top of page

Doa Sebagai Permintaan



Matius 6:5-15 (AVB)

5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu.

7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya.

9 Berdoalah demikian:

'Ya Bapa kami yang di syurga,

sucilah nama-Mu.

10 Datanglah kerajaan-Mu.

Terlaksanalah kehendak-Mu

di bumi sebagaimana di syurga.

11 Berilah kami makanan untuk hari ini.

12 Ampunkanlah kesalahan kami

sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.

13 Janganlah biarkan kami tergoda,

tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat.

Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.'

14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu."

Ayat 11

“Berilah kami makanan untuk hari ini.”


Kita paling biasa dengan Doa permintaan. Kebanyakan masa apabila kita mendekati Allah Bapa dalam doa ia adalah meminta sesuatu daripada Dia. Dengan sendirinya, ia adalah biasa dan tidak bersalah.

Di ayat ini Tuhan Yesus mengajar pengikutNya meminta supaya Allah Bapa untuk memberikan mereka makanan setiap hari, ia tidak bererti

Dia tidak mahu mereka bekerja dan hanya menunggu untuk diberikan makanan oleh Allah Bapa secara ilahi ataupun Dia anggap mereka seperti peminta sedekah


Tetapi Tuhan Yesus ingin mereka sedar dan belajar bahawa Allah Bapa tahu apa keperluan harian mereka dan ingin memberikan kepada mereka. Dia mengajar kebenaran ini dalam beberapa ayat berikut


Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Janganlah khuatir tentang hidupmu, tentang apa yang kamu makan atau minum, atau tentang tubuhmu, dan tentang apa yang akan kamu pakai. Bukankah hidup lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih penting daripada pakaian? 26Lihatlah burung di udara, yang tidak menyemai, atau menuai atau menyimpan hasil di jelapang; namun Bapamu yang di syurga memberinya makan. Bukankah kamu lebih bernilai daripada burung? 27Siapakah dalam kalanganmu yang dapat melanjutkan usianya sedikit pun dengan menaruh khuatir?

28Jadi, mengapakah kamu risau tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun. 29Namun demikian, Aku berkata kepadamu: Raja Salomo dengan segala kemegahannya pun tidak berpakaian seindah bunga itu. 30Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari ini dan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberimu pakaian? Begitu tipis kepercayaanmu! 31Jangan runsing tentang makanan, minuman atau pakaianmu. 32Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah mencari hal-hal ini. Akan tetapi, bapamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. 33Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu.


Tuhan Yesus juga mengar pengikutNya untuk berani dan yakin meminta dari Allah Bapa


7"Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. 8Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. 9Bapa manakah akan memberikan batu kepada anaknya yang meminta roti? 10Bapa manakah akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan? 11Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya.

Mat 7:7-11

Daripada tiga petikan Firman ini, kita dapat belajar beberapa perkara penting mengenai doa sebagai permintaan kepada Allah Bapa kita;

a) kita seharusnya jangan sambil lewa dengan Allah Bapa dan hanya tunggu menerima tanpa meminta, kerana apabila kita meminta sesuatu daripada Allah Bapa, ia menunjukkan kita bergantung dan berharap kepada Allah sebagai anakNya untuk membekalkan segala keperluan asas untuk kita dapat terus hidup di bumi ini termasuk makanan , minuman , pakaian .Kita sebagai anak Tuhan perlu datang kepada Allah Bapa dan meminta apa yang kita perlukan. Dia sebagai Bapa kita akan menentukan apa , bila dan bagaimana Dia akan bekalkan keperluan yang kita minta.

b) kita perlu terus minta sehingga dapat. Adakalanya , apabila kita berdoa dan meminta sesuatu daripada Allah Bapa, mula mula ia seperti pintu masih tertutup, keadaan tidak berubah . Kita diajar jangan patah semangat atau berputus asa tetapi terus minta, ketuk dan cari sehingga mendapat jawapan.


c) kita perlu yakin bahawa Allah Bapa akan selalunya memberikan apa yang baik dan sesuai bagi kita sebagai anak kesayangan Dia

Doa

Allah Bapa,

ampuni aku di mana aku pernah sambil lewa dengan Engkau atau kurang iman bahawa Engkau boleh dan ingin memberikan kepada aku apa yang aku minta daripada Engkau.


Aku bersyukur kerana Engkau adalah Allah Bapa yang baik dan mengasihi aku sebagai anakMu. Engkau tahu segala keperluan hidupku dan akan membekalkan kepadaku apa yang baik dan sesuai bagiku mengikut masa dan caraMu.


Aku berdoa Engkau memimpin dan mengajar aku supaya apa yang aku minta daripada Engkau adalah perkara yang benar-benar penting dan yang selaras dengan kehendakMu dan yang akan membantu memajukan kerajaanMu. Amin.


Pr. Lam Kee Hing

bottom of page