top of page

Membuat Lupa



'Yusuf menamai anak sulungnya Manasye, kerana katanya, “Allah telah membuat aku lupa akan segala kesusahanku... "' (Kejadian 41:41-57, ay.51).


Renungan:


Mungkin ada yang menganggap bahawa nasihat yang saya tawarkan semalam mengenai kegagalan dan kesilapan lalu kedengaran bagus sebagai teori tetapi sukar untuk diamalkan. 'Lupa?' anda mungkin berkata. 'Bagaimana seseorang boleh lupa?'


Fikirkan bersama saya tentang petikan hari ini. Selepas Yusuf menjadi orang kaya di Mesir dan berkahwin, dia menamakan anak sulungnya Manasye, yang bermaksud 'Tuhan telah membuat saya lupa'. Pastilah detik yang mengharukan bagi Yusuf kerana, apabila melihat ke belakang, dia menyedari bahawa kesakitan yang disebabkan oleh peristiwa masa lalu telah hilang. Anda pasti ingat, beberapa perkara yang mengerikan yang berlaku terhadap Yusuf: dia dilemparkan ke dalam lubang, dijual oleh saudara-saudaranya sendiri, difitnah oleh seorang wanita yang tidak bermoral, dilemparkan ke dalam penjara. Tetapi kini masa lalu ada di belakangnya dan kepahitan telah disedut keluar dari rohnya. 'Tuhan telah membuat saya lupa,' katanya.


Ada yang percaya Yusuf dapat berkata 'Tuhan telah membuat saya lupa' kerana masa telah menyembuhkannya. Tetapi saya percaya sesuatu yang ghaib (supernatural) telah berlaku. Walaupun benar bahawa ingatan yang tajam memudar seiringnya masa akibat dari kejadian semula jadi kehidupan manusia, itu juga benar, namun saya percaya, bahawa Tuhan pasti melakukan, apabila kita menjemput Dia, membolehkan kita melupakan perkara-perkara yang menghalang kita untuk maju di dalam iman.


Adakah saya menyatakan bahawa Tuhan akan memadamkan memori dari ingatan kita? Sudah tentu tidak. Apa yang Dia lakukan adalah untuk bekerja dalam fikiran kita supaya kita berhenti menjadi taksub tentang hal tersebut, dan tidak lagi meresahkan fikiran kita sehingga ia mengganggu fungsi harian dan kehidupan Kristian kita. Tuhan tidak melepaskan kita dari kenyataan yang terjadi. Kepahitan yang dikaitkan dengan kenyataan yang terjadi itu yang Dia hapuskan daripada fikiran kita.


Ayat-ayat rujukan:


Psa. 30:1-12;

Yohanes 16:20-33


Doa:


Bapa syurgawi yang pengasih dan penyayang, bagaimana saya boleh cukup berterima kasih kepada-Mu atas rahmat yang menghilangkan kenangan yang menyakitkan? Saya membawa setiap ingatan yang menyakitkan kepada penyembuhan dan pembebasan-Mu. Tolong sembuhkan saya, Bapa. Dalam nama Yesus. Amin.


Rev. Gerawat Maran

bottom of page