top of page

Janji Tuhan Kepada Pemazmur



“…Kekuatan-Ku sentiasa bersama-sama dia, kuasa-Ku akan menguatkan dia......” Mazmur 89:22


Pemazmur mengatakan bahawa Tuhan telah menemui Daud, hamba-Nya dan melantiknya dengan mengurapi dia dengan minyak-Nya yang kudus. Kekuatan-Nya akan selalu melindunginya, kuasa-Nya akan menguatkan dia.


Oleh kerana Tuhan telah mengurapi Daud dengan minyak-Nya yang kudus maka tidak ada satu pun musuhnya dapat mengalahkannya dan keturunan orang jahat pun tidak dapat menyengsarakannya. Sebab tangan kanan Tuhan mendokong dirinya dan dengan lenganNya Tuhan membuat dirinya menjadi kuat.


Musuh-musuhnya tidak pernah menguasai dirinya, demikian juga orang jahat tidak dapat mengalahkannya, kerana Tuhan sentiasa mendampingi dan menguatkan dirinya didalam dia melaksanakan tugas-tugasnya.


Bersesuaian dengan janji Tuhan kepada Daud, sekiranya tangan-Nya ada bersama-sama dengan diri Daud, maka tidak ada seorang pun musuh-musuhnya yang dapat mengalahkan dirinya. Sebab kekuatan Tuhan sentiasa melindungi dan kuasaNya sentiasa menguatkan dirinya.


Bagaimana dengan diri anda hari ini, apakah kekuatan Tuhan selalu melindungi anda hari ini atau apakah kuasaNya menguatkan anda? Sekiranya kekuatan Tuhan dan kuasaNya ada bersama-sama kita tidak ada satu perkara dapat mengalahkan kita.


Oleh itu bersandarlah pada kekuatan Tuhan untuk melindungi dan kuasaNya menguatkan diri kita pada hari ini.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan hidup saya kepadaMU, saya memohon agar Engkau melindungi dan menguatkan saya dalam menghadapi setiap tentang kuasa yang jahat. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

留言


bottom of page