top of page

DOA PUASA KEBANGSAAN Hari 21 : Janji-janji Tuhan Dalam Pemulihan Bangsa

  • Mar 21
  • 2 min read

Bacaan Alkitab: Yeremia 30: 1-24

Yeremia 30: 3

Sesungguhnya, waktunya akan datang, ‘demikian firman TUHAN, bahawa Aku akan memulihkan keadaan umat-KU Israel dan Yehuda,’demikianlah firman TUHAN, ‘dan Aku akan mengembalikan mereka ke negeri yang telah Kukurniakan kepada nenek moyang mereka. Mereka akan memilikinya’.


Pengenalan

Kata Pemulihan berasal dari kata PULIH yang bererti kembali kepada baik dan sihat seperti semula; sembuh atau baik kembali (Tentang luka, kesakitan, kesihatan); menjadi baik atau baru semula. Contohnya, orang yang mengalami penderitaan penyakit tertentu mengalami kesembuhan dan kembali sihat disebut mengalami pemulihan.


Pemerhatian

Yeremia melaporkan bahawa bangsa Israel sedang mengalami masa-masa sukar dalam sejarahnya. Mereka sedang berada jauh dari tanah leluhurnya, iaitu Tanah Perjanjian yang diberikan Tuhan sendiri. Mereka menjerit memohon pertolongan dengan penuh kegentaran, tidak ada kedamaian. Para laki-lakinya sama seperti perempuan yang melahirkan; memegang pinggang, keletihan dengan wajah yang pucat. Hari itu sangat mengerikan kerana dibelenggu oleh kesusahan yang sangat besar dan lama. Intinya, damai sejahtera telah hilang, sukacita sudah lenyap. Kehidupan harian yang menimpa adalah penindasan, pengusiran, aniaya, kesakitan dan kelaparan. Mereka mempunyai kerinduan yang mendalam atas rumah mereka sendiri. Namun, dalam situasi yang begitu sukar itu Tuhan tidak berdiam diri. Dia bertindak, menubuatkan satu masa bagi pemulihan mereka. Tuhan dengan penuh belas kasihan dalam penghukumanNya memberi sebuah sinar harapan kepada mereka.


Penerapan

Dalam penerapan, sesuai Galatia 3:29, Dan jikalau kamu adalah milik Kristus, maka kamu juga adalah keturunan Abraham dan berhak menerima janji Allah. Dalam pergumulan, baik ringan ataupun berat, orang percaya dapat menyakini bahawa Tuhan sedang bertindak memproses agar hidup kita mengalami pemulihan. Kita mempunyai keyakinan penuh bahawa Tuhan sedang berdaulat dan segala perkara terletak dalam kendalian Allah yang berkuasa. Pergumulan, masalah, ketakutan, kegelisahan atau kecemasan adalah sesuatu yang akan datang pada bila-bila masa. Tuhan berjanji, Dia menyertai kita dan tidak pernah meninggalkan kita. Dia berjanji menyertai dan memulihkan. Bahkan pada akhirnya, setiap orang percaya akan berkata,”Kita tahu sekarang, bahawa Allah turut bekerja dalam segla sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, iaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah” (Roma 8:28).


Kesimpulan

Saya berdoa dan bersyukur atas anugerah Tuhan sehingga saya dapat disebut sebagai keturunan Abraham. Saya berdoa akan terjadi pemulihan rohani yang besar-besaran bagi setiap orang percaya yang ada di Malaysia dan khusunya masyarakat pribumi dalam rohani, ekonomi dan hubungan.


Fokus Doa


  1. Perpaduan dan Persefahaman: Pencipta Ilahi, perbaiki keretakan yang memecah belah bangsa kita. Memupuk empati dan persefahaman antara semua orang. Bimbinglah kami untuk melihat kemanusiaan antara satu sama lain dan bekerjasama untuk kebaikan bersama. (1 Korintus 12:25)

  2. Untuk Kepimpinan Bijaksana: Tuhan yang Maha Pemurah, kurniakan

    kebijaksanaan dan kebijaksanaan kepada pemimpin kami. Penuhi mereka

    dengan keberanian untuk membuat keputusan yang benar dan hati untuk

    berkhidmat kepada orang yang mereka wakili. (Amsal 29:2)

Comments


bottom of page