top of page

(1) Penglibatan

(The Marketplace Encounter)

KPR 19:1-10 (AVB)

1 Sementara Apolos berada di Korintus, Paulus menjelajahi kawasan pedalaman lalu sampai di Efesus. Di situ dia bertemu dengan beberapa orang murid 2 lalu berkata, "Adakah kamu menerima Roh Kudus pada waktu kamu percaya kepada Yesus?"

Mereka menjawab, "Kami belum pernah mendengar pun tentang adanya Roh Kudus."

3 Paulus bertanya, "Kalau begitu, dalam baptisan apakah kamu dibaptiskan?"

Kata mereka, "Dalam baptisan Yohanes." 4 Paulus berkata, "Yohanes telah membaptiskan orang dengan pembaptisan taubat dan berkata kepada mereka bahawa mereka hendaklah mempercayai Dia yang akan datang selepasnya, iaitu Yesus."

5 Setelah mereka mendengar penerangan itu, mereka dibaptiskan dengan nama Tuhan Yesus. 6 Paulus meletakkan tangan di atas mereka lalu datanglah Roh Kudus menguasai mereka dan mereka semuanya bercakap dalam berbagai-bagai bahasa serta bernubuat. 7 Semuanya ada kira-kira dua belas orang.

8 Paulus masuk ke saumaah dan bercakap di situ dengan beraninya selama tiga bulan. Dia berbincang dengan orang di situ dan berusaha meyakinkan mereka tentang kerajaan Allah. 9 Akan tetapi, beberapa orang berkeras hati dan tidak mahu percaya malah memburuk-burukkan Jalan Tuhan di hadapan orang ramai. Oleh itu, Paulus meninggalkan mereka lalu membawa murid-murid Yesus bersamanya ke dewan syarahan Tiranus dan di situlah dia mengadakan perbincangan. 10 Hal itu berlaku selama dua tahun, hingga semua penduduk Asia, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, telah mendengar firman Tuhan.


Di dalam KPR 19, kita dapati Paulus sampai ke Efesus, satu bandar yang dikenali sebagai tempat yang memuji berhala. Apabila Paulus bertemu dengan beberapa orang murid, dia bertanya mereka samada mereka telah menerima Roh Kudus pada waktu mereka percaya kepada Yesus Kristus. Interaksi ini menjadi dasar untuk kita berbicara tentang misi di marketplace. Mari kita merenungkan kunci yang pertama : melakukan dengan sengaja tentang perhubungan dengan orang lain di tempat mereka berada (being intentional about engaging people where they are).


Paulus tahu bahawa marketplace adalah tempat yang strategik di dalam kita berhubung dengan orang dari latar belakang yang berlainan. Marketplace adalah hub aktiviti, di mana orang datang untuk membuat perniagaan dan perdagangan. Sama juga dengan kita, marketplace mewakili ruang di mana kita bekerja, melakukan business dan berinteraksi dengan orang lain setiap hari.


Kita dipanggil untuk dengan sengaja, melibatkan diri dengan orang lain di marketplace. Sama seperti apa yang Paulus lakukan. Tempat kerja kita adalah peluang untuk berkongsi kasih Kristus, untuk membawa harapan dan perubahan kepada mereka yang mungkin tidak ada peluang untuk mengalami Yesus Kristus sebelum ini. Marilah kita bersungguh-sungguh untuk melibatkan diri, mencari peluang untuk membina hubungan, dan berkongsi mesej keselamatan.


Doa: Bapa kami yang di syurga, buka mata kami untuk melihat marketplace sebagai ladang misi. Bantu kami untuk bersungguh-sungguh dalam interaksi kami, mencari peluang untuk berkongsi kasih Kristus dan memberi kesan yang berkekalan dalam kehidupan orang di sekeliling kami. Amen.


bottom of page