top of page

Memberi Dengan Murah Hati



Lukas 6:38 (AVB) Berilah kepada orang dan kamu akan diberi. Suatu takaran yang baik, dipadatkan dan digoncang sehingga melimpah ruah akan dicurahkan ke atas pangkuanmu. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu.


2 Korintus 9:6-7 (AVB) 6 Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. 7 Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira.


Memberi kepada Tuhan dan Kepada Orang Lain


Saudara, ingatkah kita dengan firman Tuhan di dalam Lukas 6:38

  1. Lukas 6:38 Berilah kepada orang dan kamu akan diberi. Suatu takaran yang baik, dipadatkan dan digoncang sehingga melimpah ruah akan dicurahkan ke atas pangkuanmu. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu.

  2. Wow saudara-saudari, ukuran yang kita gunakan untuk memberi adalah ukuran yang sama berkat yang akan kita terima.


Tuhan kita adalah Tuhan yang baik dan setia.

  1. Satu pengalaman yang saya ada ialah kita tidak boleh memberikan lebih daripada Tuhan.

  2. We can never outgive God.


Inilah tabiat yang ke-5 yang boleh kita praktikan di dalam hidup kita.


2 Korintus 9:6-7 6 Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. 7 Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira.

  1. menyemai sediklit, kita akan menuai sedikit. Menyemai banyak, kita akan menuai banyak.

  2. Satu lagi perkara yang penting di dalam firman Tuhan ini. Tuhan akan sangat senang hati dengan kita dan mengasihi kita apabila

  3. Pertamanya, apabila kita memberi dengan tulus hati.

  4. Keduanya, apabila kita memberi dengan gembira. (cheerful giver)


inilah janji Tuhan saudara-saudari, Tuhan yang tinggal di dalam kita akan memelihara kita


Setiap kali kita memberikan persepuluhan, contohnya, kita akan menyatakan kepada Tuhan:

  1. Untuk Masa Dahulu

  2. Untuk Masa Sekarang

  3. Untuk Masa hadapan


Untuk Masa Dahulu - kita bersyukur kepada berkat yang telah diberikan kepada kita untuk masa yang lepas.


Untuk Masa Sekarang - kita menyatakan bahawa, Tuhan adalah yang pertama dan utama di dalam hidup kita, yang sekarang ini.


Untuk Masa hadapan – kita menyatakan Iman kita kepada Tuhan yang akan memenuhi segala keperluan kita untuk masa yang akan datang. … Amen teman-teman sekalian


Ada satu ketika, apabila Yesus berhadapan dengan peti wang persembahan dan melihat betapa orang memasukkan wang ke dalamnya.

  1. Ramai orang kaya memasukkan sumbangan yang besar.

  2. Kemudian seorang balu yang miskin memasukkan dua keping wang tembaga, yang sangat kecil nilainya.

  3. Nah, Yesus mengatakan bahawa balu yang miskin itu telah memberi lebih daripada semua orang yang memasukkan wang ke dalam peti persembahan.

  4. Orang kaya memberi daripada kekayaan mereka yang melimpah

  5. Tetapi, si balu itu, memberi daripada kemiskinanya, dan memasukkan seluruh rezekinya kepada Tuhan.


Apabila kita memberi, ia juga ada kaitannya dengan prinsip semai-tuai. Lebih kita menyemai, lebih kita menuai.

  1. Tetapi lebih daripada itu, apabila kita mempunyai tabiat memberi dengan murah hati,

  2. Harta kekayaan, tidak lagi mempunyai ikatan yang akan membantut pertumbuhan rohani kita.

  3. Lebih kita mempunyai tabiat rohani yang saya cadangkan, kita akan mendapat berkat Tuhan seperti yang tertulis di dalam Ulangan 28.

  4. Janjinya ialah kita akan menerima berkat dan penerimaan berkat todak berhenti di sini sahaja.

  5. tabiat yang ke-5 ini, adalah untuk melangkapkan putaran berkat tesebut, iaitu tabiat untuk kita memberi dengan murah hati.

  6. Kita yang diberkati, haruslah memberkati ..


Elder Ann WK

bottom of page