top of page

Keluarga yang Berjalan Bersama-Sama


Yosua 24:15b Tetapi kami, iaitu aku dan keluargaku, akan beribadat kepada TUHAN!"


Semakin maju dan moden dunia, semakin kuatnya daya pemikiran manusia di muka bumi ni. Sejajar dengan arus pemodenan, daya komunikasi sosialiti, media masa, media cetak juga pasti bersaing bersama-sama. Sehubungan dengan itu banyak juga anak muda dan anak remaja yang tenggelam dalam arus kemodenan ini kerana mereka takut dikatakan katak di bawah tempurung bila tidak mengikuti perkembangan terkini. Mahu tidak mahu itulah peranan kita untuk mengawal mereka supaya dapat berjalan bersama dalam keluarga Tuhan. Kawalan dari awal lebih berkesan daripada apabila mereka sudah besar seperti, kata pepatah, 'kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'.


Renungkan:

1.Apa kah cara kita sebelum ini terlalu lembut sehingga anak-anak tidak mengambil nya sebagai kesan yang baik dalam hidup mereka?

2. Cara pendekatan apa kah yang sesuai untuk mendekat kan mereka, supaya mereka punya hati yang mau berjalan bersama sebagai keluarga yang di pakai Tuhan.

3. Masih adakah juga ibubapa yang terlalu menyayangi anak-anak mereka sehingga membiarkan apa yang mereka mahu lakukan sesuka hati tanpa berjalan dalam fiman Tuhan.


Perkara doa:

1.Berdoa untuk ketua keluarga supaya menerapkan fiman Tuhan dalam cara didikan dirumah sesuai dalam kehidupan meraka sehari-hari.

2. Berdoa supaya keluarga masa kini tidak mudah terjerat dengan arus kemodenan. Keluarga yang tahu mengawal gaya hidup yang mencerminkan gaya hidup kekristianan.

3. Berdoa supaya setiap keluarga tetap menjaga keteladanan dan melidungi ahli keluarga supaya tidak di sesat kan fikiran dan minda mereka khususnya untuk keluarga pendalaman di Sabah Dan Sarawak Dan orang asal semenjung Malaysia.


Albertee

Comments


bottom of page