Kerendahan Hati kepada Kedaulatan Tuhan melalui Gereja

Penyataan Kerendahan Hati dalam Gereja - Hari 37
Baca Filipi 2:5-8
Gereja adalah tubuh Kristus dan merupakan penyataan Kristus kepada dunia, dibangunkan kerana Tuhan Yesus sanggup merendahkan diri-Nya dan menanggalkan kemuliaan surgawi-Nya sebagai Anak Tuhan. Filipi 2 mengatakan kepada kita bahawa “Kristus Yesus, yang dalam rupa Tuhan, telah mengosongkan diri-Nya dengan mengambil rupa seorang hamba dan datang dalam rupa manusia. Dan dalam rupa manusia, Dia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan mati di kayu salib” (ayat 5-8).
Kerendahan hati dan ketaatan Kristus membentuk dasar gereja-Nya, yang Dia harapkan untuk ditunjukkan kepada dunia. Umat Tuhan diingatkan untuk “memiliki fikiran yang sama seperti Kristus, tidak melakukan apa pun kerana cita-cita yang mementingkan diri atau kesombongan. Sebaliknya, dengan rendah hati, mereka harus menganggap orang lain lebih baik daripada diri mereka sendiri (Filipi 2:3).
Dalam Perjanjian Baru, panggilan Tuhan kepada umat-Nya adalah jelas: mereka harus hidup sebagai murid dan pelayan (Lukas 14:26-27; Markus 10:43-45). Tuhan berkata, “Tidaklah demikian di antara kamu. Barangsiapa ingin menjadi besar di antara kamu, hendaklah ia menjadi pelayanmu, dan barangsiapa ingin menjadi yang terkemuka di antara kamu, hendaklah ia menjadi hamba untuk semuanya. Karena Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang.” (Markus 10:43-45).
Pelayan adalah tanda kerendahan hati dan menggambarkan karakter dan sifat Tuhan Yesus sendiri. Inilah panggilan utama Tuhan kepada gereja-Nya - untuk menjadi lebih seperti Dia dalam kasih, belas kasihan, dan kerendahan hati. Sebagai umat-Nya, kedewasaan kita diukur dengan seberapa dekat kita mencerminkan karakter dan hati hamba-Nya kepada dunia.
Doa
Berdoa agar kita diubahkan dalam batin kita, memperoleh hati dan belas kasihan seorang hamba untuk melayani orang lain. Berdoalah untuk keberanian dan semangat untuk memberi kesaksian dan berkongsi Kristus kepada dunia.
Gereja
Kita kita berbeza dalam perjalanan kita untuk mendekat kepada Tuhan, oleh itu tidak sepatutnya ada perbandingan. Berdoalah agar kita selaras dengan kehendak-Nya, sehingga kita akan sampai ke destini yang Tuhan tetapkan untuk kita masing-masing.
Bangsa
Demi tadbir urus demokratik yang baik di Malaysia, doakan parti-parti pembangkang yang memantau kerajaan hari ini untuk tujuan akauntabiliti dan pematuhan perlembagaan dan undang-undang negara.




Comments