top of page

Berdoa Dalam Kehendak Tuhan Yang Sempurna


Bacaan Alkitab : Matius 6 :5-15


“Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang”. Matius 6:7

Kata kunci yang harus difahami dalam matius 6:7 ialah, “jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna”. Dalam terjemahan alkitab yang lain, ini diertikan sebagai kata-kata yang diulang-ulang dengan tujuan supaya orang melihat bahawa begitu panjang doa itu lalu dipuji orang kuat berdoa. Tuhan Yesus menegah doa yang sedemikian.Berdoalah “straight to the point”, sebab sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita mahu doakan.


Bahan Doa

1. Doakan ahli mesyuarat tertinggi tiga wilayah SIB/BEM.Doakan supaya melalui mereka, Tuhan akan terus memberikan hikmat kepada mereka untuk berkerjasama dengan Majlis Executive di kesemua wilayah masing-masing.

2. Doakan kesatuan pemimpin-pemimpin tertinggi kesemua wilayah SIB/BEM supaya apapun yang mereka rencanakan dapat dilaksanakan sesuai dengan tuntunan Roh Allah.

3. Doakan supaya melalui pemimpin tertinggi ketiga wilayah ini, gereja peribumi ini akan terus bertumbuh dan menjadi matang malahan menjadi terang bagi dunia di Malaysia dan kepada dunia.


Doa Puasa Kebangsaan 31 Hari, Sidang Injil Borneo (SIB/BEM)

(Sabah, Sarawak, Semenanjung)


bottom of page