top of page

DOA NECF Hari 30: Menerima Panggilan Tuhan

ree

Kitab Suci: Yesaya 6:8


“Lalu aku mendengar suara Tuhan berkata: "Siapakah yang akan Kuutus, dan siapakah yang mau pergi untuk Aku?" Maka sahutku: "Ini aku, utuslah aku!”


Menerima panggilan Tuhan memerlukan hati yang takut akan-Nya dan mengakui kekuasaan-Nya.


Tanggapan Yesaya datang selepas perjumpaan dengan keagungan Tuhan, yang tidak hanya mendedahkan ketidaklayakannya tetapi juga menyucikannya untuk pelayanan. Hal ini menyerlah bagaimana takut akan Tuhan mendorong kita untuk mentaati panggilan-Nya dengan kepercayaan dan kerelaan.


Sepanjang siri ini, kita telah merenungkan tentang takut akan Tuhan sebagai individu: mengakui kedaulatan-Nya, mengejar kekudusan, berserah kepada kehendak-Nya, dan mempercayai keadilan-Nya. Setiap prinsip ini mempersiapkan kita untuk menerima panggilan Tuhan, ke mana pun Dia memimpin kita.


Ketika Tuhan memanggil saya ke dalam pelayanan pastoral, itu menguji kepercayaan dan ketaatan saya. Namun, melangkah ke dalam panggilan-Nya mendatangkan berkat yang jauh melampaui apa yang dapat saya bayangkan. Ketika anda meneruskan puasa ini, semoga anda menanggapi panggilan-Nya dengan keberanian dan sukacita, percaya bahawa rencana-Nya bagi anda adalah baik.


Renungkan:


Bagaimana anda akan memberi respons kepada panggilan Tuhan dalam hidup anda hari ini?


Doa Hari Ini:

  • Tuhan, saya berserah kepada panggilan-Mu. Baik dalam tindakan iman yang kecil mahupun tugas-tugas besar, ajarlah saya untuk mentaati-Mu dengan rasa hormat dan percaya. Ketika penghujung puasa ini semakin hampir, semoga hati saya tetap peka kepada suara-Mu dan setia kepada tujuan-Mu. Inilah saya. Utuslah saya. Dalam Nama Yesus, Amin.


  • Berdoalah agar kita, sebagai orang percaya Kristus, akan mengerjakan keselamatan kita dengan takut dan gementar, menjaga hubungan baik dengan Tuhan dan sesama, mengetahui bahawa kita secara peribadi bertanggung jawab atas perjalanan rohani kita dengan Dia. (Filipi 2:12)


  • Skandal 1MDB telah dikenali sebagai kes kleptokrasi terbesar pada tahun 2016 dan salah satu skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia. Walau pun Kerajaan Perpaduan telah berjanji untuk membersihkan rasuah sistemik, berdoalah agar semua dana kerajaan akan dibelanjakan sesuai peruntukannya, dan agar perkhidmatan sosial dan awam yang penting seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan kerja-kerja infrastruktur, tidak akan terjejas.


Rev Datuk Jerry Dusing

Comments


bottom of page