top of page

Budak Perempuan yang Berdoa

Sep 11
2 min read

Penyataan Kerendahan Hati dalam Gereja - Hari 36

Ayat Fokus: Filipi 2:1 dan 2, dan Yesaya 65:24


Dr. Helen Roseveare merupakan seorang doktor misionaris di Congo, Afrika, sebuah tempat yang sangat berbahaya kerana perang yang menakutkan sedang berlaku. Pada suatu hari, pemberontak menangkapnya dan memperlakukannya dengan sangat kasar. Mereka bahkan mahu membunuhnya.


Tetapi penduduk di sana sangat menyayanginya sehingga mereka memanggilnya "Mama Luca." Mereka mempertahankannya dan akhirnya dia dibebaskan.


Mama Luca membina dua buah hospital dan pusat latihan jururawat yang kemudiannya dimusnahkan, tetapi dia berjaya membina hospital ketiga yang kekal bertahan. Dia juga membina sebuah rumah anak yatim.


Pada suatu hari, seorang bayi perempuan dilahirkan terlalu awal. Bayi itu perlu dipanaskan, tetapi satu-satunya botol air panas di tempat itu telah pecah! Mama Luca mengumpulkan semua orang untuk berdoa, termasuk kanak-kanak di rumah anak yatim. Seorang budak perempuan mempunyai iman untuk meminta Tuhan menghantar botol air panas pada petang itu juga! Ia kelihatan mustahil kerana mereka berada di tengah-tengah hutan. Lagipun, siapakah yang akan terfikir untuk menghantar botol air panas ke tempat yang sebegitu panas?


Beberapa jam kemudian, sebuah bungkusan tiba dari England, jauh merentasi lautan. Apabila dibuka, mereka menemui ubat-ubatan dan – tepat seperti apa yang mereka minta – sebuah botol air panas yang baharu! Roh Kudus telah mempersiapkan pengirim di England untuk menghantarnya, dan juga menyediakan budak perempuan itu untuk mendoakan perkara yang sama dalam kebergantungan dan kerendahan hati. Akhirnya, semua orang mengucap syukur kepada Tuhan dengan sukacita yang besar!


Dalam versi lain Filipi 2:1 dan 2, terdapat frasa "keakraban dalam Roh" dan "persekutuan bersama dalam Roh". Persekutuan atau perkongsian bersama bermaksud setiap orang yang percaya kepada Yesus Kristus memiliki Roh Kudus. Apabila kita mengambil bahagian, seperti seorang ahli pasukan, kita juga menunjukkan ungkapan kerendahan hati.


Renungkan: Pengikut Yesus Kristus boleh mengambil bahagian dalam Roh Kudus.


DOA

Abba Bapa, saya sangat bersyukur kerana Engkau mengetahui apa yang kami perlukan sebelum kami memintanya. Engkau sudah pun mempunyai jawapan untuk kami. Engkau telah melakukan perkara yang menakjubkan bagi bayi di Congo itu kerana seorang budak perempuan telah berdoa. Berikanlah saya iman yang sama supaya saya dapat mengambil bahagian dalam Roh Kudus-Mu.


Gereja

Abba Bapa, semoga semua gereja kami terhubung dengan kuasa Roh Kudus-Mu, agar kami benar-benar bersatu. Dalam nama Yesus, amin.


Bangsa

Tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia, semoga semua rakyat Malaysia dapat bekerjasama untuk menjadikan slogan – Malaysia, Truly Asia – satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi para pelawat.

Comments


bottom of page