerajaan Allah. Sebab hidup dan semua harta benda kita  merupakan milik Allah  dan wajarlah kita labur dengan penuh kebijaksanaan demi kemuliaan-Nya .   Doa: Ya Bapa yang di syurga, bimbinglah aku untuk menggunakan segala yang aku miliki hari ini dengan sebaik-baiknya. Jauhkanlah diriku daripada pengaruh-pengaruh yang tidak baik bagi masa depanku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Perancangan Demi Kepentingan Diri

    “Pengurus itu berkata kepada dirinya, ‘Apakah yang harus aku buat? Tuan aku hendak memecatku. Aku tidak kuat untuk mencangkul dan aku malu meminta sedekah.” Lukas 16:3 AVB   Pengurus itu mendapat tahu bahawa tuan harta benda itu akan memecatnya daripada mengurus harta bendanya. Maka pengurus itu mula berfikir di dalam hatinya tentang apa yang harus dibuatnya. Dia sedar bahawa dia tidak kuat untuk mencangkul dan dia malu untuk meminta sedekah. Betapa dia bimbang tentang kemelaratan hidup dan status sosialnya pada kemudian hari sehingga dia merancang untuk mengampu para penghutang tuannya. Oleh itu, dia  membuat persiapan untuk dirinya supaya apabila dia dipecat nanti daripada jawatan pengurus itu, dia ada ramai sahabat yang akan menerimanya ke rumah mereka.    Dia pun memanggil semua orang yang berhutang kepada majikannya. Dia berkata kepada orang  pertama, ‘‘Berapakah hutangmu kepada tuan aku?’’  Orang itu menjawab, ‘‘Seratus tong minyak zaitun.’’ Pengurus itu berkata, ‘‘Inilah kira-kiramu. Duduk dan tulislah lima puluh.’’  Dia berkata kepada seorang yang lain, ‘‘Berapakah hutangmu pula?’’ Orang itu menjawab, ‘‘Seratus pikul gandum.’’ Pengurus itu berkata, ‘‘Inilah kira-kiramu. Tulislah lapan puluh.’’ Semuanya ini dilakukannya dengan tujuan agar mereka semua  yang telah dikurangkan hutang akan menyambut dirinya ke rumah mereka apabila dia diberhentikan daripada jawatannya.   Akan tetapi, semua perancangan ini tidak menyenangkan hati Allah, bahkan tidak memuliakan nama-Nya. Sebab Allahlah yang berkuasa atas segala-galanya dan Dia mengetahui apa yang kita lakukan. Tidak ada satu pun perkara di dunia ini yang tersembunyi di hadapan-Nya. Dengan itu, kita harus berhenti daripada membuat perancangan yang tidak memuliakan Allah dan yang pada akhirnya akan membawa kita kepada kebinasaan dan kehancuran.   Jadi, sebelum perancangan jahat kita itu memusnahkan diri kita sendiri, bertaubatlah dan datanglah kepada Allah untuk bimbingan-Nya. Semoga Allah berkenan kepada jalan hidup kita dan memberkati setiap langkah kita.    Doa: Ya Bapa yang di syurga, ampunilah aku sekiranya aku membuat sesuatu perancangan dalam hidup ini yang tidak memuliakan nama-Mu. Tolonglah aku untuk mendengar suara-Mu dan mentaati Engkau. Ajarlah aku untuk bertaubat daripada segala niat  jahat. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Hidup Dalam Kebangkitan

    Oleh Pr Glenn Zedgar | UPC-KBM

  • Kita hanya Pengurus bagi Allah

    Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Seorang kaya mempunyai seorang pengurus untuk harta bendanya. Dia diberitahu bahawa pengurus itu memboroskan wang tuannya.” Lukas 16:1 AVB   Tuhan Yesus mengisahkan ibarat ini untuk menyedarkan dan mendorong murid-murid-Nya supaya mereka menjadi pengurus yang cerdik. Sebab semua sumber yang ada di dunia ini milik Allah. Oleh itu, mereka harus menjadi pengurus yang baik tanpa menyalahgunakan apa-apa sumber yang diamanahkan Allah kepada mereka. Sementara itu, orang Farisi sering kali mencemuh ajaran Yesus.   Seorang pengurus dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dan menyelenggarakan harta benda empunya dengan baik. Dia tidak memiliki harta benda tersebut tetapi dia boleh menggunakannya demi kepentingan dan keuntungan tuannya. Yang paling penting ialah seorang pengurus mesti taat setia berkhidmat untuk tuannya. Harta benda milikan tuannya mesti diurus dengan cara yang akan menyenangkan hati tuannya demi manfaat tuannya juga. Yesus memperingatkan murid-murid-Nya supaya tidak menjadi pengurus curang yang menggunakan milik tuannya untuk memuaskan kepentingan dan kesenangan diri.   Janganlah jadi seperti pengurus dalam ibarat Yesus yang diamanahkan oleh orang kaya untuk mengurus harta bendanya. Malangnya, dia terlupa bahawa dia cuma pengurus dan mula berlagak sebagai tuan dengan memboroskan wang yang dipercayakan kepadanya dengan sesuka hati . Oleh sebab pengurus tidak jujur dan setia terhadap harta benda tuannya, maka aduan telah dibuat kepada tuannya.   Apabila tuan pemilik harta benda mendengar aduan tentang pengurusnya yang tidak jujur dan setia, maka dia pun memanggil pengurus itu dan berkata kepadanya, ‘‘Apakah yang telah kudengar tentangmu?  Serahkan kira-kira yang lengkap bagi semua hartaku kerana kamu tidak boleh menjadi pengurus lagi.”    Bagaimanakah dengan diri kita selama ini? Apakah kita menjadi pengurus yang setia dan jujur kepada harta benda Allah? Sebab segala yang kita terima dan miliki dalam hidup ini kepunyaan Allah dan kita hanya pengurus yang diamanahkan-Nya untuk mengurusnya. Oleh itu, kita mesti mengurus semua pemberian Allah dengan sebaik-baiknya. Sekiranya kita tidak jujur  dan amanah, maka Allah akan mengambil balik apa yang telah dipercayakan kepada kita. Jadilah pengurus harta benda Allah yang sentiasa boleh dipercayai.   Doa: Ya Bapa yang di syurga, terima kasih kerana Engkau mengamanahkan aku dengan pelbagai kurnia dan pemberian. Ajarlah aku untuk menjadi pengurus yang setia, jujur dan bijak agar semua yang aku lakukan akan memuliakan nama-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.  Pr Patrick Taie

  • Doa Puji Harian

    Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia

  • Proses

    Oleh Pr Glenn Zedgar | UPC-KBM

  • Hak Keistimewaan dalam Allah tidak sekali-kali Berubah

    “Bapa itu berkata kepadanya, ‘Anakku, engkau ini sentiasa bersama ayah, dan segala milik ayah ialah milikmu.’ ” Lukas 15:31 AVB   Anak sulung sangat marah kerana  bapanya mengadakan jamuan besar-besaran untuk adiknya yang kembali dari negeri jauh setelah memboroskan harta bapanya dengan perempuan sundal. Apabila dia kehabisan segala wangnya, dia berani pula kembali.   Ketika mengetahui anak sulung tidak mahu masuk ke dalam rumah, maka si bapa yang lebih awal tadi berlari menemui anak bongsu juga keluar dari rumah yang dalam suasana suka ria untuk menemui anak sulungnya itu. Selepas anak sulung menghamburkan kata-kata yang menunjukkan dia amat tidak puas hati dan iri hati, si bapa memujuknya dengan berkata, “Anakku, engkau ini sentiasa bersama ayah, dan segala milik ayah ialah milikmu.”   Dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, si bapa terus memanggil anak sulung “anakku” yang menandakan bahawa anak sulung itu  tetap anaknya. Si bapa juga mengingatkan anak sulung tentang kedudukan istimewanya dalam keluarga. Di samping itu, semua sumber kewangan dan hak milik si bapa jugalah milik anak sulung. Dengan kata lain, anak bongsu yang telah menghabiskan bahagian harta pusakanya tidak sekali-kali menggugat atau mengancam status anak sulung. Bahagian harta pusakanya sebagai anak sulung dan pewaris si bapa tetap terjamin dan tidak sekali-kali akan berkurang sedikit pun.   Sebenarnya, anak sulung patut bergembira kerana adiknya itu telah mati dan hidup kembali; dia telah sesat dan ditemukan kembali.  Tindakan si bapa menerima adiknya kembali tidak bererti bahawa si bapa menolak anak sulung. Alangkah baiknya jika anak sulung turut membuka hati untuk mengampuni adiknya atas kesalahannya lalu memulihkan hubungan yang terputus dengannya, bersukacita bersama bapa mereka yang gembira dengan kepulangan adiknya dan melihat keluarga mereka bersatu hati semula.   Marilah kita bergembira dan bersukacita bersama-sama saudara kita yang kembali kepada Tuhan Yesus, tanpa khuatir tentang hak kita dalam Allah. Sebab hak keistimewaan kita terjamin dan langsung tidak akan berubah. Bergembira dan bersukacitalah apabila kita menyaksikan saudara kita memperoleh berkat penyelamatan.   Doa: Ya Tuhan Yesus, betapa aku bersyukur kerana belas kasihan, kasih kurnia dan anugerah penyelamatan-Mu yang tidak pernah berubah. Engkau tetap teguh dengan janji-Mu kepadaku. Aku berterima kasih kepada-Mu atas segala yang Engkau limpahkan kepadaku. Dalam nama-Mu yang agung aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

bottom of page