DOA NECF Hari 27: Gaya Hidup Kudus
- Komuniti Digital 05
- 14 hours ago
- 2 min read

Kitab Suci: 1 Petrus 1:15-16
Tetapi hendaklah kamu menjadi kudus di dalam seluruh hidupmu sama seperti Dia yang kudus, yang telah memanggil kamu, sebab ada tertulis: Kuduslah kamu, sebab Aku kudus.
Kekudusan mengalir daripada rasa hormat kepada Tuhan dan membentuk cara kita hidup dan berinteraksi dengan orang lain.
Kisah Nadab dan Abihu, yang mempersembahkan "api asing" di hadapan Tuhan, mengingatkan kita bahawa kekudusan-Nya tidak boleh dipandang ringan. Ketidakhormatan mereka membawa kepada penghakiman serta-merta, yang menunjukkan keseriusan dalam mendekati Dia dengan hati yang murni.
Suatu ketika, seorang rakan sekerja saya berkata, "Kamu takut akan Tuhan anda." Pernyataan itu mengingatkan saya betapa dalamnya rasa hormat kita kepada Tuhan mempengaruhi tindakan kita dan meninggalkan kesan pada orang lain. Dalam suatu perbualan, saya bergurau bertanya kepada rakan perniagaan saya, "Apakah anda tidak takut saya mungkin menipu anda dalam perniagaan?" Jawapannya merendahkan hati saya: "Saya tahu kamu tidak takut kepada saya, tetapi kamu takut akan Tuhanmu." Momen ini menegaskan bagaimana hidup dalam takut akan Tuhan menjadi saksi karakter-Nya bahkan dalam kehidupan harian..
Semasa anda berpuasa dan berdoa, mohonlah Tuhan untuk membentuk hidup anda menjadi cerminan kekudusan-Nya, menjadi kesaksian akan kuasa-Nya yang mengubah.
Renungkan:
Langkah-langkah spesifik apa yang dapat anda ambil hari ini untuk memastikan tindakan anda mencerminkan kekudusan Tuhan?
Doa Hari Ini:
Tuhan, tolonglah saya untuk menghormati kekudusan-Mu dalam setiap bahagian hidupku. Bentuklah fikiran, perkataan, dan perbuatan saya untuk mencerminkan karakter-Mu. Semoga puasa dan doa-doa saya memberi inspirasi kepada orang lain untuk memuliakan-Mu. Dalam Nama Yesus, Amin.
Berdoalah agar kita, sebagai orang percaya Kristus, akan mentaati perintah-perintah Tuhan dengan mengasihi-Nya dan satu sama lain dalam persekutuan Roh Kudus. (Matius 22:37-39)
Pelbagai boikot terhadap syarikat-syarikat seperti KK Mart, Starbucks, dan McDonald's telah menyebabkan beberapa buah cawangan ditutup, yang berisiko menyebabkan pengangguran di kalangan bekas pekerja yang mungkin bergelut mencari pekerjaan alternatif. Berdoalah agar konsumer Malaysia akan mengamalkan pertimbangan yang baik terhadap isu-isu kontroversi.
Rev Datuk Jerry Dusing
Comments