top of page

Cari

3267 results found with an empty search

  • DOA NECF Hari 18: Tiada yang Tersembunyi di Hadapan Tuhan

    Kitab Suci: Ibrani 4:13–16 Ayat-ayat ini mengingatkan kita bahawa tidak ada yang tersembunyi di hadapan Tuhan. Fikiran, perasaan, dan tindakan kita terdedah di hadapan-Nya. Ini adalah panggilan untuk hidup dalam ketaatan dan kejujuran, mengakui bahawa segala sesuatu telanjang di hadapan-Nya. Namun, kita seringkali tidak menyedari bahawa keMahaTahuan Tuhan seharusnya memberi kesan kepada tingkah laku seharian kita. Kita harus sedar bahawa Yesus, Imam Besar kita, tidak hanya berada di syurga, tetapi Ia juga memahami kelemahan dan pencubaan yang kita sentiasa hadapi di dunia. Dia telah mengalami dunia seperti yang kita alami (lihat ayat 15). Maka, berpegang teguhlah kepada imanmu dalam Imam Besar kita Yesus Kristus. Dia akan mengampuni kita, Dia ada untuk memberikan penghiburan dan kepastian. Pengakuan iman kita adalah satu cabaran untuk tidak mengubah atau mengurangkan kebenaran iman kita. Ia adalah dasar yang kukuh untuk kehidupan kita, membimbing kita dalam ketaatan kepada Tuhan (ayat 14). Mendekatlah kepada takhta kasih karunia-Nya. Kita diajak untuk mendekati takhta kasih karunia dengan keberanian. Keberanian yang dimaksudkan ayat ini adalah sinonim dengan iman kerana orang yang beriman pasti ada keberanian. Kita dapat melihat dalam keseluruhan bab 11 kitab Ibrani bagaimana pahlawan iman menghadapi situasi yang sukar dan seakan-akan mustahil untuk diselesaikan tetapi dengan iman mereka dapat menghadapinya dan menang. Kamu dan saya juga pasti dapat melakukan perkara yang sama, iaitu dengan iman. Hampirilah takhta kasih karunia-Nya dengan iman sebab di sana Imam Besar Agung kita telah bertakhta, daripada siapa kita menerima belas kasihan untuk membimbing perjalanan iman kita yang tidak tergoncangkan (lihat ayat 16). Doa: Tuhan Yesus, ajarilah kami untuk hidup dengan benar di hadapan Engkau, Sang Imam Besar dalam hidup kami. Kami berdoa biarlah Roh Kudus menguatkan iman kami agar kami tetap setia ketika kami menghampiri takhta Tuhan dengan pertaubatan. Biarlah belas kasihan-Mu mengalir berkelimpahan ketika kami mencari perlindungan dalam-Mu. Amin. Berdoa agar kerajaan cekap dalam membantu meminimumkan kos transformasi dan penerimaan, terutamanya dalam sektor pendidikan, seiring dengan inisiatif Digital Malaysia yang terus memacu pendigitalan merentas semua sektor kehidupan. Berdoa agar gereja di Malaysia memaksimumkan penggunaan teknologi untuk membantu kita menyampaikan Injil dengan berkesan dalam era digital. Rev Rion Anjangkal

  • Doa Untuk yang Cemas

    Ya Tuhan, Saya cemas mengenai masa depan saya. Saya risau sama ada saya benar-benar mampu melakukannya. Saya rasa seperti saya tenggelam dalam pemikiran negatif ini. Tetapi Tuhan, bantu saya mengingati kuasa-Mu. Gantikan kebohongan ini dengan kebenaran-Mu. Engkau adalah Bapa Yang Baik yang menginginkan yang terbaik untuk saya. Engkau adalah penghibur dan pelindung saya. Engkau akan menyelesaikan apa yang telah Engkau mulakan dalam diri saya, dan Engkau akan berjuang untuk saya. Bantu saya mempercayai-Mu dan menyerahkan kebimbangan ini kepada-Mu. Ya Tuhan, terima kasih kerana perjuangan ini sudah dimenangi. Dalam Nama Yesus, Amin. 🤍 "Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut.." 1 Yohanes 4:18

  • DOA NECF Hari 17: Sabat: Gambaran Fizikal Perhentian Allah

    Kitab Suci: Ibrani 4:7–12 Ayat-ayat ini membicarakan bahawa konsep perhentian tidak hanya terbatas pada hari Sabat mingguan, tetapi juga merupakan gambaran dari keadaan perhentian yang lebih dalam yang dapat dicapai melalui iman dan ketaatan kepada Tuhan. John Calvin, seorang ahli teologi Reformasi Protestan yang terkenal, berpendapat bahawa Sabat fizikal dari Perjanjian Lama telah dipenuhi dalam Kristus dan bahawa umat Kristian tidak lagi wajib untuk memelihara hari Sabat secara harfiah. Mat 12:8 menyatakan, “Karena Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat.” Calvin mengajarkan bahawa Kristus adalah Sabat yang sempurna, dan ketika seseorang memiliki iman pada Kristus, ia memasuki perhentian yang sejati. Tuhan benar-benar mahu kita masuk ke dalam perhentian yang Tuhan sediakan, sama seperti Tuhan berhenti dari pekerjaan-Nya pada hari ke-7. Mengapa? Bukan sebab Dia perlu berehat tetapi kerana Dia telah menunjukkan teladan kepada kita manusia agar berehat dari semua kesibukan duniawi dan masuk ke dalam perhentian yang Tuhan sediakan. Tugasan pekerjaan tak akan pernah habis tetapi tubuh jasmani kita boleh kehabisan tenaga jika tidak direhatkan. Asingkanlah masa untuk berehat bersama keluarga kamu, dan praktikkanlah Sabat dalam hadirat Tuhan supaya kita tidak jatuh kepada ketidaktaatan seperti yang telah dilakukan oleh bangsa Israel ketika mereka dipimpin oleh Musa. Saya percaya jika kita membiasakan diri kita masuk ke dalam perhentian Tuhan; berehat dari segala pekerjaan kita dan datang ke hadirat Tuhan, maka perjalanan iman kita takkan tergoncangkan - Jalan yang tidak tergoncangkan. Kerana Firman Tuhan seumpama pedang yang membimbing perjalanan rohani kita. Berusahalah untuk masuk ke perhentian yang lebih dalam melalui iman dan ketaatan kepada firman Tuhan, yang memiliki kekuatan untuk menyelami dan memahami fikiran dan hati manusia. Doa: Tuhan Yesus, ajarlah kami untuk benar-benar memahami erti perhentian-Mu. Berikanlah kami ketaatan kepada Firman-Mu, dan berikanlah kami perhentian yang telah Engkau janjikan ketika kami menyerahkan segala usaha kami kepada-Mu. Ketika menghadapi cabaran, ajarilah kami untuk mengucap syukur dan tetap berpaut teguh kepada-Mu. Amin. Berdoa agar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan terus mewujudkan infrastruktur dan kemudahan yang sesuai di kawasan luar bandar untuk meningkatkan kualiti hidup keseluruhan masyarakat luar bandar. Berdoa agar gereja masyarakat luar bandar membina jambatan untuk kerja-kerja Injil melalui usaha penjangkauan mereka, dan agar mereka menjadi kuat dalam pemuridan kanak-kanak dan remaja. Berdoa juga agar mereka mampan dari segi kewangan. Rev Rion Anjangkal

  • Komuniti Yang Menyembah

    Oleh Saudara Tama Eka Prasetya

  • Pengorbanan-Nya Telah Menyelamatkan Kita

    “…Dia sudah mengorbankan nyawa untuk membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, dan menjadikan kita milik-Nya sahaja, serta menjadikan kita rajin berbuat baik...” Titus 2:14 Paulus memberitahu kita tentang cara Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita yang berdosa pada hari ini. Dia, Tuhan, telah menyerahkan nyawa-Nya untuk dikorbankan bagi kita semua yang berdosa, agar kita yang berdosa ini dapat dibersihkan dan dibebaskan daripada segala kejahatan kita. Melalui pengorbanan-Nya di atas kayu salib, kita menjadi suci dan milik-Nya sendiri. Ingatlah, oleh kerana kasih karunia-Nya kepada kita, kita diselamatkan oleh-Nya daripada hukuman dosa kita melalui pengorbanan-Nya di atas kayu salib. Oleh itu, apabila kita menyerahkan hidup kita sepenuhnya kepada penguasaan-Nya melalui pertobatan dan menerima Yesus dalam hidup kita secara peribadi sebagai Tuhan dan penyelamat kita, kita menerima keselamatan bagi diri kita. Keselamatan yang ada dalam Yesus adalah percuma untuk kita, dan kita menerimanya dengan hanya menerima Yesus sebagai Tuhan ke dalam hidup kita secara peribadi. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, mengucap syukur atas pengorbanan-Mu di atas kayu salib. Melalui pengorbanan-Mu, saya diselamatkan daripada hukuman dosa. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • DOA NECF Hari 16: Jangan Ketinggalan

    Kitab Suci: Ibrani 4:1–6 "Okay, saya akan berada di sana sebelum jam 7 pm," jawab seorang pemuda yang berniat untuk menumpang van gereja yang ingin mengambilnya untuk ke gereja. Malangnya, dia tidak pernah muncul. Van gereja itu telah menunggu sehingga melepasi masa yang dipersetujui tetapi terpaksa meninggalkannya kerana perlu mengambil jemaah yang lain di tempat yang lain. Ayat 1 dalam Alkitab hari ini memberi amaran agar jangan ada di antara kita yang dianggap ketinggalan, seperti pemuda tadi kerana dia tidak menepati janjinya untuk muncul sebelum jam 7 pm. Kita juga boleh gagal memasuki perhentian-Nya. Tuhan telah berjanji dengan umat Israel melalui Musa bahawa Dia akan memimpin mereka masuk ke Tanah Perjanjian atau tempat perhentian (lihat ayat 3). Namun, berita baik ini tidak lagi membawa kepada kegembiraan kerana iman mereka tidak seiring dengan apa yang telah mereka dengar. Ibrani 4:2 menyatakan, “...tetapi firman pemberitaan itu tidak berguna bagi mereka, karena tidak bertumbuh bersama-sama oleh iman dengan mereka yang mendengarnya.” Ketidakpercayaan umat Israel terbukti melalui sikap mereka yang kuat merungut dalam pelbagai keadaan. Ketika tentera Firaun mendekati mereka, umat Israel mengadu kepada Musa (Kel. 14:11–12). Setelah melewati Laut Merah dan tiba di Marah, umat Israel mengeluh kerana air yang pahit (Kel. 15:22-24). Di padang gurun Sinai, ketika mereka kekurangan makanan, mereka merungut lagi dan merindukan makanan di Mesir (Kel. 16:2-3). Di Rafidim, ketika kekurangan air, mereka merungut lagi (Kel. 17:1-4). Akibatnya, mereka ketinggalan daripada memasuki Tanah Perjanjian. Hidup ini tidak selalu mudah atau indah. Keadaan dan cabaran hidup mungkin membuatkan kita berasa geram dan merungut, tetapi ketika berjalan bersama Yesus, Sang Raja Damai, kita akan tetap damai. Iman kita tidak akan goyah selagi dasar iman kita ada di dalam Yesus dan bukan pada dunia ini. Berwaspadalah, sahabat-sahabat, kuat merungut dan tidak percaya kepada janji Tuhan akan membuat kita ketinggalan, walaupun janji tersebut adalah masuk ke dalam perhentian-Nya. Doa: Tuhan Yesus, selaraskan hati dan iman kami agar tertumpu kepada-Mu, bukan pada dunia ini. Daripada kami merungut, bantulah kami untuk bersyukur apabila masalah dan cabaran datang. Teguhkanlah iman kami kepada-Mu dan bukan kepada keadaan dunia ini atau segala percubaannya. Amin. Berdoa agar Kementerian Ekonomi mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan juga membina daya tahan untuk sebarang krisis ekonomi masa depan yang tidak dijangka. Berdoa agar gereja yang mengalami kemerosotan dalam persepuluhan dan persembahan mereka akan mencari cara untuk membayar sewa, kemudahan, dan pekerja mereka, dan agar jemaah mereka akan dijamah oleh Tuhan untuk memberi dengan setia. Rev Rion Anjangkal

  • Hidup Dengan Rentak Tuhan

    Oleh Elder Ann Wan Kuan

  • Kita Diselamatkan Oleh kerana Anugerah-Nya

    “…Hal itu demikian, kerana Allah sudah menunjukkan rahmat-Nya untuk menyelamatkan umat manusia…” Titus 2:11 Paulus memberitahu kita bahawa oleh kerana kasih karunia Allah, kita diselamatkan oleh Tuhan. Anugerah Tuhan telah mengajar kita cara hidup yang sesuai dengan kehendak-Nya dan menjauhkan diri dari kejahatan yang sering dilakukan oleh dunia. Dengan anugerah-Nya, kita telah diajar bagaimana menjalani kehidupan kita di dunia ini, iaitu dengan hidup yang bijaksana, adil, beribadah, dan mengikuti jalan yang benar; dengan melayani-Nya dan meninggalkan segala kefasikan serta keinginan duniawi. Ingatlah bahawa kita diselamatkan oleh Tuhan Yesus daripada hukuman dosa, oleh kerana anugerah-Nya yang besar kepada kita. Dengan itu, kita harus terus melayani Dia dengan segenap hati, menyerahkan seluruh hidup kita kepada-Nya. Oleh kerana anugerah-Nya, kita hidup hari ini. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, mengucap syukur kepada-Mu atas kebaikan-Mu dan kasih-Mu. Ajar saya untuk terus bersyukur kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

  • DOA NECF Hari 15: Berpegang Teguh Sampai Akhir

    Kitab Suci: Ibrani 3:7-19 Walaupun telah dipanggil dan diberi keistimewaan untuk mewarisi Tanah Perjanjian, semua yang keluar dari Mesir mati di padang gurun kecuali Yosua dan Kaleb. Orang Israel kehilangan warisan mereka kerana mereka gagal berpegang teguh pada keyakinan mereka hingga akhir dan meninggalkan Tuhan yang hidup dengan hati yang jahat kerana ketidakpercayaan yang mengeras melalui tipu daya dosa (lihat Ibrani 3:12-14). Penulis Ibrani merujuk kepada ini kerana pembaca Ibrani juga telah melakukan kesilapan yang sama dalam meninggalkan iman mereka kepada Kristus dan kembali kepada kepercayaan Yahudi mereka yang lama. Mereka berisiko kehilangan keselamatan mereka dengan meragui pekerjaan Kristus yang telah lengkap di kayu salib dan kembali kepada kebenaran yang hanya berdasarkan Hukum Musa, yang hanyalah merupakan bayangan tetapi bukan jalan yang sebenarnya. Keselamatan itu pasti selagi kita berpegang teguh pada keyakinan kita hingga akhir. Namun, ia boleh hilang jika kita berpaling daripada Dia dan meninggalkan iman kita. Oleh itu, jika kita ingin mengekalkan keselamatan ini dan masuk ke takdir kekal kita bersama Kristus, kita mesti berpegang pada iman ini sehingga akhir. Dan jika kita telah menyimpang daripada iman kita, satu-satunya cara yang dapat menyelamatkan kita adalah dengan bertaubat dan kembali kepada-Nya. Dia tidak akan pernah menolak sesiapa yang bertaubat dan kembali kepada-Nya kerana Dia adalah Tuhan yang Setia. Betapa penuh belas kasihan dan baiknya Tuhan kita! Doa: Tuhan Yesus, saat kami memandang rendah kelemahan kami, kami memandang kesempurnaan-Mu. Kami tahu bahawa Engkaulah yang mengubah kami hari demi hari dengan kuasa kebangkitan-Mu dan kasih Roh yang memperbaharui. Pimpinlah kami untuk menghadapi godaan dan kesukaran dalam kehidupan supaya kami dapat berpegang pada nama-Mu sehingga nafas terakhir kami. Amin. Berdoa agar isu kemiskinan di kalangan masyarakat petani luar bandar seperti kekurangan tenaga kerja dan produktiviti serta kualiti yang rendah, ditangani dengan sewajarnya oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Berdoa agar Tuhan memberikan hikmat kepada banyak gereja dan organisasi Kristian yang terlibat dalam projek pertanian. Berdoa agar mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan negara dalam industri pertanian dan makanan dengan pengalaman dan kepakaran yang mereka peroleh. Rev Andy Chi

  • Komuniti Pendamai

    Oleh Pr Eddy Marson Yasir

  • Gunakanlah Kata-kata Bijak

    “…Gunakanlah kata-kata bijak yang tidak dapat dicela orang, supaya musuhmu malu kerana tidak dapat mengecam kita...” Titus 2:8 Paulus mengajar Titus bagaimana dia melayani atau mengajar golongan-golongan tertentu semasa dia melayani jemaah Kreta. Dia harus bijak menggunakan kata-katanya sewaktu mengajar, menasihat, atau menegur golongan-golongan tersebut agar pada suatu hari nanti, tidak ada orang yang akan mencela dan mempermalukan dirinya. Oleh itu, Titus haruslah bijak dalam menggunakan kata-katanya sewaktu mengajar dan melayani, kerana dengan berbuat demikian, dia dapat menyelamatkan dirinya daripada dipermalukan oleh orang-orang yang tidak menyukainya. Marilah kita berfikir dengan sedalam-dalamnya sebelum kita mengeluarkan kata-kata sewaktu mengajar dan menegur. Dengan bertindak demikian, kita dapat menyelamatkan diri kita daripada dipermalukan dan dicela. “…Berfikir dahulu, sebelum berkata…” Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, memohon hikmat dan bimbingan-Mu. Ajar saya untuk berfikir sebelum saya berkata-kata. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin. Pr Patrick Taie

bottom of page