top of page

“Diam bersamaNya”



‘Anak itu kelihatan seperti mayat sehingga semua orang berkata, “Dia sudah mati!”’ (Markus 9:14-32, ayat 26).


Renungan:

Kita harus sedar tentang kepentingan untuk berpegang teguh pada iman. Ini bermakna kita mungkin bersendirian dalam hidup kita. Oleh itu, perkara seterusnya yang ingin kita mempertimbangkan adalah kerelaan untuk menjadi minoriti.


Firman Tuhan menjelaskan bahawa para pahlawan iman ialah lelaki dan perempuan yang rela menjadi minoriti. Dalam pembacaan kita hari ini, kita mendapati Yesus mengusir roh jahat daripada seorang budak lelaki. Sebelum roh itu keluar daripada badannya, budak itu berguling-guling dan kelihatan seperti mayat. "Kebanyakan orang berkata, 'Dia sudah mati!'" (ayat 26, Moffatt). Perhatikan ayat "kebanyakan orang". Sekiranya ada undian, keputusan mereka ialah budak itu sudah mati dan harus dikuburkan. Namun, kebenaran itu ada di kalangan minoriti, iaitu Yesus menukar keadaan budak itu daripada kelesuan kepada kesihatan.


Selepas menjadi orang percaya, Gladys Aylward, seorang pembantu rumah di London, percaya bahawa Allah ingin menghantar beliau ke negara China. Walaupun ditolak oleh sebuah persatuan misi, beliau tetap yakin dengan panggilan Allah. Pada tahun 1932, beliau berangkat ke China secara bebas dan memberitakan khabar baik kepada orang di sana. Apabila tentera Jepun menyerang, beliau memimpin berpuluh-puluh kanak-kanak pelarian ke tempat yang selamat. Beliau menulis dalam suratnya: "... jika kamu yakin dengan panggilan Allah ke negara China atau tempat lain, jangan biarkan apa-apa menghalangimu.”


Anda tidak akan bertumbuh secara rohani sehingga anda rela menolak pendapat majoriti. Apabila Yesus berada seorang diri di Taman Getsemani, murid-muridNya dekat kepadaNya. Pada masa yang sama, ada sejumlah besar orang yang dihantar oleh Imam Besar dan para tua-tua lebih jauh dariNya. (Matius 26:47). Apabila di kalangan orang ramai, kamu mungkin akan terasa diri berada paling jauh dari Yesus. Sebagai orang percaya, kita harus berdiam bersamaNya.


Ayat Rujukan:

Bilangan 13:26-14:4, 23-24;

Yohanes 6:61-69


Doa:

Ya Allah, selidiki dan lihatlah jika ada ketakutan atau kelemahan yang tersembunyi dalam hatiku. Singkirkanlah supaya tidak menjangkiti seluruh rohaniku. Bebaskan aku daripada kebimbangan menjadi minoriti dalam kehidupan saya. Dalam nama Yesus aku berdoa. Amin.


Rev. Gerawat Maran

Comments


bottom of page