top of page

Berdoa Untuk Keluarga


Dasar Firman Tuhan:

Efesus 6:1-4 “…. Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. 2-3 “Hormatilah ibu bapamu” adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: “supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi.” 4 Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.


 

Fokus Doa Keluarga:

1. Hubungan diantara ibubapa dan anak-anak erat

2. Ibubapa memiliki hikmat dan kebijaksanaan dalam membangun anak-anak


 

Doa:

Bapa kami yang berada di Surga, Allah pencipta langit dan segala isinya, kami datang kepadaMu, dan membawa setiap keluarga-keluarga yang ada didalam gerejaMu pada hari ini ke dalam tanganMu yang mahakuasa.


Kami berdoa untuk hubungan diantara ibubapa dan anak-anak, Tuhan tolonglah ibubapa supaya memiliki hikmat dan kebolehan didalam mengajar dan menasihat anak-anak mereka, semasa dirumah dan diluar rumah. Agar pergaulan diantara mereka kekal akrab dan intim sentiasa. Berilah kata-kata yang mudah diterima oleh anak-anak sehingga anak-anak menghormati ibubapa mereka.


Kami berdoa agar Tuhan membuka mata rohani anak-anak untuk melihat pentingnya mereka untuk menaati ibubapa mereka. Bukakan hati mereka untuk menerima setiap nasihat dan ajaran daripada ibubapa mereka. Berkatilah pergaulan mereka dengan kasih dan damai daripadaMu, agar keadaan dirumah sentiasa aman dan damai.


Tuhan ampunilah ibubapa yang mungkin telah menyakit hati anak-anak mereka dengan kata-kata yang keluar daripada mulut mereka atau tingkahlaku yang tidak baik. Perasaan anak mereka yang terluka dan tersinggung Engkau pulihkan dan sembuhkan. Agar hubungan mereka akan dipulihkan kembali menurut kehendakMu.


Tuhan tolonglah ibubapa agar memiliki kesabaran didalam mendidik anak-anak mereka sewaktu mereka dirumah dan diluar rumah. Agar pengajaran dan didikkan mereka akan menyebabkan hubungan ibubapa dengan anak-anak tetap baik dan akrab. sehingga anak-anak merasakan aman sewaktu berada dirumah.


Dengan ini kami memohon kepadaMu ya Tuhan agar Engkau memberkati setiap hubungan diantara ibubapa dengan anak-anak mereka dengan kasih dan damai. Ikatkan mereka dengan kebenaran FirmanMu setiap hari, agar segala rencana kuasa-kuasa yang jahat yang ingin menghancurkan hubungan diantara ibubapa dan anak-anak dipatahkan. Sebab Engkau bersama-sama dengan mereka.


Dengan itu kami berdoa dan menyerahkan semua doa ini ke dalam nama Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus, amin.


Pr Patrick Taie


コメント


bottom of page