top of page

Keadaan Apabila Allah Memerintah


“..Yesus menceritakan sebuah perumpamaan lain. “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti ini. Seorang wanita mengambil sedikit ragi, lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itu naik.... Matius 13:33


Perumpamaan tentang ragi juga menggambarkan tentang jumlah yang kecil dibandingkan adunannya. Namun, ragi yang tersembunyi di dalam adunan itu memiliki kebolehan untuk membuat adunan mengembang.


Lihat bagaimana seorang wanita yang mengambil sedikit ragi, lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itu naik (Mat 13:36 liter). Ragi yang sedikit mampu untuk mengembangkan seluruh adunan.


Demikian halnya dengan kuasa kerajaan Allah yang tersembunyi didalam diri kita, dimana dengan secara diam-diam kuasa kerajaan Allah itu bekerja didalam kita. Lalu membawa kesan yang sangat besar kepada masyarakat disekeliling kita.


Oleh itu jangan menganggap kita adalah golongan minoriti namun kita mampu untuk mempengaruhi sekitar kita, jika kerajaan Allah itu didalam kita. Sebab ragi menggambarkan kuasa kerajaan yang tersembunyi didalam kita, yang secara diam-diam berkuasa dan bekerja didalam diri kita


Anda mampu membawa perubahan kepada orang sekitar anda!


Doa: Tuhan Allah Bapa, ajar kami untuk yakin dan mengetahui akan kuasa kerajaanMu. Biarlah kami terus percaya bahawa jika Engkau bersama kami, kami mampu membawa banyak impak kerajaanMu!.


Amen!

Pr Patrick Taie

bottom of page