DOA KEBANGSAAN HARI KE 12: Berdoa adalah cara hidup orang Kristian
- 4 hours ago
- 2 min read

Bacaan Alkitab: 1 Tesalonika 5:16-18
“Hendaklah kamu senantiasa bersukacita, dan berdoalah senantiasa. Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus”. Salah satu daripada kesalahan tentang pengertian doa ialah, apabila ada yang berfikiran atau berpandangan bahawa berdoa ialah karunia khusus. Berdoa itu bukan karunia khusus tetapi cara hidup orang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus. Menjadi pendoa syafaat bukan hanya untuk orang tertentu tetapi untuk semua orang kristian.Doa tidak sesekali menjadikan seseorang menjadi “super kristian”, tetapi doa akan menjadikannya lebih akrab@intim dengan Allah. Kewujudan kumpulan-kumpulan tertentu yang tampil sebagai pendoa-pendoa syafaat tidaklah menjadi suatu masalah, tetapi jika itu menjadikan mereka berfikir mereka lebih baik daripada orang lain tentang berdoa, atau doa mereka lebih didengar Allah berbanding orang lain, apalagi jika itu menjadikan mereka lebih “exclusive” dan akhirnya membawa kepada kesombongan rohani, maka itu adalah suatu masalah dalam gereja.
BERDOA BUKAN KARUNIA KHUSUS! TETAPI CARA HIDUP ORANG PERCAYA
Pembacaan dalam 1 tesalonika 5:16-18 mengajar kita tentang cara hidup orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus. Terdapat tiga perintah yang menjadi cara hidup orang kristian dalam ayat ini, iaitu:
1.Hendaklah kamu senantiasa bersukacita.
Orang yang belum mengenal, dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamatnya, tidak akan memiliki sumber sukacita yang sejati. Semua sukacita yang ada di dunia ini hanyalah bersifat sementara, tetapi sukacita dalam Kristus kekal untuk selamanya. Mengetahui dan meyakini bahawa melalui pengorbanan Yesus Kristus di atas kayu salib akan menyelamatkan kita dari hukuman dosa, dan kita diberikan jaminan hidup kekal, inilah yang menjadi sumber sukacita orang-orang kristian.
2. Berdoalah senantiasa
Ternyata sebagai orang Kristian, kita diminta untuk berdoa, kerana doa itu adalah bercakap atau berdialog dengan Allah. Jika kita berdoa, ertinya kita sedang berhubung dengan Allah, kita memiliki hubungan peribadi dengan Allah. Berdoa ialah tanda kita berhubungan dengan Allah. Allah mengkhendaki supaya semua anak-anak-Nya datang kepada-Nya melalui doa.Wajarkah seseorang mengakui dia percaya kepada Allah, dan mengakui bahawa dia anak Allah tetapi tidak berdoa atau bercakap dengan-Nya?




Comments