top of page

Hari 3: Mengelakkan Hutang dan Hidup Bijaksana

Siri Renungan Kewangan Keluarga

Ayat: Amsal 22:7 (AVB)


“Orang kaya menguasai orang miskin, dan si penghutang menjadi hamba kepada si pemiutang.”

‭‭

Renungan:


Amsal ini memberi amaran tentang akibat-akibat banyak hutang. Ia menekankan bahawa hutang boleh membawa kepada kehilangan kawalan di atas hidup kita.


Aplikasi:


Bincangkan konsep hutang dan impaknya terhadap kebebasan kewangan. Kongsikan contoh-contoh pilihan atau keputusan kewangan yang bertanggungjawab yang telah kamu buat sebagai keluarga. Pertimbangkan langkah-langkah praktikal yang dapat diambil supaya kamu boleh hidup dalam kemampuan kamu dan membuat keputusan kewangan yang bijak.


Doa:


Tuhan, bimbingkan kami supaya boleh membuat keputusan kewangan yang bijak. Berikanlah kami kebijaksanaan untuk membezakan antara keperluan dan kehendak. Bantu kami mengelakkan hutang di atas perbelanjaan yang tak penting dan mengurus sumber-sumber kami dengan bertanggungjawab. Dalam nama Yesus, Amin.

Comentarios


bottom of page