top of page

Memuridkan Generasi Penerus



2 Timotius 2:1-2 Anakku, kuatkan dirimu dengan kasih kurnia yang ada dalam Kristus Yesus.

Segala yang telah kaudengar daripadaku di hadapan saksi yang ramai, sampaikan kepada orang setia yang dapat mengajarkannya kepada orang lain pula.


Setiap generasi perlu diinjili dan dimuridkan. Walau pun Gereja terus bertumbuh, ia masih cetek dan lemah. Gereja mempunyai satu keperluan yang besar untuk melahirkan pemimpin rohani yang kuat dan setia yang akan menyerahkan iman

kepercayaan mereka kepada generasi yang akan datang.


Terdapat juga satu keperluan yang mendesak untuk memberi tumpuan pada pembangunan kehidupan terutamanya terhadap generasi muda tentang sikap yang takut akan Tuhan dan bertanggungjawab. Tuhan Yesus memberikan tugas pemuridan kepada Gereja, dan jika kita mengabaikannya, maka kita janganlah terkejut jika orang-orang percaya terutamanya pemuda-pemudi dibentuk oleh pandangan duniawi dan budaya yang bertolak ansur, kebendaan, kepenggunaan dan kepuasan diri dengan berleluasa. Gereja perlu dengan segera menarik pemuda-pemudi kita daripada jalan berbahaya yang memusnahkan diri mereka.

Kita perlu kembali kepada dasar pemuridan yang alkitabiah termasuk pengajaran dan pembimbingan jangka panjang untuk mendidik pemuda-pemudi kita menjadi generasi yang setia dan rohani.


Bahan Doa:

1. Berdoalah agar dibebaskan daripada penipuan,

sikap puas hati, kompromi, kenampakan beragama, mementingkan diri sendiri, kemampuan diri, pemikiran yang tidak suci murni dan sikap acuh tak acuh.

2. Berdoa agar Gereja akan memperbaharui usahanya untuk memuridkan orang percaya untuk hidup takut akan Tuhan dan setia berdasarkan kepada kebenaran alkitabiah.

3. Berdoa untuk generasi pemuda-pemudi untuk meninggalkan budaya berkompromi dan akan membina diri mereka sebagai generasi murid-murid yang takut dan setia kepada Tuhan.

4. Berdoa untuk anggota-anggota gereja yang taat supaya memuridkan generasi yang seterusnya.

5. Berdoa untuk ibubapa Kristian supaya memberi keutamaan kepada pembangunan rohani anak-anak mereka.


Harry

Comments


bottom of page