Jangan Lupa
- 4 hours ago
- 2 min read

Penghalang kepada Kerendahan Hati - Hari 25
Baca Mazmur 90:9, 10; Yeremia 29:10; Daniel 9:2; Lukas 10
Enam puluh sembilan tahun yang lalu, nenek moyang kita, yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, berkumpul di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur dan melaungkan “Merdeka!”* tujuh kali. Ini adalah pengisytiharan sempurna persekutuan yang baharu yang baru ditubuhkan dan merdeka – Tanah Melayu - yang membawa janji kebebasan, perpaduan, dan komitmen kepada masyarakat yang adil dan inklusif bagi setiap rakyat. Sabah dan Sarawak bergabung dengan persekutuan ini sebagai rakan yang sama rata untuk membentuk negara Malaysia pada tahun 1963.
Tahun depan, Malaysia memasuki tahun ke-70 kemerdekaannya. Dalam Kitab Suci, angka 70 melambangkan kesempurnaan, penyempurnaan, dan juga penghakiman. Musa menulis bahawa jangka hayat manusia - yang menunjukkan kepenuhan - adalah 70 tahun (Mazmur 90:9, 10); Allah berjanji bahawa Israel akan kembali dari pembuangan selepas 70 tahun (Yeremia 29:10, Daniel 9:2); dan Kristus mengutus 70 murid untuk menyembuhkan orang sakit dan memberitakan Injil Kerajaan di kota-kota (Lukas 10). Ketika negara kita meraikan tahun bersejarah ini, janganlah kita melupakan asal-usul kita yang sederhana, mahupun sumbangan nenek moyang kita yang telah membina negara ini dari kawasan terpencil yang jauh sehingga seperti sekarang hari ini.
Malaysia kini berdiri sebagai negara berdaulat yang pembentukannya unik dan tidak seperti negara lain. Kita telah berkembang daripada sebuah pusat perdagangan yang sibuk pada akhir Abad Pertengahan menjadi kubu penjajah, dan sekarang menjadi metropolis moden yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan kepentingan sejarah kita yang kaya. Namun, jalan menuju kemerdekaan masih panjang dan penuh cabaran. Meskipun setiap rakyat Malaysia mungkin bangga—dalam erti kata yang baik—untuk mengenal pasti diri dengan tanah air kita; kita menyedari bahawa kelemahlembutan dan kerendahan hati tetap menjadi bahagian penting dalam perpaduan negara. Sebagai orang percaya, kita diingatkan untuk meneladani kerendahan hati Kristus di kalangan orang ramai daripada pelbagai bangsa, budaya, dan agama dalam ungkapan kemerdekaan kita.
Doa
Jika anda warga negara Malaysia, bersyukurlah kerana dilahirkan di negara yang berlimpah susu dan madu ini. Jika anda bukan warga negara Malaysia, bersyukurlah atas kesempatan untuk berada di sini, berkongsi keramahan dan kebaikan negara ini.
Gereja
Gereja Malaysia telah ada lebih lama daripada 70 tahun kemerdekaan yang kita alami hari ini. Kita adalah pengantin perempuan Tuhan kita Yesus Kristus. Adakah Pengantin Lelaki berkenan dengan keadaan gereja? Marilah kita bertaubat atas kekurangan kita dan berdoa untuk kasih karunia dan belas kasihan Tuhan.
Bangsa
Sebagai sebuah negara, kita telah menempuh perjalanan yang jauh dibandingkan dengan negara-negara jiran kita, walau pun tiada tandingan dengan Singapura! Walau bagaimana pun, jika kita terus leka dan cuai, kita boleh jatuh ke belakang ke status negara dunia ketiga. Marilah kita berusaha untuk menjadi negara yang berlimpah susu dan madu.




Comments