top of page

DOA NECF Hari 34: Peluang Kedua

ree

Baca Mazmur 128, Efesus 5:22, 25; 6:1,4


Tuhan Yesus berkata, "Sebab siapapun yang melakukan kehendak Bapa-Ku di sorga, dialah saudara-Ku laki-laki, dialah saudara-Ku perempuan, dialah ibu-Ku." (Matius 12:50)


Setiap ahli keluarga memiliki peranan yang berbeza untuk dimainkan, bergantung kepada identiti mereka dalam unit keluarga). Ada hubungan kasih antara suami dan isterinya, ibu bapa dan anak-anak mereka, dan juga antara adik-beradik. Seindah apa pun itu, tidak seorang pun yang sempurna. Kita pasti akan membuat kesilapan.


Walau bagaimana pun, ahli keluarga dapat saling menawarkan "peluang kedua." Injil Tuhan Yesus Kristus dikenali sebagai "Injil peluang kedua." Sesungguhnya, itu adalah kasih karunia yang memungkinkan pengampunan tujuh puluh kali tujuh kali. Tuhan mengampuni dosa-dosa kita dan menanggung hukuman yang seharusnya kita terima, memberi kita "peluang kedua." Jika ibu bapa, anak, atau adik-beradik anda menyinggung perasaan atau menyakiti anda, mereka juga menyakiti diri mereka sendiri. Apakah anda akan memberi mereka peluang kedua?


Keluarga adalah tempat pemulihan. Hubungan keluarga sangat berharga. " Saudara-saudara, kalaupun seorang kedapatan melakukan suatu pelanggaran, maka kamu yang rohani, harus memimpin orang itu ke jalan yang benar dalam roh lemah lembut, sambil menjaga dirimu sendiri, supaya kamu juga jangan kena pencobaan. " (Galatia 6:1) Keluarga adalah tempat perlindungan, tempat kita merindukan ahli keluarga untuk "menyalakan lampu" bagi kita di malam hari seperti seorang ayah yang penuh kasih yang menunggu dengan sabar anak yang hilang untuk pulang. Hargai harapan yang dimiliki ahli keluarga untuk satu sama lain.


Keluarga adalah kebahagiaan. Kebahagiaan adalah mempunyai seseorang bersama saya yang menghargai kewujudan saya. Tuhan yang menciptakan anda berkata, "... sebab Aku telah menebus engkau, Aku telah memanggil engkau dengan namamu, engkau ini kepunyaan-Ku. ." (Yesaya 43:1) Melihat ahli keluarga melalui mata Sang Pencipta, dan menegaskan bahawa mereka berharga dan bernilai mendatangkan berkat dan kebahagiaan bagi kita.


Doa Hari Ini:

  • Tuhan, terima kasih untuk keluarga yang telah Engkau berikan kepadaku. Tolonglah saya untuk menghargai dan menyayangi setiap ahli keluarga saya. Kiranya Engkau memampukan saya untuk lepaskan luka masa lalu dan berusaha berdamai dengan keluarga saya. Semoga Engkau memberkati keluarga saya dengan kesihatan dan kebahagiaan. Dalam Nama Yesus, Amin.


  • Berdoa agar Kristus menjadi Ketua bagi setiap rumah Kristian, agar ibu bapa akan meneladani Kristus dan menunjukkan kepada anak-anak mereka kehidupan iman, kasih dan ketaatan dalam perjalanan harian mereka dengan Yesus. (Kejadian 18:19)


  • Di seluruh negara, 2,100 orang warga emas terlantar di hospital dari tahun 2018 hingga 2022. Statistik dari Jabatan Kerja Sosial di Hospital Kuala Lumpur menunjukkan trend menaik setiap tahun, dengan 166 kes (66 Cina, 51 India, dan 43 Melayu) hingga Mei 2024. Kes serupa juga ditemukan di rumah jagaan. Berdoa untuk rasa kasih sayang dan tanggungjawab di kalangan semua rakyat Malaysia yang mempunyai ibu bapa yang semakin tua.


Rev Paulus Wong

Rev Foo Moy Peng

Comments


bottom of page