top of page

(2) Penyembah Sejati Perjanjian Baru

Yohanes 4:23-24 (AVB) 23 Akan sampai saatnya, malah sudah pun sampai, penyembah sejati akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; kerana Bapa menghendaki penyembah yang sedemikian. 24 Allah itu Roh, maka orang yang menyembah Dia harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran."



Yesus mengajar kita tentang penyembahan di dalam Alkitab di Yohanes 4. Yohanes 4, adalah berkenaan dengan perbualan di antara Yesus dan wanita Samaria. Yesus bertemu dengan wanita Samaria tersebut di perigi Yakub.


Wanita Samaria tersebut berbicara tentang lokasi fizikal pusat penyembahan yang benar - samada di Yerusalem atau Samaria. Yesus menukar perbualan tersebut kepada arah yang lain. Penyembahan yang sejati tidak lagi berkenaan dengan lokasi, tetapi berkenaan dengan kondisi, hati kita. Kondisi hati kita akan menyebabkan penyembahan kita diterima oleh Tuhan atau tidak.


Ayat 23, Kita lihat di sini saudara, akan sampai masanya, untuk kita menyembah di dalam roh dan kebenaran. Maksudnya, dari Adam sampai ke saat itu, tidak ada seorang pun yang boleh menyembah Tuhan di dalam roh. Manusia, adalah “Body, Soul and Spirit” - Jasad, Jiwa dan Roh


Jadi di dalam perjanjian lama, umat Tuhan hanya boleh menyembah dengan jasad dan jiwa mereka.

  1. Dengan Jasad - Tubuh

    1. Bertepuk Tangan, Menyanyi dengan suara

    2. Mengangkat Tangan, Melutut, Bersujud dsb

  2. Dengan jiwa pula

    1. Mereka menyembah Tuhan dengan minda, Dengan emosi, Dengan perasaan dsb.

Mereka tidak boleh menyembah Tuhan di dalam Roh! Kerana satu lagi bahagian manusia, iaitu roh, tidak boleh menyembah Tuhan dalam Roh.


Mengapa Yesus mengatakan, “saatnya akan tiba”, untuk kita menyembah di dalam roh dan kebenaran. Saat yang akan tiba … bermaksud saat semasa hari Pentakosta. Di mana Roh Tuhan turun ke atas mereka yang percaya untuk membolehkan manusia, pada hari pentakosta menyembah Tuhan di dalam Roh dan kebenaran.


Tetapi, Yesus juga mengatakan, “malah sudah pun sampai”. Maksudnya, permulaannya sudah tiba, kerana Yesus sudah ada bersama dengan mereka.

Yesus adalah manusia yang pertama yang menyembah Tuhan di dalam Roh dan Kebenaran, dan Yesus membuka jalan untuk kita untuk menyembah di dalam Roh dan Kebenaran. Yesus adalah kebenaran. Yesus akan mengutuskan Roh Kudus kepada kita.


Kita semua adalah penyembah perjanjian baru New Covenant Worshipper yang akan menyembah Tuhan di dalam ROH dan KEBENARAN.


Sebagai penyembah perjanjian baru di marketplace, kita boleh bergantung kepada Roh Kudus di dalam kita melakukan ibadah di tempat kerja kita. Ibadah kita adalah "lifestyle" kita di marketplace.





bottom of page