DOA PUASA KEBANGSAAN HARI 24 : Waktunya Untuk Berseru!
- Mar 24
- 2 min read

Bacaan Alkitab: Yeremia 33:3
‘Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan menyatakan kepadamu hal-hal yang besar dan tidak terselami, iaitu hal-hal yang tidak kau ketahui.’ Yeremia 33:3
Pengenalan
Sebelum kita menjelaskan teks ini, mari kita kenali terlebih dahulu siapa Yeremia dan bagaimana keadaan orang Israel pada masa itu. Yeremia adalah salah seorang nabi besar dalam Alkitab Perjanjian Lama, dipanggil oleh Tuhan untuk menyampaikan pesanan-Nya kepada orang Israel ketika keadaan yang sangat sukar. Pelayanannya berlangsung selama kira-kira 40 tahun, dari pemerintahan Raja Yosia hingga selepas pemusnahan Yerusalem pada 586 SM.
Pemerhatian
Yeremia juga dikenali sebagai "nabi yang menangis" kerana dia menyampaikan pesanan penghakiman dan kesedihan yang mendalam atas dosa-dosa orang Israel dan penderitaan yang mereka alami. Mereka telah jatuh ke dalam penyembahan berhala, ketidakadilan sosial, dan pelanggaran hukum Tuhan. Akibatnya, Tuhan membenarkan orang Babilon mengepung dan memusnahkan Yerusalem. Banyak orang Israel dibawa ke pembuangan di Babilon, dan Yeremia sendiri mengalami penolakan dan penganiayaan kerana berita nubuatnya yang tegas dan keras. Dalam konteks inilah Tuhan memberikan janji yang luar biasa tentang pemulihan Bangsa Israel, dalam Yeremia 33:1-13. Tuhan mau memulihkan kondisi yang mereka, yang kelihatan tidak ada harapan, Tuhan berfirman melalui nabi Yeremia untuk menyampaikan berita yang penuh harapan, dan panggilan untuk berseru kepada Tuhan, maka akan terjadi pemulihan, sukacita yang luarbiasa. Tuhan memanggil Yeremia dan kita semua untuk berseru kepada-Nya. “Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan akan memberitahukan kepadamu hal-hal yang besar dan yang tidak dapat dimengerti” (Yeremia 33:3).
Penerapan
Tuhan menekankan bahawa di tengah-tengah kesukaran dan penderitaan, kita dipanggil untuk datang kepada-Nya dengan doa dan permohonan. Tuhan berjanji untuk menjawab dan menunjukkan kepada kita perkara-perkara besar yang mungkin belum kita fahami. Dalam kehidupan kita, kita sering menghadapi situasi yang kelihatan tidak dapat diselesaikan. Namun, Allah mengajak kita untuk berseru
kepada-Nya. Jangan teragak-agak untuk membawa semua kebimbangan dan pergumulan kita dalam doa, percaya bahawa Tuhan akan menjawab dengan cara yang luar biasa.
Refleksi
Untuk mengalami dan terjadinya pemulihan dalam bangsa (hidup) kita, maka kita perlu bertindak dalam empat perkara ini :
1. Sedar dan bertobat. (Mazmur 126:1-2)
2. Mengambil keputusan untuk Berbalik kepada Tuhan. (Maz 126:4)
3. Berjalan dengan Iman. (Mazmur 126:5a &6a)
4. Menantikan Waktunya Tuhan. (Mazmur 126: 5b & 6b)
Fokus Doa
Untuk Pengawasan Bertanggungjawab: Pencipta yang Bijaksana, bimbing kami untuk menjadi pengurus yang bertanggungjawab terhadap ciptaan anda. Kurniakan kami kebijaksanaan untuk melindungi alam sekitar dan sumber kami untuk generasi akan datang. Semoga kami hidup harmoni dengan alam semula jadi yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. (Kejadian 1:28)
Untuk Akhlak dan Kebenaran: Tuhan yang Adil, ilhamkan komitmen yang diperbaharui kepada nilai moral. Mengukuhkan keluarga dan masyarakat sebagai asas negara kita. Semoga cahaya-Mu membimbing kami ke jalan kebenaran dan belas kasihan. (Amsal 2:20-22)
Untuk Syukur dan Harapan: Bapa yang bersyukur, kami mengangkat hati kami
dalam kesyukuran atas nikmat yang dianugerahkan kepada negara kami. Di saat kesukaran, penuhi kami dengan harapan untuk masa depan yang lebih cerah. Semoga kami terus berusaha untuk sebuah negara yang mencerminkan kasih dan belas kasihanMu. (1 Tesalonika 5:18)




Nice sharing! Yeremia 33:3 is such a powerful reminder — even in tough times, God invites us to call out to Him and He will show us great things.
The call to repentance, faith, and waiting on God’s timing really hits home during National Prayer Day.
If you're working on any related reflection or assignment for your studies, HND coursework guidance UK can help you structure your thoughts clearly and biblically.
Keep praying and trusting!