top of page

Bertumbuh dalam Kristus


Yosua 1:8

'Kitab Suci Taurat ini tidak akan lekang daripada mulutmu, tetapi hendaklah engkau merenungkannya siang dan malam, supaya engkau berhati-hati melakukan segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian perjalananmu akan beruntung dan engkau akan berjaya.'


Kita mesti mempunyai kehidupan Kristian yang berkembang, iaitu mengekalkan dan meningkatkan kualiti kehidupan rohani kita mengikut kehendak Tuhan. Terdapat ramai orang percaya yang mempunyai pendapat yang salah tentang agama Kristian, mereka menganggap bahawa hanya percaya kepada Tuhan sudah memadai; walaupun sudah terlibat dalam sesebuah pelayanan, ia dikira pencapaian terbaik. Tetapi sebenarnya apa yang Tuhan kehendaki selepas kita percaya, dibaptiskan dengan air dan Roh Kudus (supaya kita menjadi saksi-Nya) adalah untuk berkembang menjadi kematangan rohani.


Marilah kita tetap setia dalam penyembahan, doa, membaca Firman Tuhan, dan melayani; walaupun masih banyak masalah atau isu yang belum terselesaikan, kerana Firman Tuhan berkata "Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu."


renungan:

“Marilah kita mengenal TUHAN, mari kita berusaha keras demi mengenal Dia. Sepastinya fajar, Dia akan menyatakan diri-Nya dan datang kepada kita seperti hujan, seperti hujan akhir musim yang membasahi bumi.” (Hosea 6:3).


Bahan Doa:

  1. Berdoalah agar anak-anak muda akan terus diberikan hati yang bersemangat dan gembira untuk berkhidmat kepada Tuhan di mana sahaja mereka berada.

  2. Berdoalah untuk anak-anak muda yang hatinya mulai luntur dalam beriman dan bertawakkal kepada Tuhan, agar mereka terus dikuatkan, diteguhkan, dan beriman dalam mencari wajah Tuhan.

  3. Berdoalah untuk orang muda, supaya mereka akan terus menjadi saksi Kristus dan bekerja dalam melayani orang muda yang masih tidak mengenal Tuhan.


Sandy

Comments


bottom of page