DOA KEBANGSAAN HARI KE 25 : Doa Untuk Pemulihan Bapa
- 3 days ago
- 2 min read

Bacaan Alkitab: Ratapan 5
Pengenalan
Pemulihan merupakan peralihan suatu keadaan yang buruk ke arah satu keadaan yang baik. Doa Puasa Kebangsaan 3 Wilayah 2025 mempunyai tema Pemulihan Bangsa yang menyeru supaya seluruh umat Tuhan di SIB/BEM mempunyai kesatuan hati seperti di dalam 2 Tawarikh 7 : 14 untuk merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah Tuhan bagi pemulihan di keluarga kita, kampung kita, kota kita, negeri kita dan negara kita.
Pemerhatian
Di dalam kitab Ratapan 5 sangat jelas mengambarkan bagaimana Nabi Yeremia memahami bahawa orang Babel dijadikan Allah sebagai alat untuk menghakimi Yerusalem. Kitab Ratapan menjelaskan bahawa dosa dan pelanggaran menjadi penyebab murka Allah ditimpakan kepada Yerusalem.
Penerapan
Seperti dalam Ratapan 5, tangisan Nabi Yeremia bagi Yerusalem kerana, milik pusaka direbut, keluarga dibunuh, dan sumber daya dikuasai oleh orang asing (2-4). Mereka harus meminta-minta makanan kepada bangsa lain (5-6). Ada banyak kesengsaraan yang diadukan kepada Tuhan (7-16). Tagisan dan ratapan kepada Tuhan menunjukkan bahawa Nabi Yeremia sangat percaya kepada kuasa Tuhan. Dia yakin bahawa dia boleh mengadu dan mengungkapkan segala perasaannya kepada Tuhan tanpa segan silu kerana dia tahu Tuhan pasti akan mendengarkan
dia.
Kesimpulan
Marilah kita seperti Nabi Yeremia yang tidak segan silu, tidak putus-putus memohon pemulihan bagi bangsa kita supaya pemulihan terjadi, pertobatan terjadi dan kasih semula yang sudah pudar akan dipulihkan. Janganlah ragu untuk berseru kepada Tuhan. Tangisilah bangsa kita dalam doa kita kerana hanya Dialah Tuhan Allah sumber pertolongan kita.
Fokus Doa
Untuk Tuai Berlimpah-limpah: Tuhan Yang Maha Pemurah, berkatilah ladang dan tanah subur negara kami. Kurniakan kami hasil tuaian yang melimpah ruah yang menyuburkan umat-Mu dan mengekalkan komuniti kami. Semoga bumi menghasilkan buahnya menurut kehendak-Mu. (Mazmur 65:13)
Untuk Penyembuhan Tanah: Tuhan Penebus, ampunilah pengabaian dan
penyalahgunaan tanah kami. Sembuhkan luka akibat pencemaran dan amalan
tidak mampan. Bimbing kami ke arah pengurusan yang bertanggungjawab dan
memulihkan keindahan alam semula jadi negara kami. (Mazmur 104:2-3)




Comments