DOA NECF Hari 15: Akibat daripada Hati yang Terbahagi
- Komuniti Digital 05
- 11 hours ago
- 2 min read

Ayat Alkitab: Matius 15:8-9
“Jika aku menaruh dosa dalam hatiku, Tuhan tidak akan mendengarkan.” (Mazmur 66:18)
Kita berseru agar Tuhan bertindak, tetapi apakah kita berdepan dengan keadaan hati kita? Kitab Suci memperingatkan bahawa ketiadaan rasa takut yang suci kepada Tuhan akan menuntun kepada kemandulan rohani. Hati yang terbahagi—berpegang pada dosa sambil mengaku pengbdian—membuat doa kita tidak berkuasa. Bukannya Tuhan tidak dapat bertindak; tetapi dosa yang tidak bertaubat menghalangi kehadiran dan pekerjaan-Nya dalam hidup kita.
Orang Farisi berdoa, berpuasa, dan beribadah di depan umum, tetapi Yesus menyatakan hati mereka jauh dari-Nya. Aktiviti keagamaan lahiriah tidak dapat menggantikan pertaubatan batiniah. Penipuan ini memancing kita untuk berfikir bahawa jadual yang lebih padat, pertemuan yang lebih besar atau lebih banyak dapat membawa perubahan. Namun tanpa sikap rendah hati dan berserah diri, bahkan doa kita yang paling bersemangat pun tidak akan berhasil.
Takut akan Tuhan menuntut kita untuk menghadapi kesombongan, pemberontakan, perpecahan, dan kepuasan diri kita. Takut akan Tuhan memanggil kita untuk tunduk sepenuhnya kepada kekudusan-Nya. Kebangunan rohani bermula ketika kita berhenti berfokus pada tindakan-tindakan eksternal dan sebaliknya mengizinkan Tuhan memurnikan hati kita. Kunci untuk melihat Dia bergerak dengan penuh kuasa dalam hidup kita adalah pertaubatan yang lahir dari rasa takut akan nama-Nya.
Kebangunan rohani tidak bermula di jalanan—itu bermula di HATI umat Tuhan!
Renungkan:
Apakah ada dosa, kesombongan, atau kepuasan diri yang saya pegang yang menghalang pekerjaan Tuhan dalam diri saya?
Doa Hari Ini:
Bapa, saya merendahkan diri di hadapan-Mu dan mengakui cara-cara yang telah saya lakukan untuk mendukakan-Mu. Ampunilah kesombongan dan ketidaktaatan saya. Kembalikan rasa takut akan nama-Mu dalam hidupku, agar saya dapat hidup dalam ketundukan penuh kepada-Mu. Sucikan hati saya dan gunakan saya sebagai bejana untuk kemuliaan-Mu. Amin.
Mohon agar Tuhan membebaskan kita daripada keinginan daging, keinginan mata, dan keangkuhan hidup yang berasal daripada dunia ini, yang bekerja melawan Roh Tuhan. (1 Yohanes 2:16)
Ramai orang takut bahawa kemajuan Kecerdasan Buatan akan menggantikan pekerjaan mereka, mewujudkan kesukaran kerana pengetahuan mereka yang tidak memadai, dan mengganggu alur kerja normal mereka. Berdoalah agar daripada dilumpuhkan oleh ketakutan, para pekerja akan fokus pada peningkatan dan pengembangan kemahiran mereka selaras dengan perubahan yang pesat.
Rev Elisha Satvinder
Comments