top of page

Biarlah Orang Tahu Dia hanya TUHAN


“…Biarlah mereka tahu bahawa hanya Engkaulah TUHAN, Yang Maha Tinggi di seluruh bumi!....” Mazmur 83:19


Mazmur ini menceritakan tentang penghinaan yang dilontarkan oleh musuh-musuh pemazmur yang ingin menghancurkan dirinya. Dimana semua musuh-musuhnya bersekongkol dengan bangsa-bangsa jiran mereka melawan bangsa Israel.


Oleh kerana keadaan yang sangat membahaya, menakutkan dan menekan yang sedang dilalui oleh pemazmur pada saat ini, telah mendorong dirinya untuk mengajukan segala permohonan dan permintaannya kepada Tuhan. sebab dia tahu bahawa Tuhan sahaja yang dapat menolong dirinya daripada keadaan yang dia sedang lalui saat ini.


Dengan itu pemazmur bangkit memohon kepada Tuhan supaya hadir ditengah-tengah umat-Nya yang sedang disakiti dan diancam. Dia berkata kepada Tuhan “…Ya Tuhan, janganlah membisu; janganlah diam sahaja! Lihatlah! Musuh-Mu memberontak, dan orang yang membenci Engkau melawan. Mereka membuat rancangan licik melawan umat-Mu; mereka berkomplot menentang orang yang Engkau lindungi. (ayat 2-4)


Pemazmur memohon kepada Tuhan untuk menolong mereka melawan para musuh-musuhnya kerana dia mahu agar para musuh-musuhnya tahu siapa Tuhan yang bersama-sama dengan mereka. Inilah tujuan pemazmur datang kepada Tuhan untuk pertolongan agar musuh-musuhnya tahu bahawa hanya Dia TUHAN, Yang Maha Tinggi di seluruh bumi!.


Oleh itu marilah kita meneladani pemazmur sewaktu melalui keadaan yang sangat sukar didalam kehidupan kita pada hari ini. Pemazmur menginginkan agar orang yang membenci, mengancam dan menganyiahkan dirinya tahu siapa “…Tuhan yang dia sembah..”.


Bagaimana dengan diri kita sewaktu kita melalui keadaan yang sangat sukar dalam hidup kita pada hari ini? Apakah yang anda mahu orang membenci, memfitnah dan mengancam diri kita tahu didalam hidup kita? Apakah anda mahu orang mengenal Tuhan yang anda semabah atau sebaliknya.


Marilah renungkan diri kita apa yang keinginan yang ada didalam hati anda hari ini


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan dan bimbingan daripadaMu, agar dalam segala keadaan yang saya lalui saya sentiasa menginginkan mereka mengenal diriMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page