top of page

DOA NECF Hari 29: Mempercayai Keadilan Tuhan

ree

Kitab Suci: Pengkhotbah 12:14


“Karena Allah akan membawa setiap perbuatan ke pengadilan yang berlaku atas segala sesuatu yang tersembunyi, entah itu baik, entah itu jahat. ”


Mempercayai keadilan Tuhan bererti hidup dengan integriti, mengetahui bahawa Dia melihat segala sesuatu dan akan menghakimi dengan adil.


Daud percaya keadilan Tuhan ketika dia membiarkan Saul hidup, meskipun Saul terus-menerus berusaha membunuhnya. Rasa takut akan Tuhan menuntunnya untuk bertindak dengan integriti, walau pun di bawah tekanan yang sangat besar.


Pada tahun pertama saya menjadi Presiden SIB Sabah, kami menghadapi tantangan yang signifikan ketika bahan pengajaran kanak-kanak dan buku-buku seorang ahli dirampas. Setelah banyak berdoa dan berunding, kami memutuskan untuk mencabar perampasan tersebut. Meskipun prosesnya sukar, mempercayai keadilan Tuhan membawa kejelasan dan penyelesaian yang baik. Pengalaman ini menguatkan kepercayaan saya terhadap rencana Tuhan yang benar dan memperkuat kedudukan perundangan SIB.


Ketika anda berpuasa dan berdoa, ingatlah bahawa Tuhan melihat pergumulan anda dan akan melaksanakan tujuan-Nya pada waktu-Nya yang sempurna.


Renungkan:


Apakah anda menaruh kepercayaan anda pada keadilan Tuhan, atau apakah anda tergoda untuk mengambil tindakan sendiri?


Doa Hari Ini:

  • Hakim yang Adil, saya menaruh kepercayaan saya pada keadilan-Mu. Tolong saya untuk hidup dengan integriti dan melawan perasaan buntu. Sepanjang puasa ini, ajar saya untuk bergantung pada masa dan kebenaran-Mu. Dalam Nama Yesus, Amin.


  • Berdoalah agar kita, sebagai orang percaya Kristus, akan berakar dalam Firman Tuhan dengan merenungkan Firman-Nya yang hidup setiap hari, sehingga kita akan mengembangkan kebijaksanaan dan bebas daripada kekotoran dunia. (Kolose 2:6-7)


  • Stereotaip perkauman telah tertanam dalam fikiran rakyat Malaysia sejak era penjajahan British, dan, pada masa kini, pernyataan yang dibuat oleh para pemimpin politik kita tidak membuat situasi menjadi lebih baik. Berdoalah agar rakyat Malaysia akan membuang semua prasangka ini dan belajar untuk menghargai satu sama lain.


Rev Datuk Jerry Dusing

Comments


bottom of page