Berdoa dan Bersedia
- Aug 7
- 2 min read
Updated: 7 days ago

Berjalan dalam Kerendahan Hati - Hari 1
Ayat Fokus: Amsal 22:4
Shalom semua kanak-kanak dan remaja Malaysia! Renungan 40 Hari Berpuasa dan Berdoa 2026 ini adalah untuk kamu! Saya harap kamu semua telah berjalan dalam takut akan Tuhan (yang merupakan tema tahun lepas) dan menikmati kehadiran serta persahabatan-Nya. Tahun ini, kita akan melihat apa maksudnya untuk BERJALAN DALAM KERENDAHAN HATI sambil kamu juga berjalan dalam takut akan Tuhan.
Setiap hari, kamu akan melihat “Ayat Fokus.” Pastikan kamu membacanya kerana ia membantu kamu memahami dengan lebih baik apa yang disampaikan. Luangkan masa untuk berbuat demikian, dan berdoalah sebelum kamu bermula untuk meminta Tuhan menunjukkan apa yang Dia mahu kamu pelajari pada hari itu.
Kamu juga boleh menulis dalam jurnal apa yang Yesus katakan kepadamu. Apabila hari demi hari berlalu, kamu akan dapat melihat kembali dan menyegarkan perjalananmu, langkah demi langkah.
Adakah kamu suka hadiah dan ganjaran? Tahu tak apakah ganjaran bagi kerendahan hati? Kamu akan semakin memahami jawapannya sepanjang empat puluh hari akan datang, tetapi buat masa sekarang, bacalah dan hafalkan Amsal 22:4 sebagai permulaan.
Renungkan: Temukan ganjaran berjalan dalam kerendahan hati bersama Tuhan.
DOA
Bapa di syurga, terima kasih untuk satu lagi waktu yang istimewa untuk bertumbuh lebih dekat dengan-Mu melalui penemuan makna berjalan dalam kerendahan hati dan dalam takut akan Tuhan pada masa yang sama. Bantu saya supaya konsisten dan serius semasa saya berjalan langkah demi langkah bersama-Mu. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
Gereja
Berdoa agar kita akan bersikap baik dan sabar terhadap ibu bapa serta rakan-rakan di sekolah dan di gereja. Semoga kita belajar untuk menyebut “tolong” apabila meminta sesuatu; “terima kasih” ketika menerima sesuatu, dan “minta maaf” apabila kita melakukan kesilapan.
Bangsa
Semoga rakyat Malaysia saling mengambil berat dan melayani satu sama lain sebagai sahabat, walaupun warna kulit kita berbeza, kita bertutur dalam bahasa yang berbeza di rumah, dan merayakan perayaan yang berbeza.




Comments