Hari Merdeka
- 11 minutes ago
- 2 min read

Penghalang kepada Kerendahan Hati - Hari 25
Ayat Fokus: Galatia 5:1
Laungan gembira "Merdeka!" kedengaran di Stadium Merdeka di masa lampau pada 31 Ogos 1957. Itu jauh sebelum kamu semua dilahirkan. Ia adalah hari di mana Semenanjung Malaysia memperoleh kebebasan dan kemerdekaan daripada Britain. Sabah dan Sarawak mendapat 'merdeka' mereka kemudian pada tahun 1963. Kini mereka boleh menjadi tuan kepada diri mereka sendiri.
Kita semua mahukan kebebasan daripada seseorang atau sesuatu. Kita telah bercakap tentang kebebasan daripada keangkuhan semalam. Hari ini, mari kita belajar tentang kebebasan daripada rasa rendah diri. Ini berlaku apabila ada ‘suara kecil’ dalam kepala kita yang berkata kita tidak sebaik orang lain. Ia mungkin kedengaran pelik tetapi tahukah kamu bahawa rasa rendah diri sama buruknya dengan kesombongan? Ia menghalang kita daripada menjadi rendah hati. Ia seolah-olah mengatakan bahawa pendapat kita lebih baik daripada pendapat Tuhan tentang diri kita.
Tuhan mengasihi kita walaupun kita adalah orang berdosa. Dia membebaskan kita melalui Yesus, yang mati untuk dosa-dosa kita. Kemudian Dia memanggil kita sebagai milik-Nya. Kita adalah kepunyaan-Nya. Dia menjadi Bapa yang baik kepada kita. Dia memberi kita Roh Kudus-Nya dan menyambut kita dengan tangan terbuka luas untuk memeluk kita Semua ini kerana iman kita kepada Yesus. Kita sangat berharga bagi-Nya. Jadi kita tidak perlu lagi memandang rendah diri sendiri. Kita harus melihat diri kita seperti Tuhan melihat kita.
Semoga setiap kita mempunyai "Hari Merdeka!" kita yang tersendiri.
Renungkan: Katakan, "Yesus mengasihi saya. Saya berharga bagi-Nya."
DOA
Tuhan Yesus, terima kasih kerana mengasihi saya. Engkau telah mati untuk saya dan kini hidup untuk saya. Engkau memberi saya kebebasan bahkan daripada rasa rendah diri. Tolong saya untuk berdiri teguh dalam kebebasan ini supaya saya tidak menghalang diri saya daripada menjadi benar-benar rendah hati.
Gereja
Gereja di Malaysia jauh lebih tua daripada Merdeka pada tahun 1957. Marilah kita berdoa agar Gereja akan terus setia kepada Yesus semasa ia menjadi semakin tua pada masa hadapan!
Bangsa
Tuhan Yesus, terima kasih kerana memberkati Malaysia. Bantulah para pemimpin dan rakyat Malaysia untuk sentiasa peka dan tidak cuai, supaya kami tidak kehilangan berkat dan menjadi miskin. Saya berdoa dalam nama-Mu. Amin.




Comments