top of page

Kepada Bakal Suamiku


Kepada bakal suamiku,


Inilah doa saya saat ini, biarlah cinta saya kepada Yesus lebih besar daripada cinta saya kepadamu.


Ini kerana, kita hanya boleh memahami definisi tentang apa itu CINTA SEJATI apabila kita memahami apa yang Kristus lakukan untuk kita.



Sedikit cerita, ketika gambar ini diambil, kami nampak baik-baik sahaja, namun sebenarnya, waktu ini kami tidak ok. Tetapi berkat dari sebuah konflik ialah, kita dapat bertumbuh dan belajar lebih banyak tentang pasangan kita.



• Cinta bukan tentang perasaan, ia adalah pilihan untuk setia dan terus memilih pasanganmu.


Satu perkara yang saya pelajari bagaimana saya menangani kesombongan dan sisi toksik saya sendiri, dan ketika saya memerhati dan mendengar dari beberapa wanita; ketika kita mengatakan kepada pasangan kita,

"Mari kita putus." atau "Saya tidak suka kamu." Kata-kata kita boleh menghancurkan atau membangun seseorang.


Apabila kita menyakiti orang lain dan membuat mereka rasa apa yang kita rasakan, seolah-olah kita boleh hidup tanpa mereka, itu bukan seperti Kristus. Kita memilih keegoan dan emosi kita yang mengaburkan pertimbangan kita.



• Cinta memiliki keinginan untuk menyelesaikan konflik dengan cara yang sihat dan matang.


Hubungan bersama pasangan adalah sebuah proses penyucian.


"Kamu ada di mana waktu saya memerlukan sokongan emosi? Kamu tiada."


"Saya fikir kamu akan membantu saya dengan emosi saya tetapi nampaknya kamu masih mengendahkan semua emosi yang saya rasakan dan memaksakan saya untuk harus merasa semuanya baik sahaja antara kita."


Ini adalah antara perbualan kita ketika kita sedang berbalah dengan pasangan kita. Waktu ini kita akan melihat betapa pentingkan dirinya kita, bagaimana kita hanya memikirkan kepentingan diri kita sendiri sahaja. Sebaik sahaja kita menjalinkan hubungan, kita menyedari bahawa ianya bukan untuk kita menjadi benar, bukan juga dengan menuding jari kepada pasangan kita dan memberitahu bahawa mereka salah. Kita tidak seharusnya bergaduh bersama pasangan, kita seharusnya berjuang untuk pasangan kita.



• Kasih yang tidak bersyarat, sama seperti apa yang Yesus lakukan untuk kita, Dia mati untuk kita semasa kita masih berdosa.


Jika kita mencintai seseorang hanya ketika dia berubah atau sebaik sahaja dia melakukan atau membeli sesuatu untuk kita, itu adalah "cinta bersyarat". Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita mempunyai Tuhan yang menjadi contoh teladan kepada kita. Walaupun kita menjadi diri kita sendiri, Dia tahu bahawa kita akan gagal, Dia tahu bahawa kita akan mengkhianati Dia, Dia tahu bahawa kita mementingkan diri sendiri.


Namun, Dia tidak berputus asa dengan kita.


Jadi kepada yang sedang mendoakan jodoh dan yang sudah ada, jangan mudah putus asa.


Jemimah Ramos


bottom of page