
Markus 16:15-16
Pergilah keseluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk. Siapa yang percaya dan dibapis akan diselamatkan.
Gereja mempunyai tugas yang besar membawa berita baik untuk memberi impak kepada bangsa-bangsa dan merupakan perantaraan Nya yang utama bagi tugas ini. Gereja di Malaysia berada dalam kedudukan yang strategik untuk menjangkau bangsa dari pelbagai budaya di negara ini. Tubuh Kristus yang membentuk gereja di Malaysia adalah sebuah perseketuan yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya.
Gereja perlu mentaati Amanat Agung untuk memberi impak kepada jiwa- jiwa di tempat kerja dan yang tinggal bersama dengan kita kerana ramai di antara menderita dengan kesunyian, ketakutan dan amat memerlukan kasih dan persekutuan.
Renungan
Sejauh mana kita telah melakukan Amanat Agung ini? Kalau belum mulakan waktu kita punya kesempatan ini.
Perkara Doa
Mohon pengampunan terhadap sikap merasa puas dan kegagalan kita untuk menjangkau orang yang kita jumpa dalam kehidupan seharian kita.
Berdoa untuk pengampunan kerana walaupun kita ada karunia bertutur lebih dari satu bahasa, kita tidak dapat menjangkau orang -orang dari pelbagai etnik yang kita temui setiap hari dengan keprihatinan.
Berdoa agar kita mempunyai niat untuk meluangkan masa beberapa minit setiap hari untuk menjangkau sekurang- kurangnya satu daripada orang ramai yang kita jumpa setiap hari dengan keprihatinan.
Berdoa agar kita dapat mengadakan kumpulan doa yang kecil di tempat kerja di rumah dan sekolah kita serta melakukan doa sambil berjalan di taman perumahan kita.
Denis
Comments