DOA KEBANGSAAN HARI KE 27 : Roh Pengasihan dan Roh Permohonan
- 1 day ago
- 1 min read

Bacaan Alkitab: Zakaria 12: 10 (TB)
"Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung.
Pemerhatian
Dalam keadaan Israel dan Yehuda yang mengalami kemunduran rohani yang berakibat kehilangan kekuasaan dalam ekonomi dan politik, Tuhan tetap memberikan harapan baru untuk pemulihan. "...dia yang mereka tikam..." adalah nubuatan tentang Mesias iaitu Tuhan Yesus yang telah menyelesaikan jalan penebusan yang sempurna dari dosa.
Penerapan
Dari Kristuslah akan ada 'roh pengasihan dan permohonan' iaitu doa syafaat untuk pemulihan berdasarkan kasih.Pada hari ini, biarlah setiap kita mengalir roh pengasihan dan permohonan agar kebangkitan rohani, iaitu; lapar dan haus untuk hidup dalam ketaatan yang tulus ikhlas kepada Tuhan, dipulihkan.
Kesimpulan
"TERIMALAH ROH PENGASIHAN DAN PERMOHONAN DARI KRISTUS, DAN ALIRKANLAH ITU MELALUI DOA SYAFAATMU KEPADA TUHAN, HARI INI"
Fokus Doa
Untuk Integriti dan Akauntabiliti: Tuhan Kebenaran, tanamkan semangat integriti dan akauntabiliti dalam diri pemimpin kita. Semoga mereka mentadbir dengan telus dan bertanggungjawab atas tindakan mereka. Berikan mereka keberanian untuk melakukan perkara yang betul, walaupun ia sukar. (Amsal 29:2).
Untuk Belas Kasihan dan Perkhidmatan: Tuhan yang Maha Pengasih, ilhamkan
pemimpin kami dengan hati untuk berkhidmat. Semoga mereka membuat keputusan yang mengutamakan kesejahteraan semua rakyat, terutama yang paling terdedah. Berikan mereka belas kasihan untuk memahami keperluan orang yang mereka wakili. (Mikha 6:8)
