Lewat ke Kelas

Penghalang kepada Kerendahan Hati - Hari 28
Ayat Fokus: Yakobus 3:17 & 18
"Jika kamu mahu menjadi lebih bijaksana daripada Salomo, bacalah Yakobus 3:17 dan 18, dan lakukannya," Cikgu Hannah memberitahu kelas Sekolah Minggu remajanya. Lihat terutama yang ini –
"Kebijaksanaan yang berasal dari syurga... terbuka untuk ditegur..."
"’Terbuka untuk ditegur’ adalah lawan kepada 'mengabaikan maklum balas.' Mengabaikan maklum balas adalah penghalang kepada kerendahan hati. Ia bermaksud apabila seseorang menyebut sesuatu tentang sikap atau perwatakan kamu yang perlu diperbaiki, kamu mengabaikannya. Kamu tidak peduli. Ia masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri, begitu sahaja!"
"Kamu berasa terlalu sombong untuk menerima bahawa kamu mungkin mempunyai kelemahan. Tetapi jika kamu mahu memiliki kerendahan hati, kamu akan 'terbuka untuk ditegur’ dan memeriksa diri kamu untuk melihat sama ada orang itu betul tentang kamu," jelas Cikgu Hannah. "Kamu akan menerimanya dan mengambil tindakan untuk memperbaiki diri."
"Fikirkan tentang nilai ketepatan masa," sambungnya. "Sesetengah daripada kamu sering lewat ke kelas. Ini adalah tabiat buruk. Ia menunjukkan kamu tidak mempedulikan orang lain. Kamu fikir kamu lebih penting dan tidak kisah membuat orang lain menunggu kamu. Kita harus mengubah tingkah laku seperti ini, dan kita mampu melakukannya. Semakin kita terbuka kepada maklum balas dan semakin kita bersedia untuk menjadi lebih baik, semakin kita akan bertumbuh dalam kerendahan hati. Melakukan ini menolong kita bertumbuh dalam kebijaksanaan dan menjadi lebih seperti Yesus."
Renungkan: Biarlah hati kamu terbuka untuk ditegur.
DOA
Ya Allah Bapa, Raja Salomo mendapat kebijaksanaannya daripada Engkau, dan begitu juga saya. Tolong bantu saya untuk lebih terbuka kepada alasan supaya saya boleh terus bertumbuh ke arah kerendahan hati dan menjadi lebih seperti Yesus. Semoga Roh Kudus-Mu menegur saya apabila saya melakukan kesalahan.
Gereja
Bapa di syurga, berikanlah kami hati yang terbuka untuk ditegur dan diperbetulkan oleh-Mu, bukan mencari pujian daripada mereka yang tidak mengenal jalan-Mu. Biarlah keinginan terbesar kami ialah mencari kehormatan yang datang daripada Tuhan sahaja. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
Bangsa
Berdoalah agar Kerajaan kita mempunyai hikmat yang tinggi untuk membuat keputusan yang betul pada masa yang tepat, supaya kesilapan dapat dielakkan dan perkara yang memudaratkan tidak berlaku di dalam negara.




Comments