top of page

(4) Masa Penentuan Tuhan

(Praying for Divine Appointments)

“Malaikat Tuhan berkata kepada Filipus, "Bangkit dan pergilah ke arah selatan di jalan antara Yerusalem dengan Gaza. Sekarang tempat itu lengang."”

(‭‭Kisah Para Rasul‬ ‭8‬:‭26‬ ‭AVB‬‬)


Renungan : Apa yang perlu kita lakukan di Marketplace ialah untuk kita memupuk hati untuk berdoa. Kita minta masa penentuan Tuhan (Divine Appointment) di dalam kita melakukan misi di tempat kerja kita.


Sama seperti malaikat Tuhan memimpin Filipus, kita juga harus percaya bahawa Tuhan akan memimpin kita kepada mereka yang harus mendengar Injil. Melalui doa, kita sedar bahawa kebergantungan kita adalah kepada Tuhan. Tuhan akan memimpin dan masuk campur di dalam kita menjalankan amanat agung dan pada masa yang sama Tuhan juga akan masuk campur di dalam kehidupan mereka yang mencari.


Doa tidak seharusnya terbatas dengan mencari peluang untuk mengongsikan Berita Baik tetapi juga peluang untuk menunjukkan kasih Kristus melalui perbuatan baik, perbuatan kasih dan pelayanan. Kita doakan untuk masa penentuan Tuhan untuk kita memberikankan peluang yang tepat untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan.


Di dalam kita berdoa untuk penentuan masa Ilahi, kita juga bersyafaat untuk rakan sepekerjaan kita, pelanggan kita dan pembekal kita. Kita minta untuk Tuhan melembutkan hati mereka, meruntuhkan batasan rohani dan minda mereka. Supaya mereka lapar dan dahagakan akan perkara rohani di dalam hidup mereka. Kita doakan untuk penyelamatan dan pertumbuhan rohani mereka dan semoga mereka akan mengalami kuasa transformatif Injil yang kita beritakan.


Lebih daripada itu, mari juga kita mendoakan untuk misionari dan penginjil yang aktif mengongsikan berita baik kepada mereka yang di Marketplace. Mari kita doakan supaya mereka berani, bijak dan untuk perlindungan mereka. Kita doakan supaya ada pintu uang terbuka untuk mereka memberitakan Injil untuk mereka yang memerlukan. Supaya mereka akan mendapat perkenanan dengan mereka yang di marketplace.


Tuhan adalah orkestrator yang muktamad tentang masa penentuan Ilahi. Kita bergantung kepada masa dan rancangan Tuhan, walaupun apa yang berlaku tidak selaras dengan ekspektasi kita. Marilah kita berani melangkah dalam iman dengan pimpinan Roh Kudus.


Doa : Allah bapa, kami datang kepada-Mu dengan hati yang berdoa, mencari masa penentuan Ilahi di marketplace. Buka mata dan telinga kami untuk mengenali peluang yang Engkau hadirkan di hadapan kami. Berikan kami kebijaksanaan untuk mengetahui bila untuk bercakap, bila untuk mendengar, dan bila untuk bertindak. Lembutkan hati mereka yang berinteraksi dengan kami, meruntuhkan halangan rohani dan mewujudkan rasa lapar akan kebenaran. Gunakan kami sebagai alat kasih dan belas kasihanMu. Kami berdoa untuk missionari dan penginjil di marketplace, agar Engkau memberi mereka keberanian, kebijaksanaan, dan perlindungan. Semoga kehendak-Mu dilakukan kerana kami akan percaya kepada masa dan rancangan-Mu yang sempurna. Dalam nama Yesus, amen.



bottom of page