top of page

Janji Pemazmur Kepada Tuhan


“…Ya Allah, aku akan menepati janjiku kepada-Mu, aku akan mempersembahkan korban kesyukuran kepada-Mu.…” Mazmur 56:13


Mengapa pemazmur berjanji kepada Tuhan untuk melaksanakan korban syukur kepada Tuhan dengan membayarnya? Sebab Tuhan telah menyelamatkan dirinya daripada kematian dan juga menjauhkan dirinya daripada kekalahan.


Oleh itu, pemazmur berjanji untuk melaksanakan janjinya kepada Tuhan, sebab dia sedar bahawa oleh kerana Tuhan maka dia boleh berjalan di hadapanNya, didalam perlindunganNya, didalam terang kehidupan..


Oleh kerana pemazmur telah berjanji kepada Tuhan maka dia akan mempersembahkan korban kesyukurannya kepada Tuhan. Dengan menaikkan pujian syukurnya kepada Tuhan, yang telah membebaskan dirinya daripada maut.


Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini? Janji kita sewaktu dibaptis, sewaktu kita menerima perjamuan Tuhan dan sebagainya. Apakah kita masih ingat janji kita kepada Tuhan saat ini? Apakah anda telah memenuhi janji anda kepada Tuhan hari ini?


Oleh itu marilah kita selidiki hati kita dihadapan Tuhan saat ini? Tuhan telah membebaskan kita daripada dosa kita, dengan mengampuni dosa-dosa kita agar kita tidak dihukum oleh kerana dosa kita.


Apakah kita telah taat setia memenuhi janji kita kepada Tuhan, dengan terus menaikkan pujian syukur kita kepada Tuhan atas anugarahNya kepada kita, apakah kita telah taat setia melayani, memberitakan kebaikanNya kepada orang yang disekeliling kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kepadaMu atas kebaikan dan anugarahMu kepada hidup saya, oleh itu saya mahu terus melayaniMu dan menyembahMu selama saya masih hidup, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

コメント


bottom of page