top of page

Berdoa Untuk Gereja


Ayat firman Tuhan:

Matius 5:13 (AVB) “Kamu ialah garam bumi. Jika garam menjadi tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang.

Markus 9:50 (AVB) “Garam itu baik, tetapi jika menjadi tawar, bagaimanakah garam dapat dimasinkan semula? Adakanlah garam pengukuh dalam dirimu, dan hiduplah rukun damai sesamamu.”

 

Perkara Doa: 1. Sepakat berdoa untuk gereja sebagai garam bumi 2. Sepakat berdoa untuk gereja sebagai pendamai


 

Doa:


Bapa kami di syurga, terpujilah Engkau Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub. Allah kami juga. Pagi ini, kami kembali mendekat kepada-Mu dan bersyukur sebab Engkau baik ya Bapa. Rahmat-Mu baru setiap hari. Kasih setia-Mu dan kasih kurnia-Mu, kami nyanyikan pada waktu siang dan pada malam hari juga. Terima kasih kerana Engkau menempatkan kami di bumi sebagai garam bumi dan juga pendamai. Bapa, kerajaan-Mu datanglah dan terlaksanalah kehendak-Mu di bumi, dalam jemaah-Mu seperti di syurga. Bapa, tolonglah kami sebagai jemaah-Mu yang berperanan dan berfungsi di buni sebagai garam rohani. Kehendak-Mu adalah supaya kami menjadi berkat di tengah-tengah dunia atau bumi yang sedang membusuk dengan kejatuhan moral dan kehidupan tanpa kasih. Bapa, saat kami membaca dan merenungkan firman-Mu, biarlah firman-Mu, kuasa firman-Mu memenuhi hati dan pikiran kami agar selaras dengan kehendak-Mu. Biarlah garam firman-Mu menggarami kami sehingga rasa masin itu dirasai oleh persekitaran di mana kami bermastautin, bekerja dan bersekolah dan sebagainya. Bapa, biarlah kami seperti garam yang tadinya terlihat namun bilamana bercampur dengan bahan mentah seperti daging atau ikan, ianya tidak kelihatan lagi namun pengaruhnya terbukti sebagai pengawet kepada kebusukan. Bapa, tolong kami melakukan ibadah doa yang tersembunyi, berpuasa tanpa diketahui oleh orang lain dan bersedekah amal secara diam-diam namun pengaruh garam rohani kami membawa impak rohani yang besar kepada kejiranan, komuniti, masyarat, kampung, pekan, badar, kota, negeri dan negara di mana kami berada. Bapa, kami rindu menjadi berkat kepada dunia sekalipun tiidak terlihat seperti garam yang telah menyerap.


Bapa, biarlah jemaah-Mu menjadi pendamai di bumi ini. Engkau tahu ya Bapa, kasih kebanyakan orang telah menjadi dingin oleh kerana kedurjanaan semakin meningkat. Jusetru itu berlakunya kejahatan, perpecahan dan permusuhan Oleh itu ya Bapa, kami mohon, Roh-Mulah yang berkuasa mencurahkan kasih-Mu dengan lebih lagi dalam hati kami supaya kami mengasihi-Mu dan mengasih sesama kami manusia. Tolonglah jemaah-Mu menjadi pembawa damai dan pendamai di tengah-tengah sesentiviti agama dimainkan dan api perkauman dinyalakan. Biarlah rasa masin rohani jemaah-Mu tetap bertahan dan bukannya menjadi tawar. Engkau tahu ya Bapa, kami tidak akan berguna dan berfungsi lagi dalam dunia ini bila rohani kami menjadi tawar.


Bapa,biarlah kami beroleh kasih kurnia-Mu sehingga kehadiran kami di bumi ini menjadi pendamai, suka kehidupan yang rukun damai dengan sesama manusia. Jauhlah kami dari sikap bermusuh, membenci dan berdendam. Kami mengampuni mereka yang bersalah kepada kami, yang telah memperlakukan kami dengan tidak adil, memfitnah kami dan menganiaya kami. Kami mengasihi mereka, melepaskan pengampunan dan memohon berkat bagi mereka. Kiranya mata hati menjadi terang dan melihat kemuliaan Injil-Mu, mengenal Yesus Kristus Tuhan dan penyelamat. Kiranya melalui pekerjaan, mereka akan bertemu dengan-Mu dan mengalami Tuhan dalam hidup mereka. Diberkatilah mereka dan keliuarga mereka. Bagi kami pula, kami perlu anugerah-Mu untuk dapat menjalani hari ini dalam perlindungan-Mu. Terpujilah nama-Mu, dalam nama Yesus, amin.

Pr Hamjah @ Hamzah Sabin

2 ความคิดเห็น


Lizawati Saran
Lizawati Saran
21 มี.ค. 2566

Amin!

ถูกใจ

AWK
AWK
21 มี.ค. 2566

🙏🏼

ถูกใจ
bottom of page