top of page

Memeluk Keajaiban Kelahiran Kristus pada Natal ini


Oleh sebab itu Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepadamu: Sesungguhnya, seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia akan menamainya Immanuel. Yesaya 7:14 AVB Baca kisah kelahiran Yesus seperti yang diterangkan dalam Matius. Matius 1:18-25 Baca kisah kelahiran Yesus seperti yang diterangkan dalam Lukas. Lukas 2:1-7


Renungan: Ibubapa, semasa kita memasuki musim natal ini, ambillah masa untuk menikmati kelahiran ajaib Yesus. Peristiwa penting ini telah diramalkan berabad lamanya dan melambangkan rancangan penebusan Allah yang murni. Pertimbangkan untuk berbincang dengan anak-anak mengenai makna kelahiran Yesus ini. Kongsi contoh peribadi bagaimana kisah ini memberi impak kepada iman anda dan membawa harapan dalam kehidupan anda. Ciptakan keghairahan dan rasa teruja menyambut kedatangan Juruselamat kita.


Doa untuk Keluarga: Ya Allah Yang Maha Kuasa, sebagai ibubapa, kami berdoa agar diberikan hikmah dan panduan untuk memimpin keluarga kami memahami erti sebenar Natal. Bantu kami menyampaikan makna kelahiran Yesus dan mengekalkan fokus kami pada-Mu sepanjang musim ini. Dalam Nama Tuhan Yesus Amin.

bottom of page