Kelahiran Kristus
- 5 days ago
- 2 min read

Meneladani Kerendahan Hati Kristus - Hari 3
Kelahiran Yesus bermula dengan pemberitaan kepada Maria oleh malaikat Gabriel di Nazaret. Malaikat itu berkata bahawa Maria akan mengandung seorang anak lelaki melalui Roh Kudus dan menamakannya Yesus kerana Ia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka. Semua ini terjadi untuk memenuhi pesanan Tuhan melalui nabi Yesaya bahawa seorang perawan akan mengandung seorang anak dan melahirkan seorang anak lelaki yang akan mereka sebut Imanuel, yang bererti ‘Tuhan menyertai kita.’
Idea Tuhan menjadi manusia ialah konsep yang tidak hanya asing tetapi juga menyinggung orang Yahudi. Mereka percaya bahawa Tuhan ialah roh dan oleh itu tidak dapat dihadkan kepada daging fizikal. Lebih-lebih lagi agama Yahudi menekankan kekudusan dan transenden Tuhan, mengaitkan Dia dengan dosa, apalagi dengan penjelmaan, adalah hal yang tidak dapat difikirkan.
Apa yang gagal difahami oleh orang Yahudi ialah kerendahan hati adalah sifat teras Tuhan dan bahawa Tuhan, dalam tindakan kerendahan hati tertinggi, akan memasuki dunia sebagai bayi yang lemah dalam wujud Yesus. Fakta bahawa Bayi Yesus harus sepenuhnya bergantung pada ibu bapa duniawi-Nya semakin mempersulit masalah bagi mereka.
Kristus begitu rendah hati sehingga Ia rela melepaskan hak istimewa ilahi-Nya untuk dilahirkan dalam daging manusia dan terdedah kepada godaan. Ia melakukan hal ini kerana Dia ingin empati dengan kelemahan kita. Ia digoda dalam segala hal seperti kita – namun Ia tidak berdosa. Kerana itu, Dia mampu menyelamatkan kita, bukan hanya daripada dosa tetapi juga daripada godaan untuk berdosa. Dengan demikian, kelahiran Kristus dipandang sebagai Tuhan yang merendahkan diri-Nya sebagai manusia untuk melayani dan menyelamatkan umat manusia.
Doa
Tuhan, saya bersyukur kepada-Mu kerana Engkau empati dengan kelemahan-kelemahan saya. Engkau dicubai dalam segala hal; namun Engkau tidak berdosa. Oleh itu, Engkau mampu menyelamatkan saya daripada dosa dan menunjukkan kepada saya jalan untuk tidak berbuat dosa dengan berjalan dengan rendah hati dalam ketaatan kepada Tuhan. Kiranya saya dapat meneladani kerendahan hati Kristus agar saya dapat meraih kemenangan-Nya.
Gereja
Bapa, kiranya Gereja memberikan teladan tentang kerendahan hati Kristus, sebagai tindakan susulan daripada tema Puasa dan Doa 40 Hari tahun lalu, iaitu Berjalan dalam Takut akan Tuhan. Marilah kita “menangkap” sikap kerendahan hati ini saat kita menghargai orang lain lebih daripada diri kita sendiri.
Bangsa
Berdoalah agar pemerintah negara kita sekarang ini tetap berkuasa sehingga mereka dapat memenuhi mandat politik mereka sebelum Pemilihan Umum ke-16 negara ini.




Comments